Thursday, October 16, 2014

TAMATKAN KEBISUAN BLOG

First of all, aku macam kene sawan eksaited kerana berjaya x update blog dalam masa hampir 3 bulan. kesian blog aku terkontang-kanting menagih simpati soh update. tuan punya blog plak buat-buat lupa diri ada blog. bukan senang nak gagahkan jari taip entri dalam kekangan masa yang sgt terhad ni. ececey..boleh tahan baku bahasa aku nie kan..kan..kan?

Alhamdulillah! akhirnya berjaya juga aku tamatkan kebisuan blog ni tanpa sebarang update ye dak? *kalau setuju,sila anggukkan kepala anda* harap ada sahabat gembira dengan ke'update'an ini. hahaha bajet orang nak gembira? well..aku kan dah selalu bajet! koh..koh..koh.

Suka lattew aku update! Huh.

Hahaha. ini satu pencapaian yang agak memberangsangkan. nanti aku nak buat rekod setahun tak update. baru ketar lutut bak ang rindu entri aku. hewhewhew *berangan lah kau tanak update setahun.eh?*

Sebenarnya,aku ada banyak perkara nak share kat sini.sharing is kering kan? tapi kau tahu lah aku cemana. hangat-hangat ta*k ayam (siyes aku x paham siapa yang buat peribahasa ni. mesti dia penah gi sentuh ta*k ayam sebab tue dia tau hangat ker tak. takde benda lain ker nak sentuh hoi? buat la peribahasa hangat-hangat kuali baru lepas goreng cekodok ke,hangat-hangat terik matahari ker kan? xde la euw sangat nak kene pegang ta*k tue.Hahaha.

Memandangkan aku xde tajuk khusus, apa kata aku taip je apa yang aku rasa nak tulis. kau pulak baca apa yang kau nak baca. hoyeahh! best betul blog nie dapat ikut citarasa sendiri. kagum tak kagum tak? Lalalala.

Okey,sejak kebalakangan nie,aku perasan yang setiap kali aku borak, aku telah gantikan perkataan 'aku' kepada 'koi'. so, mulai sekarang, koi gunakan perkataan nie. jangan plak ada yang kompius mompius apa kejedahnya koi tue ye. Erm..semakin panjang aku menaip gamaknya. lepas gian namanya nie.

Ekseli, sambil koi menaip nie koi dengar lagu Awie-Dipenjara Janji. oh lupe, awei skrg dh tukar nama kepada dollah. tangan ligat nenaip, mulut nyanyi dok follow lagu dollah. sah suara koi mmg x sedap. lantak la situ, bukannya dollah ngn kau dengar pun suara koi nyanyi. lepas lagu dollah nie, lagu Nassier Wahab-Bayangan Wajah Duka. perghh..memang berkepuk-kepuk idea datang kalau sambil update blog sambil dengar lagu.x caye?? kau cube terai tes tengok.

rasanya cukup la setakat nie dlu ye. koi rasa mcm dah merepek kesimpang mana ntah nie. kang kau bosan la sbb koi merepek.harap-harap lepas nie koi berkesempatan la nak update lagi. jumpa lagi ya.
Assalamualaikum.

klik PUBLISH.




Friday, July 18, 2014

SANAH HELWAH @ SELAMAT HARI LAHIR EN. SUAMI

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Yang memiliki sekelian alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka. Yang maha menepati janji.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 34. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar @ tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.

Adakah aku bersedia menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.

Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.

Dalam tempoh 34 tahun bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, & aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.

Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia. In Shaa Allah.

Dan kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, & mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam perjalanan hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.

Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.

Sekian, Terima Kasih. 

Assalamualaikum.





Wednesday, July 9, 2014

DUGAAN TATKALA IFTAR PADA 9 RAMADHAN 1435H

Tengah sedap2 iftar kat ruang tamu malam tadi, tetibe..GEDEGANG. wife terus cakap, bang..kereta. baru aku ingat aku park kereta kat luar pagar. terus aku berhenti makan. basuh tangan pun kat paip depan umah. jiran depan dah keluar. aku xtau nak kata apa dah. senyum je la. apa nak dikata. lagipun tengah iftar, baru separuh jalan makan. so..fikiran, hati dan perasaan aku masih tertumpu pada hidangan iftar tue.

jiran depan nak gi keje, dia reverse kereta & x perasan kereta aku kat situ. garu kepala budak tue. dia cakap kat aku, abg hntr la repair kat bengkel, nti abg claim kat saya.

