Monday, July 18, 2011

PERTAMBAHAN USIA

Assalamualaikum Warahmatullah

Salam sayang buat sume reader & follower blog Encik Suami. Kabarey uols? Hope uols sehat walafiat. Maaf ye sbb saya agak busy & disebabkan itulah, saya agak jarang buat entry baru.

Pertama sekali..syukur kehadrat Allah SWT kerana saya masih dipanjangkan usia & diberi kesempatan untuk berhubung dengan kalian sume. Pada hari nie..usia saya telah bertambah kepada angka yang baru. Rasenye..tak perlu saya rahsiakan umur saya. Sebab ia hanya sekadar angka. Kini umur saya 31 Tahun. Sudah tua daa. So..bila dah tua2 nie..kenelah berubah kearah kebaikan. Maksud saya..kebaikan yang sediaada dipertingkatkan.

Sempena pertambahan usia baru nie, saya berdoa semoga saya dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta amalan saya kepada Allah SWT sentiasa meningkat.

Apa yang saya ada di usia 31 Tahun?

1) Seorang isteri yang baik, rajin, pandai memasak. Isteri saya juga seorang yg putih melepak & gebu. (Laki hang nie jerk yg hitam2 si tampok manggis, Hitam2 pun, laki hang jugak kan?) Nie abg puji2 sayang nie..nak bagi hadiah apa kat abg??

2) Sepasang cahaya mata NURIN IRDINA IZAZI (4 Tahun 3 Bulan) & MUHAMMAD ANIQ ISKANDAR (1 Tahun 10 Bulan). Nasib baik warna kulit anak2 cerah ikut ibunye..klu ikut ayahnye..(sendiri fikirlah ye.)

3) Sebuah keluarga yang bahagia. Terima Kasih pada Allah SWT atas nikmat yang diberikan. Syukur Alhamdulillah.

Dikesempatan ini..saya juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada rakan2 blogger yang lain yang tarikh lahirnya sama dgn tarikh lahir saya. Yang saya tau ada seorang iaitu http://www.sahromnasrudin.com/. Untuk anda SAHROM..selamat hari lahir saya ucapkan. Semoga anda dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik.

Oklah..saya rase cukup setakat ini dulu. Insya-Allah..lain kali kita bersua lagi.

Assalamualaikum..Papai.

Friday, July 1, 2011

KURSUS, APC & PERTANDINGAN KOIR.


Assalamualaikum kalam pemanis bicara saya hulur buat kalian. semoga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah. *senyum*. Alhamdulillah atas segala nikmat, serta tak lupa selawat dan salam ke atas junjungan pemberi syafaat di akhirat kelak, Muhammad SAW. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.

Khabarey uols. Hope uols sume sehat walafiat. Lama sudah tak update blog. Ya ampun...bukan
apa. Terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan. Oklah ye..dlm entri nie..saya akan citer lumsum la sume perkara2 yg berlaku sepanjang saya tak update blog. Harap2..uols boleh terima & baca sumenye. Bukan apa..disebabkan kekangan masa & beban tugas yang banyak..senang pada saya utk buat satu entri yg mengandungi beberapa perkara.

1) Kursus Pengurusan Aset Alih & Stor Kerajaan - 15-17 Jun 2011.

* Kursus nie dianjurkan oleh Ibu pejabat dan dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands. Kursus nie mmg WAJIB saya hadiri sbb mmg saya laksanakan tugas2 ini di jabatan. Makanye..sume yg laksanakan keje nie dihimpunkan & diberi kursus bagi memantapkan prosedur keje. Means..saya kenal sume peserta sbb klu meeting ibu pejabat, mmg kami hadir bersama ketua jabatan masing2. Yang bestnye..kami diberi kesempatan & peluang utk naik kepuncak kota keriangan Genting Highlands. Kira mcm sambil kursus, sambil bercuti la. Habeh sume permainan outdoor seperti spinner, spaceshot solero, Roller Coaster dan Flying Coaster saya cuba bersama kawan2. Ada yg sampai muntah2 la.









2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

* Baru2 nie, saya ada terima sepucuk surat bersampul putih & tertera URUSAN SERI PADUKA BAGINDA.


Syukur Alhamdulillah. Dengan Markah 93.4% bagi penilaian prestasi utk tahun 2010, saya dipilih sbg Penerima Anugerah Prestasi Cemerlang bagi tahun 2010. Sepanjang 6 Tahun berkhidmat..inilah kali pertama saya terima anugerah ini. Insya-Allah, saya akan sentiasa tingkatkan prestasi keje saya demi kerajaan malaysia. Oh ye..sblm terlupa..Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan berlangsung pada 6 Julai 2011.

3) Pertandingan Koir.

* Pada 6 Julai 2011, siang akan berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Disebelah malam pula..akan diadakan Majlis Jasamu Dikenang. Pada Majlis inilah nanti akan diselitkan pertandingan koir antara Ibu pejabat dan 9 Daerah yang lain. Bila dicampur semua bahagian, maka akan ada 11 kumpulan koir yg akan bertanding.

So..setiap petang akan ada sesi latihan koir. Termasuk esok 2 Julai 2011 (Sabtu). Terpaksa buat latihan hari sabtu sbb hari cuti je yg free n tak byk gangguan. Dah hari2 training koir..naik kembang tekak saya nie ha. Tapi nak buat cemana..demi jabatan, saya tetap memberikan komitmen & sokongan. Mana tau kan, rezeki kami..jabatan kami menang.

4) Kursus Pengurusan Pemandu, Penggunaan Buku Log Kenderaan & Pemantauan Pemandu.

* Kursus akan berlangsung pada 03 - 05 Julai 2011. Maknenye..hari ahad nie la. Sekali lagi..saya akan meninggalkan isteri & 2 budak tecik musyuk masyam tue. Kursus nie jgk akan diadakan di Genting Highlands. Padahal..hari tue baru je pegi kan? nie kene pegi sekali lagi.

Ekseli..dulu mmg saya yang buat keje nie, tapi..bila bos serah keje baru pada saya, Pengurusan pemandu diserahkan pada org lain. Bila dah serah keje.. dihantar berkursus, tanak pegi pulak. Ngade2 betul. Patutnye..masa nie lah dia nak tuntut ilmu kan?. Disebabkan Ibu Pejabat dah booking penginapan, kene cari pengganti jugak. Udahnye..bos arahkan saya pegi. Saya jawab pada bos..OK..SAYA YANG MENURUT PERINTAH. bos jawab..TERIMA KASIH.

Hari selasa 05 Julai 2011 tue, tamat je kursus terus balik ke pejabat utk latihan terakhir koir. Sbb pertandingan 06 Julai 2011. Nak buat cemanakan? Dengan keje yg tgh menggile banyak, kursus lagi, latihan kor lagi mana nak kejar. Tapi..kene slow2 la. Keje tetap kene buat, sbb tue kan tanggungjawab kita. Sebab tue la, skrg nie saya agak jarang update blog. Bila update..jadi mcm entri nie lah..panjang lebor. Hope uols tak bosan nak baca.

Oklah..saya rase cukup setakat nie dulu untuk entri kali nie. Semoga kita jumpa lagi. Saya nak pesan pada uols..esok lusa cuti, so..rancanglah perjalanan anda. Jaga diri ok. Sayang uols. Ok..citer dah abeh dah. Noktah.

Papai.
Assalamualaikum.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com