Monday, July 18, 2016

BERTAMBAH USIA TAHUN INI,SYUKUR..ALHAMDULILLAH

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Yang memiliki sekelian alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka. Yang maha menepati janji.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka yang baru. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar @ tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.

Adakah aku bersedia menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.

Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.

Dalam tempoh perjalanan bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, & aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.

Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia. In Shaa Allah.

Dan kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, & mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam perjalanan hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.

Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.

Sekian, Terima Kasih. 




Friday, July 1, 2016

PERSIAPAN & DESTINASI BERHARI RAYA

Tudia,sejak 1 ramadhan sampai hari nie 26 ramadhan,baru nak update. haha.bukan apa,agak busy dengan beban tugas dan tanggungjawab lain. ok..disebabkan agak lama x update, abam nak rangkum sume perkara dalam 1 entri. meibi agak panjang la entri kali nie.harap x jemu baca.


KISAH RAMADHAN


Ramadhan kali nie ditempuhi dengan sebaik mungkin. nurin dgn iskandar pun puasa gak. walaupun wife dlm pantang melahirkan jannah, tp..wife tetap sediakan makan utk iftar & sahur. bab iftar, abam x kesah ,makan je apa yg ada. cuma tahun nie g bazar terbeli kueh sedap. so..bila teringin just g je kat gerai tue. slalunya,abam akan beli kueh tradisional la. sbb iskandar suka kueh tradisional. contohnya seri muka, tepung pelita, talam cendol, kueh lapis, talam roti @ talam suji. talam suji mmg sedap giler babas. kalau pegi gerai tue, talam suji xde sbb bukan jual kueh yg sama hari-hari, mmg balik hampa la. time iftar, kebiasaannya mcm tahun lepas, abam buka dgn kurma,air 2 gelas dgn kueh je 2@3 ketul. pastue solat maghrib. rehat jap n bersiap g terawih. makan tue je pun dah rasa mcm nak terkoyak perut. nasi just makan masa sahur je.

Untuk sahur, slalunya kunci jam kat enset pkl 4.30am, 4.40am, 4.50am & 5.00am. lps 5.00 am, kalau layan mata, kompom terbabas. nurin dgn iskandar mmg bangun sahur. senang nak dikejutkan. cuma nurin dh hujung-hujung ramadhan liat nak bangun. mcm pagi tadi minum milo je. x makan x minum air kosong. tapi,sahur hari-hari sebelum nie, makan sahur mcm makan lunch beb. bertambah-tambah. abam makan nasi just amik berkat sahur n alas perut je. janji abam n anak-anak minum air kosong banyak utk elak kehausan.

Agak terkilan la sbb ada dikalangan membe opis x puasa. bukan sorang dua ye. berkumpulan. abam x tuduh.mmg ada bukti n saksi. pelik gak abam, dah dewasa kot. anak-anak abam pun boleh berpuasa. kat opis x puasa. tapi,balik umah..mesti wife diorg igt diorg puasa kan..kan..kan? hari tue kat opis abam ada buat masak bubur lambuk (ayam & daging) & kari ayam secara gotong royong utk bagi kat kakitangan. abam terlibat la utk memasak. masak bwh khemah, dgn panas dah tentu haus beb. kering tekak. ada plak membe yg leh ceduk bubur lambuk katanye dia sbg ajk rasa. woi..agak-agak la. sorok la skit. x malu ker? leh lagi gelak-gelak. kalau dh badan bau rokok, nak sorok mana beb?? xpe la. tue urusan diorg dgn Allah SWT. moga-moga tahun depan diorg berubah sbb masing-masing dah ada isteri & anak-anak.


PERSIAPAN & DESTINASI BERHARI RAYA


Abam dgn wife xde buat apa persiapan pun. perabot baru, langsir baru, kete baru, carpet baru, cat baru, sinki baru, pinggan mangkuk baru sume xde ye. yang ada cuma anak baru je. persiapan utk anak-anak je la sbb suar jeans nurin dgn iskandar dah senteng,so..kene dapatkan yang baru. baju baru pun sorang 1 sbb baju lama masih elok. x perlu la nak beli byk pastu harga mahal-mahal. kene igt, bila musim perayaan nie, byk aliran wang keluar dari masuk. duit minyak, duit tol kene masuk baget gak. duit raya mmg tiap tahun abam ada sediakan utk mak, mak mertua, anak, anak buah & kanak-kanak.