diskus ngn wife, akhirnya buat keputusan xyah repair sebab xla teruk sangat. as long as kereta aku still boleh bergerak. xpe la bro..kita kan dok setaman, berjiran plak tue. semol de pises la.




gi terwaih mcm biase. balik terawih, kerete x leh start. batery kong. best sangat masa nie. rasa oren. nasib baik ada jemaah yang sudi tolong tolakkan kereta aku nie. dh hidup, igt nak singgah kedai jap. fikir balik, kalau singgah kedai, matikan enjin. sah2 xidup lagi nti. so..balik umah je terus.

pagi esoknya, dh bersiap bagai nak g keje. last2..kereta xleh start. dia buat hal lagi. kali nie rasa tembikai laici plk. hadoi la. nasib baik ada jiran yg blm gi kerja, so..mintak tolong dia jumperkan kete aku. nasib baik hidup. lepas hntr anak2 g sekolah, trs hntr kete kat bengkel.

perasan x? kejadian yang tersenarai diatas..sume pasal kereta kan? kebetulankah atau suratankah?

Tuesday, June 24, 2014

MAJLIS PERPISAHAN AKU

Setelah sebulan lebih aku bertukar ke jabatan baru, baru lah jabatan lama berkesempatan menganjurkan majlis perpisahan utk aku.sebenarnya, aku x berharap pun diadakan majlis seperti ini, tapi mungkin ini sebagai penghargaan terhadap aku atas khidmat sebelum nie.

majlis diadakan selepas waktu bekerja sekitar pukul 6 petang.sangat simple.aku suka.xde la nak protokol bagai kan?nasib baik xde sesi ucapan dari yang diraikan.bukan apa,aku x reti la nak protokol nie.nak soh aku berucap?mmg x la.kalau merepek..yes,aku boleh.

restoran nie mmg popular.dia punya masakan, MasyaAllah..superb sedap.dengan suasana restoran dlm taman.mmg kedamaian.so..biarlah gambar menceritakan ye.






asam pedas, daging salai masak lemak, sayur kailan ikan masin, sayur pucuk paku, air minuman order ikut suka.




ais krim tapai vanilla as desert.


terima cenderahati dari x-bos.tersenyum lebar x-bos aku tue.

terima kasih banyak2 pada semua warga jabatan yang menganjurkan dan sudi hadir pd majlis nie.sesungguhnya..yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.semoga kita berjumpa lagi.Assalamualaikum.

# mesti korang terliur kan tgk lauk n desert tue.kalau korang nak cuba try test makan kat sini, ada aku sertakan gmbr yg ada nama, alamat n no phone restoran nie.sebelum aku terlupa..katanya..pemilik restoran nie adalah ibu kepada pelakon zarina anjolie.kalau korang x cam sape zarina anjolie..tanya pakcik gogel k.

Wednesday, June 18, 2014

NAIK PENTAS TERIMA ANUGERAH

Kembali bersiaran kita.merujuk kepada entry sebelum nie.aku ada mention yg aku dijemput hadir ke majlis inovasi dan kecemerlangan jabatan lama aku utk tahun 2013.kenapa tahun 2013,tp..majlis buat pada tahun 2014?utk pengetahuan korang,majlis nie dibuat bagi menghargai kecemerlangan kakitangan bagi penilaian tahun 2013.so..kene tunggu tahun 2013 berakhir,baru boleh buat keputusan.

alhamdulillah..aku dapat anugerah khas pengarah utk kali ke-2 berturut sejak tahun 2012.utk pengetahun korang,anugerah khas pengarah nie diberi kepada kakitangan yang mendapat markah laporan penilaian prestasi tahunan melebihi 90%,tetapi tidak diberi anugerah perkhidmatan cemerlang.anugerah perkhidmatan cemerlang tue lebih glamer namanya dari anugerah khas pengarah.baik..disini aku cerahkan apa yang penerima anugerah dapat :


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

* cek bernilai RM1000.00
* sijil penghargaan.

