Tuesday, September 29, 2009

Welcome To My Blog..

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...syukur ke hadrat illahi..akhirnya berjaya jugak aku create this blog.Anyway..thanks to Mr. Rashidi (kwn sekolah aku) coz give name for this blog. http://www.endasmumet.blogspot.com.
Kalau nak tau..endas mumet adalah bahasa jawa yang membawa maksud "kepala pening"..so..aku mmg saja jerk gune nama nie.
So..kat sini..aku mengalu-alukan kunjungan dari semua yang kenal dengan aku. Jangan sogan2 ye..

Tuesday, June 30, 2009

Nasib baik aku masih boleh bersabar..kalau x??

Minggu lepas..aku balik ke umah mak mertua aku.x de la yg menarik..biase2 jer.Aku balik kg pun sbb adik ipar aku buat kenduri cukur jambul anak dia.Dalam perjalanan balik dari kg ke umah aku..aku singgah la kat umah pakcik wife aku n last skali singgah umah abg ipar aku kat seksyen 24, Shah Alam.Sampai kat umah abg ipar aku..aku tgk xde parking la pulak.Dpn umah abg ipar aku..dia park kete kat luar.Betul2 dpn pagar.Last2..aku amik keputusan park je kete aku kat dpn umah jiran abg ipar aku la.Betul2 sebelah umah abg ipar aku.

Pastue aku masuk kete..n lepak dlm umah sambil borak2 ngan abg ipar aku la.Time aku mandikan anak aku,aku ade dgr bunyi hon kereta kancil..hon kete kancil kan..sape x kenal bunyinyer..sbb sblm nie..aku gune kancil jugak.

X lama lps tue..masa aku dok tgh minum air yg kakak ipar aku sediakan..aku nampak ada sorang pakcik pakai suar pendek n pagoda putih mundar mandir dpn umah abg ipar aku.Aku tnye abg ipar aku..sape tue..so..abg ipar aku kenal la jiran dia.Rupanye dia dok carik tuan punye kete yg park depan umah dia..jawapannye...aku la kan??Pakcik tue dh kuarkan kata2 yg menimbulkan kemarahan kat abg ipar aku la..so..aku ckp kat abg ipar aku..x pe la..biar aku alihkan kete..abg ipar aku dh nak mengamuk dh..aku ckp relaks la..perkara kecik jer...

so..time aku nak masuk dlm kene nak alihkan pun..pakcik tue dok membebel kat aku.Aku buat x tau jer la..Aku alihkan kete aku park jauh2..Masa aku nak turun dari kete..aku nmpk ade note kat wiper aku..so..aku amik la...kat note tue tertera perkataan "TAK SEKOLAH KER?"..amboi pakcik nie..kasarnye bahasa..aku lipat nota tue..aku letak dlm poket suar jeans yg aku pakai.Masa aku tgh berjalan nak ke umah abg ipar aku tue..ade la sorang mamat nie dok dlm kete..maybe dia perasan ape yg berlaku antara aku ngn pakcik tue..mamat tue ckp kat aku..Bang..dia tue mmg mcm tue..aku ckp x per la..perkara kecik jer.

Aku masuk umah..aku ckp kat wife n kakak ipar aku yg aku dpt note..aku ckp la perkataan yg ade dlm note tue..pastue kakak ipar aku ckp..jgn bagitau abg..kang dia bising..aku diam je la..

Aku mcm nak jer sound pakcik tue..siap tanye aku TAK SEKOLAH KER??kalau nak banding..kelulusan aku ngn pakcik tue..rasenye tinggi lagi keputusan aku.Agak2 la kan..ko dok umah teres..tak de parking...aku pun tumpang sekejap jer..bkn 24 jam.Kalau dh dok setaman, x bertimbang rasa..alamat kene pulau la ngn org taman tue kan??.Kalau nak selesa..dok la umah lot banglo yg boleh park kete kancil dia tue..bkn takat satu kete..18 kete kancil pun x pe.Kalau dia ckp elok2 ape salahnye kan..aku boleh jer alihkan kete aku tue...Abg ipar aku siap ckp..x per pakcik..nanti saya panggil kawan2 saya..park kete byk2 kat dpn umah pakcik..padan muka pakcik tue. Klu nak sng..better pakcik tue dok umah lot banglo kan?x pyh la dok umah teres..menyusahkan org jer.

Lepas nie..kalau aku nak dtg umah abg ipar aku..mmg aku akan parking jauh.x hingin aku nak hadap muka pakcik tue..so..moral of the story..korang sume..kalau nak park kete dpn umah org..mintak la izin dulu yer..jgn jd mcm aku..kang tak pasal2..korang dpt note "TAK SEKOLAH KER?"

