Thursday, July 18, 2013

SELAMAT HARI LAHIR - ENCIK SUAMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Yang memiliki sekelian alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka. Yang maha menepati janji.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 33. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar @ tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.

Adakah aku bersedia menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.

Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.

Dalam tempoh 33 tahun bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, & aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.

Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia. In Shaa Allah.

Dan kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, & mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam perjalanan hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.

Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.

Sekian, Terima Kasih. 

Assalamualaikum.

#Aik..wish kat diri sendiri ker bro?? - apaapajelah.


WALL MAKEOVER BY NA FROM NADIA FARAHIDA

Assalamualaikum.

Penat + stress buat keje..iols pun bukak la blog jap. nak santai2 la konon. tetibe..macam nak tersembul bijik mata iols nie bile nampak “sesuatu” dalam blog nadia. iols gosok balik bijik mata, lepas tue tampar2 manja pipi iols, just nak pastikan betul ker apa yg iols nampak. iols pasti yang iols dialam nyata. Senyum sorang2. occay..iols teruskan membaca entri nadia tersebut sampai perenggan terakhir.

Waduh..cemana nie. siriyes keje melambak2 nie. xpela..kuatkan hati. Nak join contest yg nadia anjurkan dulu. pastue baru iols pulun buat keje.koh..koh..koh. Opkos uols nak taukan contest apa yg nadia anjurkan. Contest tue adalah misi nadia utk mencari 3 BUAH RUMAH DI KAWASAN KUALA LUMPUR, SELANGOR ATAU LEMBAH KLANG UNTUK DIMAKEOVER. Tajuk contest pun dh meletops2 uols.



Oklah..pada saat dan ketika ini..iols  perlu ikut syarat-syarat yang melayakkan rumah iols utk dimakeover

1)   Like Facebook Fanpage Wall MakeOver By Na (Done) Nama Facebook : Ayah Iskandar     
2) Like Facebook Fanpage Nadia Farahida (Done) Nama Facebook : Ayah Iskandar
3) Pilih salah 1 gambar design dari facebook Fanpage Wall MakeOver By Na (Ala uols..nape kene pilih 1 je. klu dpt bg pilihan 2 ker 3 kan best? at least..kalau menang..baru decide nak yg mana kan..kan..kan? eh..iols terlupe plk. dah itu syarat yg ditetapkan. #pelis la jgn nak banyak songeh boleh tak encik suami!! Naik juling mata iols dok pilih design tau. iols ada pilih 4, n then iols snap guna phone n then trs mms kat isteri iols. bincang punye bincang..akhirnya iols pilih design yang nie..



* Santek kan..kan..kan. Baju kawen iols 7 thn lepas pun wane pepel jugak.

4) Sy nak Nadia Farahida memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall MakeOver By Na dengan design pilihan saya ini kerana #titikduabertindih




a)   Untuk pengetahuan uols..iols sebenarnya tgh tunggu kunci utk rumah baru iols. Perkhabaran bertiup kencang yang sampai ke telinga iols bahawa dalam masa terdekat nie pemaju akan serahkan kunci kepada pembeli. Yaaaahooo. Seperti org lain, sudah tentunya iols memey x sabar2 nak masuk umah baru. Bila dah masuk umah baru..macam2 la nak dibuatkan. Kos renovate skit2 pun dlm anggaran 10k.Hadoi.. Pendawaian elektrik, kipas, lampu , cabinet dapur, langsir dan lain2 lagi. Anak iols yg sulung perempuan 6thn. Yang second lelaki 4thn. Sepasang kanak2 ribena nie pun dh request hokey. Si kakak nak bilik wane pink, si adik sekejap nak wane biru sekejap nak wane hijau. Homai..kecik2 dh pandai request macam2. So..iols ngn wife dh fening bab budget. Berguguran rambut memikirkan budget yang agak besar untuk masuk umah baru.

b)    iols penah ckp kat wife nak buat kelainan skit masuk umah baru. Maklumlah..skrg nie iols dok kuarters. Uols paham2 je lah kalau dh namanya kuarterskan? Iols ckp kat wife nak letak macam wallpaper or sticker pd 1 bahagian..means ruang utama dlm rumah la. Wife ckp..mahal. Memey la kos agak tinggi. So..bile iols jumpa Contest yg Nadia buat nie, trs menggigihkan diri untuk join contest nie. Rugi la kalau iols x grab peluang nie.

c)    Disebabkan anggaran budget yang melebihi10k..sbb tue iols join contest nie sbb dpt makeover rumah FREE dari penaja. Rezeki jgn ditolak..musuh jgn dicari.x gitew uols.

d)      Tarikh tutup penyertaan contest nie yg buat iols semakin teruja taw, sebabnya 18 julai adalah my besday. kalau x caya. ada kat dlm blog iols. cer tengok..cer tengok. Sekiranya iols terpilih antara 3 penyertaan yang dicari oleh nadia, maka..inilah hadiah besday yg istimewa, terindah, termabeles utk diri iols. iols yg dapat hadiah..satu family tumpang gembira sbb ruang utama dlm umah akan dimakeover. Tak dapat iols bayangkan bertapa gembiranya isteri & sepasang kanak-kanak Ribena tue.