ANUGERAH KHAS PENGARAH

* wang tunai RM200.00
* sijil penghargaan.




sebenarnya..aku terima wassap dr bos aku yg menyatakan,masa dia pegi meeting utk calon anugerah perkhidmatan cemerlang,dia naikkan nama aku sbg calon utama dr pejabat dia.tetapi..org HQ bantah sbb katanya aku penah dapat anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2010.so..aku kene tunggu 3 tahun selepas 2010..baru aku layak terima anugerah perkhidmatan cemerlang semula.aku ckp kat ketua jabatan aku,by the way..terima kasih sbb calonkan nama aku utk anugerah perkhidmatan cemerlang.x dapat pun xpe.dapat anugerah khas pengarah pun dh kira syukur sangat2.sejak aku berkhidmat dengan kerajaan dari tahun 2005,aku x penah pun dok target nak dapatkan anugerah perkhidmatan cemerlang,sbb pd aku..apa saja tugas yg diamankahkan,aku cuba laksanakan sebaik mungkin.

aku tau mmg ketua jabatan aku berhajat sgt2 nak bagi kat aku anugerah perkhidmatan cemerlang sbb tahun 2013 aku menang kategori pengurusan stor terbaik jabatan sekaligus menaikkan nama dia.aku dgn dia sama2 naik pentas terima piala kemenangan.nevermind la.x jadi kudis pun dalam diri aku.sbb pada aku perlu ker sbg kakitangan awam kita nak kejar sume anugerah tue?yang penting,tiap2 bulan..aku dapat gaji aku.betul tak?

majlis anugerah tue berlangsung pagi sampai petang.malam pulak ada persembahan daerah.disebabkan aku nie dh bertukar jabatan,so..aku sebagai tetamu la.tapi..sejam sebelum persembahan bermula.diorg maklumkan pd aku diorg ada baju lebih complete set.diorg ajak aku join.so..aku belasah je la.dan..setelah bertahun ada pertandingan persembahan,jabatan lama aku nie x penah menang langsung.dan syukur alhamdulillah..malam tue kami dapat naib johan.

TEMA : Merah & Hitam
Persembahan : Qasidah Ya Hanana








kopiah merah nie lah ketua jabatan aku.muda belia n sangat sporting dgn aku.maklumlah..aku nie staf kesayangan dia.


Yang duduk tengah nie second bos aku.pun muda belia.ketua jabatan n second bos lebih muda dari aku.demi tugas..aku still hormat pd pangkat dan arahan diorg.sbb tue 2 2 sayang kat aku.

oklah korang,aku nak sambung buat keje nie.nanti kita sembang lagi ye.

Thursday, June 5, 2014

JABATAN BARU

Kabarey?waras?aku kat sini sehat alhamdulillah.besar harapan aku yang korang pun sehat gak la hendaknya.ada yang perasan tak ker aku je yang perasan diri sendiri yang mana aku agak lama menyepi dari arena penulisan nie.untuk pengetahuan korang,aku telah pun bertukar jabatan.pertukaran aku nie bukan bermakna aku ditukarkan,akan tetapi aku yang mohon ditukarkan setelah hampir 2 tahun lebih aku berusaha utk berhijrah.

untuk makluman korang,sebelum nie aku dah berkhidmat start 2005 hingga mei 2014 dlm jabatan yang sama.kire-kire hampir 9 tahun.so..aku mohon keluar dari jabatan lama atas alasan utk menimba ilmu baru disamping amik pengalaman dan nak rasa kerja di jabatan lain.jabatan baru aku sekarang nie x jauh pun,dalam 1 bangunan jugak yang paling best,sebelah pintu jabatan lama je.aku mintak tukar sini sbb senang,xyah nak kene travel jauh utk g keje.

aku mula lapor diri 2 mei 2014 di jabatan baru.kemudian aku mintak tangguh sehingga 18 mei 2014 bagi melunaskan kerja-kerja akhir di jabatan lama.so..start 19 mei 2014 aku dh rasmi jadi staf baru kat sini.masa kat jabatan lama,semua staff adalah jejaka.xde wanita.mesti korang x caya kan?tp..mmg itu hakikatnya.oh ya, pengganti aku di jabatan lama adalah seorang puan.mesti diorg suka sbb aku keluar,yang masuk seorang wanita.aku plak ditempatkan di unit pentadbiran.di unit aku nie ada 3 org, aku n 2 org lagi staf yg mana kedua-dua staf tue perempuan.mula-mula aku dok tepi tingkap.best la sbb tersorok skit.seminggu lps tue,diarahkan tukar tempat duduk.skrg nie aku dok tengah.kiri kana diapit oleh staf perempuan.malu tite tau.tapi xpe la.janji aku ada tempat duduk.

