Thursday, February 6, 2014

MISTERI KEHILANGAN KUNCI RUMAH.

Malam kelmarin, aku dh terbongkang depan tibi bersama sepasang kanak-kanak ribena tue. tetibe, wife kejutkan aku tanya mana kunci rumah? aku rasa dh letak kat tempat biasa dlm bakul. tapi, wife kata xde. puas dh dia cari.

aku pun bangun tolong cari kat setiap tempat. still x jumpa jugak. dok termenung jap sambil fikir. kepala otak aku blur. yelah..baru bangun tido. so..aku igt balik..sebelum aku tertido, nurin ada bangun mengigau. siap amik kain baju yang dh kering dalam bakul nak letak dlm mesin basuh. lepas tue..dia ada pegi kat bakul tempat baisa aku letak kunci rumah.

takkan aku nak kejutkan dia mana kunci rumah? aku tgk kat tempat tido sekitar dia, bawah bantal, bawah tilam kot2 la dia terbawak dalam tido. still x jumpa gak. sudahnya..aku cakap kat wife, pakai la dlu kunci spare yang ada. so..settle masalah.

pagi bangun tido, aku still cari jugak. yelah..sebab musykil sangat-sangat. xkan x jumpa kunci. sudahnya..aku abaikan je. pegi keje macam biasa. petang balik keje, barulah misteri kehilangan kunci terungkai. agak-agak korang la kan..kat mana aku jumpa kunci rumah aku tue? kalau aku bagi tau..mesti korang x caya + tergelak.

jawapannya..aku jumpa kunci rumah aku dalam PETI AIS. tue pun disebabkan aku haus nak minum air. sejuk giler kunci tue seharian dok dalam peti ais. bila aku tanya kat anak-anak..memasing x ngaku. pagi tadi..jadi lagi kes hilang kunci rumah. tempat lain aku x tuju dah. terus g peti ais. kunci asal n kunci spare rumah , dua-dua ada kat dlm tue. aku tanya kat anak-anak..sapa punya keje..sudahnya..si adik mengaku dia yang letak dalam peti ais.

sabau je lah.nasib baik mengaku. sesungguhnya, aku bersyukur punya anak yang kreatif macam Iskandar.

23 comments:

Vee Sandi said...

nasib baik ada . my anak buah pun selalu hilangkan kunci . nasib baik saya n abg ipar ada lagi satu salinan selain kunci spare ...

Cik Puan said...

kenape letak dalam peti ais??hihiii

❤Kamsiah❤ said...

rupanya peti ais bukan ja tempat menyimpan makanan ...kunci pun boleh ya..:)

Encik Suami said...

@Vee Sandi

memang kunci spare ada.tp..agak musykil bila kunci utama hilang.hilang dalam rumah plak tue.tue yg gagah mencari.jumpa pun secara tak sengaja.

Encik Suami said...

@Cik Puan

Tak tau la pulak apa sebab anak bertuah tue letak dalam peti ais.

Encik Suami said...

@❤Kamsiah❤

Nasib baik kereta saya besar, kalau kecik..mau disumbat dalam peti ais jugak.

Shark Kay said...

hehehe..
tempat paling selamat tu dalam peti ais.
mungkin diorg nk buat eksperimen tu :)

belogisam said...

ahahhaa,, blh tahan telatahnya..ingtkan termasuk lam mesin basuhhh

Encik Suami said...

@Shark Kay

memang selamat.ekperimen la sgt kan? huru hara ayahnya mencari kunci.

Encik Suami said...

@belogisam

kalau masuk dalam mesin basuh.masuk baju kotor,terus pusing.memang selamat berbuih kunci tue.

Denaa Kiddo said...

Haha~ comel Iskandar tu ^^

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Sylarius Yusof said...

Nakal betul. Letak kunci dalam peti ais. Entah eksperimen apa la yang difikirkannya tu. Haha

msredcheesecake said...

peti aia? mmg antara tempat last carik la kan...

anak sy tadika kemas shah alam

Zamani Abe said...

peti ais??? haha

Aniq Bukhary said...

Aniq Iskandar.. Haha. samalah :D

mun said...

sesungguhnya anak adalah anugerah yang paling hebat dari Allah :')

Nanie said...

Hahaha lawak... anak2 kreatif cam tu lah....

ibuhebat said...

adoii.. sama la pulak dgn anak2 saya. tp bukan diletaknya kunci.. tapi mainan dinosour dia. tu tande kreatif ya? hehe..

n O e s u h a i m i said...

hahaha...kelakar la plak...btw...salam ukhuwah Encik Suami...Balas kunjungan n done follow

*∽ IZAN ∽* said...

hahaha! opss sorry tergelak. tak pernah dengar lagi orang tertinggal barang dalam peti aisss kikikikki!

N.A.T said...

Ish ... tak taya ke kenapa dia letak dalam peti ais ...
Sure comel jawapan yang diberikan ... tak saba nak tau ...


Salam Ziarah .. Kunjungan Balas BW di sini + folo juga!

Adie Zaff said...

perghh,ni mst kjer power rangers kat rumah ni..hihih

http://adiezaff.blogspot.com/2014/04/aku-hambamu-ya-rabbi.html

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com