e)   Sekiranya impian iols nie jadi kenyataan. Dah tentu rumah iols akan dimakeover kan? Satu lagi..bila masuk rumah baru, menjadi tradisi pemilik rumah akan buat kenduri (house warming) So..iols akan jemput adik beradik, sedara mara & kawan2. Bila diorg datang..pasti mata tetamu akan tertumpu pada sudut yang dimakeover oleh Wall MakeOver By Na & pasti tetamu puji kata santek n ohsemmm sgt ( hope bijik mata diorang tak jatuh ke lantai). Bila diorang dh kata gitew..mesti diorg tanya siapa kontraktor / pembekal yg makeover umah iols nie? Dengan pantas..iols aku sebut nama Wall MakeOver By Na & bagi bisnes card or no telefon untuk dihubungi. Dari situ, akan wujud peluang utk penaja mendapat pelanggan. Win Win Situation namanya. X gitew Nadia Farahida? Sila anggukkan kepala anda 1x.

f)    In Shaa Allah..masa iols buat kenduri masuk rumah baru nanti, iols akan jemput owner Wall MakeOver By Na, Nadia Farahida n encik havang skali. Boleh la kenal2 ngn family iols.


Oklah..rasanye dh panjang menaip nie. apa2 pun..sekiranya iols diberi peluang..iols nak sangat..sangat..sangat terpilih dikelompak 3 yang Nadia Farahida cari. Semoga penyertaan kali ini membawa tuah & mgkn ini dinamakan 'rezeki besar' sbg hadiah my besday. In Shaa Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin..

Friday, July 5, 2013

KEMBALI SEMULA

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

#Sebelum teruskan membaca..sila jawab salam tue dlu bley tak? dh jawab kan? Bagus.

Kumpul kekuatan nak update blog jap.perghh..bersarang beb / sis blog aku nie. last aku update 06 March 2013. Ya Rabbi..hampir 4 bulan wei aku tak update. Dlm masa / tempoh/ situasi/ keadaan (sama je maksud perkataan tue,ngade2 betul) 4 bulan nie..opkos macam2 perkara  yang berlaku. Aku sendiri pun xtau nak citer cemana sume perkara yang berlaku tue. Nak start tang mana n nak ending pun tang mana aku sendiri tak sure.

Eh korang..aku tgk blog korang sentiasa update. banyak masa korang ek? siriyes aku jeles dgn keFREEan taim korang tue. Time keje mmg aku ngaku kalah la nak update blog. Keje dh macam apa dh. aku nie boleh dikategorikan org penting dlm jabatan. Siriyes..aku tak tipu. Taim keje saat,minit & jam yang ada mmg sgt kritikal bagi aku. Siap 1 keje, ada lagi yg menunggu. berderet2 wei. Sadenli..aku rasa macam nak menjerit je. Stress okey. Untuk blog..sampai aku guna pendekatan, bila free..aku akan taip dlm word semampu yang boleh n then save. lps tue..bila aku dpt keFREEan taim..baru aku copy paste dlm blog. Sampai mcm tue skali. teruk betul aku nie.

Balik umah..xde makne aku nak update blog bagai. Kat rumah spend masa utk family. Mesti korang akan kata, alah..time anak2 tido..kan free. masa tue la boleh update blog. Sorry wei..kat umah mmg xde wifi,broadband bagai. So..celah mana plak aku nak update kan?

Kesian kat korang yang jadi follower blog aku nie. Dah la jarang bebenor aku nak buat entry baru. Aku nie pun bukan la blogger femes. Buat blog nie pun sekadar suka-suka je. Apa org kata..utk mengisi masa lapang. Kononnye la. padahal..masa aku kebanyakkannya mmg x lapang pun.

Malam nie, tinggal aku ngn sepasang kanak-kanak Ribena je la nmpknya. sebab..pn isteri n the geng ada sukan antara jabatan. Acara bola tampar. Kalau pn isteri kalah awal..sabtu petang,dia balik la. Kalau dpt ke semi final or final..ahad malam baru balik. Untuk pn isteri..Good Luck la ye. Untuk anak-anak ayah..peliss,jaga tingkah laku. jgn buat hal n nakal-nakal okey. Kalau x nak kene babab, sila dengar kata n arahan yang keluar dari mulut ayah korang nie tau!

Oklah korang, aku rasa macam dah merepek je nie. Kang korang boring plak. In Shaa Allah..kalau aku ada keFREEan taim..aku update lagi ya. Pada yang memandu tue..sila tumpukan perhatian anda. Jangan mengelamun taim drive. Jaga kesihatan korang baik-baik juga keselamatan diri korang. Panjang umur, kita bersua lagi.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Papai...

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com