bab tugas baru,mmg aku nak buat keje baru.nanti aku update senarai tugas baru aku ye.sbb masa kat jabatan lama,aku buat tugas stor,aset alih,aset tak alih jabatan,inventori jabatan dan fully kewangan.beban keje..MasyaAllah,mmg stress.tapi aku boleh handle.kat jabatan baru nie mmg tugas aku xde kene mengena dgn tugas yg aku buat sebelum nie.mmg aku 0% downpayment la.mujur wanita kiri kanan nie x kedekut ilmu ajar aku yang baru nie.

so far..buat masa nie semua ok.tpt keje ok.suasana ok.kwn2 baru pun ok.yang paling best,wanita kiri kanan aku nie kaki lawak.so..xde la aku bosan.diorg bukan jenis control ayu.bukan plastik.so..senang la aku nak berinteraksi dengan diorg.korang doakan aku dapat perform sebaik mungkin ye.

9-10 jun nie aku cuti.nak bwk sepasang kanak-kanak ribena tue g mandi kolam.sure x igt dunia diorg mandi nanti.yang penting ayahnya lagi la x igt dunia.lepas tue,11 jun plak aku dpt pelepasan dari ketua jabatan utk cuti tanpa rekod sbb aku dpt undangan ke majlis anugerah jabatan lama aku utk tahun 2013.jeng..jeng..jeng.aku dijemput sbb aku bakal naik pentas 11 jun tue.next entry aku bgtau korang ek aku dpt anugerah apa.yang penting,11 jun tue belah siang majlis anugerah stop pkl 5.30 ptg pkl 8 mlm sambung balik utk majlis makan malam dan persembahan dari daerah-daerah dlm selangor.

oklah ye,cukup setakat nie dulu aku nak merepek.nak sambung buat keje.nanti kita sambung sembang lagi.

Assalamualaikum.

Tuesday, May 6, 2014

FACEBOOK TRANSPARENT & WHATSAPP+

Bersiaran kembali kita.mintak mangap bebanyak la ek.tuan punya blog nie asyik bizi memanjang.padahal kerani cabuk je.tapi beban keje dah macam pegawai lak.nie betul2 tak..bukan cobaan.terpkasa aku curi-curi masa nak hapdet blog nie.

semua orang ada enset kan?budak2 sekolah ngn warga emas pun ada enset.kadang-kadang,aku tgk warga emas pun xnak kalah dengan kecanggihan teknologi.xpe la,dh diorg mampu nak beli.apa de hal.janji reti guna.

aku masih setia dengan samsung galaxy N7100 @ Note 2 aku.sapa-sapa yang guna note 2,kite geng.lalala. yang bukan note 2 tue pun geng jugak.kite kan sahabat blogger.aku nie xlah pandai bebenor bab IT nie.tapi, kadang-kadang,bila bosan aku cuba explore n godek-godek enset aku. kire macam try n error la.so,antara yang aku upgrade dalam enset aku :


Facebook Transparent + komen boleh attach gambar.





WhatsApp+ nie best sbb kita boleh tukar2 theme n tukar warna line coversation.


cer cuba korang try test.maklumat dihujung jari anda.search je kat gugel.pasti ketemu.selamat mencuba.

Tuesday, April 15, 2014

TINGGAL KENANGAN

Kenangan selama 7 tahun bersama rumah nie. Sedih jugak rasa nak tinggalkan rumah nie. Tapi, nak buat cemana kan? sampai bila aku nak stay kat kuarters? xkan sampai ke pencen kot?

Alhamdulillah, sekarang nie aku dah pun menginap di rumah baru yang aku beli menggunakan kaedah pinjaman perumahan kakitangan awam. walaupun x besar, janji kami ada tempat berteduh & selesa dgn rumah yang sekarang.

 Pandangan Dari Jalan Utama ( Rumah Tepi Jalan) 


Ruang Tamu --> Tempat aku terbongkang sambil tgk tv.


 Ruang Tengah --> Tempat Letak Peti Ais & Meja Makan


 Ruang Masterchef


Bahagian Belakang --> Selalunya, hari cuti aku akan bersihkan bahagian nie.

Thursday, February 6, 2014

MISTERI KEHILANGAN KUNCI RUMAH.