Monday, June 22, 2009

Alahai..Iklan Di Malysia

Aku skrg nie pun x berape bekenan dok tgk iklan yang dipaparkan dalam media elektronik.x tau la mane silapnye..aku rase kebayakkan iklan yg ade dlm tv tue x senonoh dan menampakkan kebodohan.
iklan yang dipaparkan aku rase x sesuai di malaysia.sbg contoh..aku mmg bengang sgt bile tgk iklan CORNTOS.ala..jajan yg ala-ala TWISTIES tue la.Dah la model dlm iklan tue artis melayu kita..mkn jajan dgn cara x senonoh n pelahap bebenor.agak2 la kalau nak buat iklan pun..aku tau la tue strategi utk lariskan produk mereka dgn menggunakan artis kita...tapi..x perlu la sampi buat aksi yg x semenggah.makan mmg boleh makan..tapi..ikut la adab.nie x..mcm x beretika langsung.
Iklan PRINGLES pulak..makanan dlm botol tue..leh plak di sepak2 mcm bola takraw..x ker bangang namanye tue.Makanan boleh di sepak2..aku rase mcm nak sepak2 je org yg punya idea buat iklan tue.
Iklan kecantikan wanita..lagi aku bengang...ala..yg utk kulit cantik la..yg gemuk jadi kurus la.Biasenye..kalau iklan utk wanita nie..dia akan tunjuk gmbr sebelum dan selepas.Kalau gmbr sebelum tue..elok je..pakai tudung yg tutup sampi leher..baju yg tutup aurat..tapi..yg gmbr selepas tue..Subhanallah...tudung dh jadi separuh..pastue ade plak bunga sekuntum kat tepi...geli aku tgk...pastue baju dh sendat..nmpk susuk badan.
Skrg nie..klu iklan..mmg aku x tgk..mls aku nak layan.Kdg2..bile aku tgk sesetengah iklan tue..aku boleh tergelak dek kebodohan iklan tue...mmg hampeh.

Friday, June 5, 2009

Pakcik Tua Di Masjid

Selalunya..kalau hari Jumaat..aku akan pegi solat Jumaat di Masjid yang berhampiran dengan opis aku.Aku akan sampai awal ke masjid sbb saja nak ik'tiqaf kat masjid tue.Kalau sampai awal..sambil2 tunggu masuk waktu..mata aku selalu melilau tgk jemaah2 yang dtg untuk bersolat.
Sedang aku dok melilau-lilau..Setiap minggu..Aku akan nmpk seorang pakcik yg sudah bongkok berusia lingkungan 80an berjalan masuk ke masjid sambil di pimpin oleh seorang anak kecil berusia dlm 6-7thn dan budak kecil itu akan duduk di sebelah pakcik tue..Aku rase bdk kecik tue..maybe cucu dia kot.Aku tgk pakcik tue sampi dia masuk dlm masjid.Aku sangka dia akan sembahyang dlm keadaan duduk..Subhanallah..pakcik tua tue masih boleh sembahyang berdiri.
Bile aku tgk pakcik tue..Aku cuba bayangkan aku ditempat dia..Adakah umur aku nie sampai tahap umur mcm pakcik tue..Kalau sampai pun..Adakah aku masih boleh sembahyang berdiri mcm pakcik tue masa aku tua nanti?Adakah bdk kecil yg akan pimpin aku masuk ke dlm masjid dan duduk disebelah aku?
Entah la..bile tgk muka pakcik tue..Aku jadi sayu..Bergenang air mata aku..Rase mcm nak g jumpa pakcik tue..peluk cium dia.Maklumlah..aku pun dh takde abah.
ABAH..aku merinduimu..

Monday, May 18, 2009

Amalan SONGSANG

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalahan harian kita. Kadang-kadang, kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.
Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup org lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbaik:-

1. Amalan Kenduri Arwah.
Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana baginda telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keleuarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau0kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kenduri Kahwin.
Kalau hadir ke kenduri kahwin walimatulurus (kenduri kahwin) kebanyakkan kita kerap salam berisi (hadiah wang yang diberikan semasa bersalam). Klau tiada wang dalam tangan, maka ramai yang segan untuk pergi.
Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula salam tidak berisi. Sepatutnya tatkala menziarahi keluarga si matilah, kit apatut memberi sedekah. Dalam kenduri kahwin, tak memberi pun x mengapa kerana tuan rumah menjemput untuk makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Pakaian Ketika Solat.
Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila menghadapa Allah baik di rumah mahupun masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Menjadi Tetamu.
Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, ada yang berasa segan untuk menikmati makanan hingga habis. Sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan di habis apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Solat Sunat.
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapai kalau di rumah, rase sangat malas. Sedangkan sebaik-baik solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan Ramadan.
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan. Tetapi kebanyakkan mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam paling tinggi adalah di bulan Ramadan. Sedangka sepatutnya perbelanjaan di bualan puasa adalah yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kenduri Mengerjakan Haji.
Kebanyakkan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekkah, namun apabila pulang dari mengerjakan haji, tiada pula kenduri yang dibuat. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana mahu bermusafir, maka baru dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Mengaji Al-Quran.
Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam perikasa. Maka, hantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi, kalau anak tidak boleh membaca Quran atau bersolat, tidak pula mereka bimbang bahkan tidak juga dihantar ke kelas tuisyen membaca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup bayar RM20.00 satu pelajaran untuk lapan kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran, RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggelatar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berasa bimbang jika anak tidak dapat membaca Al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Mencari Rezeki.
Kita sanggup mencari rezeki Allah dengan bekerja tak kira siang malam pagi dan petang. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi, ke rumah Allah (masjid) walaupun tidak hujan, tidak panas, tiada ribut tetap berasa berat untuk ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah di minta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Isteri Berhias.
Ketika keluar rumah sama ada bersama suami atau tidak, ramai isteri yang berhias cantik, namun ketika duduk di rumah, hak kecantikan diri tidak diambil kira. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh diatas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.







Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com