Monday, February 16, 2015

MASALAH

Setiap manusia ada masalah. Bila adanya manusia, maka disitu akan adanya masalah. Fair kan? Manusia dan masalah ibarat isi dengan kuku, takkan dapat dipisahkan. Selagi bergelar manusia, selagi itulah masalah akan terus ada. One by one.

Akan tetapi, setiap masalah itu pula sudah disediakan cara penyelesaian. Hanya terpulang pada individu samada untuk berusaha menyelesaikan masalah tersebut ataupun terus membiarkan masalah itu kekal sebagai satu masalah buat dirinya.

Sebenarnya, masalah bukanlah satu masalah. Seriously! Dari satu sudut, kau anggap ia satu bebanan. Ofkos ia satu beban, as long as apabila kau terus menerus take it as problem. Masalah jadi  masalah bila ia dipandang sebagai masalah. Am I right?

Hurm..boleh tak kita ubah sikit cara pemikiran? Fikir dengan cara dan lagak seseorang yang mempunyai akal. Oh ye, semua orang ada akal. baiklah, sedikit tambahan. Cuba fikir dengan cara dan lagak seseorang yang mempunyai akal dan akal tersebut sedang dipimpin IMAN. Yeah? kau beriman bukan? Jadi apa gunanya IMAN (If ada) jika kau tak pernah nak kaitkan ia dengan kehidupan seharian kau? 

Bagaimana untuk berfikir dengan cara dan lagak seorang yang mempunyai akal dan akal tersebut sedang dipimpin IMAN?

Sangat senang! Pertama sekali, kau kena tetapkan mindset bahawa ia BUKAN MASALAH. Ia adalah satu cara tarbiyah dari Allah untuk menjadikan kau seorang yang matang untuk terus berdiri sebagai seorang khalifah di muka bumi ni. Kedua, bila tarbiyah ini menimpa kau, jangan segan untuk mengadu mintak tunjuk ajar. Ibarat seorang pelajar yang diberi homework. Takkanlah bila tak tahu nak buat, kau terus diam? Do nothing? Adalah lebih baik jika kau berjumpa dengan guru untuk bertanya tentang homework tu kan? Jadi, guru kau sekarang ialah Dia yang maha mencipta tarbiyah, Dia yang menentukan tarbiyah tersebut adalah untuk kau, dan Dialah Allah SWT, sebaik-baik perancang.

Sebagai pengakhiran, ketahuilah bahawa setiap perkara itu diciptakan berpasangan. Jika adam pasangannya Hawa, Jika siang pasangannya malam, maka masalah pasangannya penyelesaian. Dan tarbiyah? Tarbiyah pula pasangannya adalah kejayaan. 

Adil kan Allah?


Thursday, January 15, 2015

ENTRI PERTAMA DI TAHUN 2015

Ya Allah..setelah berapa bulan, baru koi nak update blog? alololo..cian blog koi. nak buat cemanakan..kan..kan? sebab tuan blog busy bebenor. korang sebagai reader n follower kene la redha & pasrah menantikan kemunculan koi di arena blogging nie. bhuwekk

hampir terlupa, nak tanya korang sume sehat ker? koi harap korang sehat walafiat hendaknya. amacam dengan tahun baru? mesti sume tanam azam baru kan..kan..kan? azam tahun baru 2015, koi nak update sekerap mungkin entri dlm blog kesayangan koi nie. tapi..tapi..tapi, itu semua berdasarkan ke'free'an masa yang koi ada. Amboi..guna ayat "berdasarkan". skemanye lahai ko nie koi. kang ada plak yang menyampah. haha

ora lain,masuk tahun baru keje x byk. tapi koi x mcm tue. keje x putus2. kata org, mmg x menang tangan la gamaknya. sebab tue lah agak jarang update entri. SUMPAH koi jeles dengan korang yang punya byk masa utk bermanja-manja dengan blog korang. bila la koi ada masa senggang yg banyak macam korang nie. sabau je la.

masa buat entri nie, koi curi masa rehat. waima masa rehat sekalipun, dokumen keje terbentang kat depan mata nie ha. agak mengganggu kosentrasi diriku utk update status. tapi, koi buat2 x nampak je la. kalau x..mmg tak berupdate la blog koi nie ha.

taip entry, skali tgk jam dh nak abeh waktu rehat. persoalan koi, kenapalah masa nie begitu cemburu pada diriku ini? padahal, koi x buat apa2 pun dgn dia. alah..waktu. janganlah begitu dengan koi. kesian koi tau. erm..nampak gaya mmg dh sampai masa utk undur diri nie. In Shaa Allah, nanti koi update lagi ye.

Assalamualaikum.
Papai.


Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com