Malam kelmarin, aku dh terbongkang depan tibi bersama sepasang kanak-kanak ribena tue. tetibe, wife kejutkan aku tanya mana kunci rumah? aku rasa dh letak kat tempat biasa dlm bakul. tapi, wife kata xde. puas dh dia cari.

aku pun bangun tolong cari kat setiap tempat. still x jumpa jugak. dok termenung jap sambil fikir. kepala otak aku blur. yelah..baru bangun tido. so..aku igt balik..sebelum aku tertido, nurin ada bangun mengigau. siap amik kain baju yang dh kering dalam bakul nak letak dlm mesin basuh. lepas tue..dia ada pegi kat bakul tempat baisa aku letak kunci rumah.

takkan aku nak kejutkan dia mana kunci rumah? aku tgk kat tempat tido sekitar dia, bawah bantal, bawah tilam kot2 la dia terbawak dalam tido. still x jumpa gak. sudahnya..aku cakap kat wife, pakai la dlu kunci spare yang ada. so..settle masalah.

pagi bangun tido, aku still cari jugak. yelah..sebab musykil sangat-sangat. xkan x jumpa kunci. sudahnya..aku abaikan je. pegi keje macam biasa. petang balik keje, barulah misteri kehilangan kunci terungkai. agak-agak korang la kan..kat mana aku jumpa kunci rumah aku tue? kalau aku bagi tau..mesti korang x caya + tergelak.

jawapannya..aku jumpa kunci rumah aku dalam PETI AIS. tue pun disebabkan aku haus nak minum air. sejuk giler kunci tue seharian dok dalam peti ais. bila aku tanya kat anak-anak..memasing x ngaku. pagi tadi..jadi lagi kes hilang kunci rumah. tempat lain aku x tuju dah. terus g peti ais. kunci asal n kunci spare rumah , dua-dua ada kat dlm tue. aku tanya kat anak-anak..sapa punya keje..sudahnya..si adik mengaku dia yang letak dalam peti ais.

sabau je lah.nasib baik mengaku. sesungguhnya, aku bersyukur punya anak yang kreatif macam Iskandar.

Wednesday, February 5, 2014

TER " BELI" BAJU RAYA

Waktu lunch tadi, aku gi beli kain untuk buat baju kurung nurin. bukan apa..anak dara aku nie cepat membesar, so..baju kurung yang sedia ada still muat tapi, bila dah pakai, kain ngn bahagian tangan dah senteng. kalau ada kenduri kendara, xkan aku nak pakaikan nurin baju kurung yang senteng tue. means..aku kena belikan kain baru utk buatkan dia baju kurung yang baru. 

Tailor yang buat baju kurung anak aku sape lagi kalau bukan mak mertua aku. so..senang, beli kain, bagi contoh baju yang sedia ada n just bagitau nak panjangkan berapa inci kat bahagian mana. sangat mudah kan?

Masa on the way mmg dh plan nak beli utk baju utk nurin je. tetiba..teringat baju melayu utk iskandar pakai gi sekolah hari jumaat pun x beli lagi. memang iskandar ada baju melayu, tapi..untuk hari jumaat, dia kena pakai baju melayu warna biru. disebabkan xde..belikan jugak kain warna biru utk iskandar.

Pegang kain sana, pegang kain sini, banyak pilihan. murah pun murah. rambang mata aku dibuatnya. sudahnya..aku cakap kat wife..apa kata terus je beli baju melayu untuk aku ngn iskandar, wife ngn nurin untuk aidilfitri nanti. untuk nurin 2 pasang, iskandar 2 pasang, aku sepasang n wife sepasang. Total RM 243.00.

Eksaitednya lah ai aku nie kan awal benar beli baju raya. Bukan cam tue, dah alang2 pegi, terus je beli. aidilfitri pun bulan julai kan, sekarang dah bulan februari. so..kira ok la tue. aku pun beli kat nilai square. malas aku nak pi nilai 3. sebab sebelum sampai nilai 3, jumpa nilai square dlu. nak jimatkan masa..aku just pegi yang dekat je.

eh..korang dh beli baju raya ker? - sangat kebudakan soalan ko encik suami oi!


Tuesday, February 4, 2014

RAMAIKAN FOLLOWER, RAIKAN UKHUWAH



Hari nie merajinkan diri join segmen yang dianjurkan oleh pemilik blog ABAK

Jom kita pakat ramai-ramai join segmen nie.percuma je.bukan kena bayar pun.syarat-syaratnya pun mudah sangat. nak join..TEKAN SINI



Monday, February 3, 2014

BILA TAKDA MOOD

Aik? Update lagi? Huhu..terlebih rajin bang, biasalah, nak hidup




Eh..apa yang korang buat kalau takda mood? setahu aku, bila takda mood nie semua kerja tak jadi. Jika jadi sekalipun, kerja tue tak sempurna. Contoh macam kau kene masak tapi disebabkan kau takda mood, masakan yang selalunya sedap jadi tak sedap. Contoh lain, macam..ahh..! susah pulak nak bagi contoh nie, fikir sendiri boleh? kuang..kuang..kuang

Aku? biasa kalau takde mood, memang aku akan diam seribu bahasa. (pergh..byk pengetahuan bahasa ko ye encik suami). muka pulak..opkos macam mencuka. Nak masam menggaram tak boleh sebab garam tue masin. nanti rosak pulak pengetahuan bahasa melayu budak spm dek blog yang aku tulis tak ikut silibus dewan bahasa dan pustaka nie. Kang, tetiba cikgu kat sekolah tanya :

Cikgu : Siapa boleh bagi contoh benda masam?

Murid : Garam cikgu.

Cikgu : Siapa yang ajar awak?

Murid : Abang ensem yang dalam blog Encik Suami

Cikgu : Dalam hati ( aku pun nak buat blog jugak la ) nak jugakkk.


Haa..kalau jadi macam nie, sape nak jawab?


Ok..lupakan pasal cikgu & murid itu. Lantak lah nak salah pun, diorg yang amik spm, bukannya aku. hahaha. ok..x cukup kejam, kena caps lock baru kejam HAHAHA

Bila takda mood, aku klik Mozila Firefox >> Youtube >> Play Klip Hindustan

Siriyes wehh!! memang aku buat mcm tue. Bila dengar hindustan, terus mmod datang berkepuk-kepuk. Aku tau jarang manusia buat macam nie. Nak nak pulak tengok klip hinsdustan. Perghh! 1 dalam sejuta kot. Dah la lelaki, minat hindustan pulak. Zaman sekarang nie org minat k-pop. aku x minat. x boleh masuk dlm usb data kepala hotak aku.

Jadi..aku kira, korang dah boleh nilai betapa uniknya diriku ini.kan..kan..kan?

Wednesday, January 29, 2014

UPDATE GUNA BLOGAWAY FOR ANDROID

Disebabkan komputer aku ada membe tgh buat keje.so..aku xleh nak buat keje.kesian aku kan..keje byk..tp komputer kene share.sharing is caring.ye ke?

Dok boring..g playstore.nampak ada apps baru utk blogger.so..apa kata kita cuba try test.kirenye..nie entry test la.

kalau ada yang nak cuba apps tue..ada lat dlm gambar.yg first tue tau.yang paling penting..FREE.giler x nak bende percuma.


Posted via Blogaway

Thursday, January 16, 2014

ENTRY PERTAMA 2014

M
asih ada yang mengenali tuan tanah blog nie?? Maklum la kan..org yg entry sebulan sekali. tue pun kalau ada. kadang-kadang 2 3 bulan skali. boleh?? taktau la nak kata cemana, bukan x minat + bukan xde perkara nak diceritakan, ada je. tapi..masa agak mencemburui diri aku nie.

Seronok tengok korang, seminggu 2 3 entry korang up. banyak masa korang. Aku nie nak update pun time kerja  je lah. Dah la time kerja, dengan kerja yang banyak. siriyes x menang tangan. so..celah mana aku nak update entry kan?

nak delete blog, rasa sayang la pulak. tapi..agak seriau la. ada blog, sekadar enrty yg entah apa apa entah. korang nak baca pun..agaknya kompius aku nie blogger jenis apa kan..kan..kan? aku berblog nie pun sekdar suka-suka je. aku x mengharap ada follower beribu riban mcm korang & aku tau yang aku nie xde bakat dalam penulisan pun. merepek aku pandai la.

Tapi xpe,aku akan cuba jugak update entry berdasarkan masa yang terluang la. sekurang-kurangnya masih ada follower yg igt pada aku..itu sudah memadai dan aku sgt2 menghargainya. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih byk2 pada korang yang still follow n komen kat blog aku nie. In Shaa Allah..ada kesempatan, aku akan reply komen korang ok.

cukup setakat nie dulu la ye utk kali nie. In Shaa Allah, nanti kita sembang lain.

Assalamualaikum.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com