Hari nie 01/07/2016 last day keje. abam akan bercuti sampai 12/07/2016. tp,tgk keadaan la. kalau rajin, 10hb masuk keje n kira batal la cuti sampai 12hb tue. kalau dh seronok sangat beraya, abam teruskan sampai 12hb. hew..hew..hew.

Tahun lepas dah beraya umah mak abam di sepang. tahun nie giliran beraya kat rumah mertua abam di sg. besar, selangor. abam suka suasana kat umah mak mertua sbb dikelilingi sawah padi. pastue raya pertama ada ‘baraan’ (banjar) kirenya macam takbir dari rumah ker rumah di malam raya. tapi ‘baraan’ nie siang hari raya pertama. ada ker follower abam yang akan berhari raya di sg. besar tahun nie??


UCAPAN


Abam ucapkan selamat hai raya aidilfitri.maaf zahir & batin atas kekhilafan diri ini kepada follower abam. kepada yang memandu balik kampung, dapatkan rehat yang secukupnya, rancang perjalanan anda, tumpukan perhatian & jangan main enset waktu memandu. dah sampai kampung, jgn dok kelebek enset je, tolong mak ayah @ adik beradik lain utk sediakan juadah utk dijamah. semoga selamat pergi & selamat kembali di hari raya nanti. semoga lebaran mulia ini disambut penuh kesyukuran.(macam banyak perkataan ‘semoga’ je dalam entri nie kan?gasak la.)


Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar

ENCIK SUAMI

Thursday, June 2, 2016

NAMA PENUH SI CANTIK MANIS AYAH

Nama memainkan peranan yang sangat penting.setuju??nama yang diberi mestilah mempunyai maksud yang baik-baik.bab pemilihan nama,mmg dititikberatkan oleh suami isteri bila nak menyambut kelahiran anak.abam pun x terkecuali.untuk anak abam yg ketiga nie,abam ada buat senarai.untuk senarai anak lelaki,ada 23 nama & untuk anak perempuan,ada 17 nama.manyak kan senarai nama pilihan abam dan isteri?

Anak sulung abam si kakak,asalnya abam nak letak nama CANTIK PURNAMA SARI.klasik kan nama nie.bukan apa,kalau letak nama tue,sampai ke tua orang panggil dia CANTIK.bila fikir balik xde maksud pada nama tue.terus reject.abam nak letak NUR kat pangkal nama.NURUL,NUR,NURIN mendatangkan maksud yang sama iaitu cahaya.akhirnya abam namakan anak sulung abam dengan nama NURIN IRDINA IZAZI yang membawa maksud :

NURIN = Cahaya
IRDINA = Kehormatan Kami
IZAZI = kemuliaan

Anak kedua abam si maskulin tue, abam nak letak nama depan ada MUHAMMAD.kelahiran si maskulin nie paksa secara induce sbb liking.keputusan akhir,abam beri nama MUHAMMAD ANIQ ISKANDAR yang bermaksud :

MUHAMMAD : Yang Terpuji
ANIQ : Yang Kacak Lagi Menawan Hati
ISKANDAR : Nama Seorang Raja

Anak ketiga abam si adik yang lahir 19/05/2016 baru nie plak.abam dan isteri xnak letak nama panjang mcm si kakak dgn si abangnya.sbb pada abam,kesian diorg nak kene tulis nama panjang-panjang kat buku sekolah dgn kertas soalan.abam cadang nak guna nama si kakak samaada NURIN @ IRDINA @ IZAZI.setelah berbincang dengan isteri,kami sepakat di kampung hai pening lalat untuk beri nama NURIN JANNAH yang membawa maksud :

NURIN : Cahaya
JANNAH : Syurga

Macam entri sebelum nie,abam panggil baby <CANTIK MANIS anak ayah NURIN JANNAH>.hehe.Buat masa nie abam just bagitau nama anak dulu.abam belum bersedia nak share gambar si CANTIK MANIS nie utk uols.jangan risau,In Shaa Allah..akan tiba saat ittew nanti.sabar ye.


Wednesday, June 1, 2016

DETIK KELAHIRAN @ HOSPITAL SERDANG

18/05/2016 (Rabu)

waktu malam isteri dah keluar tanda untuk bersalin.so,abam prepare baju & keperluan anak pertama dgn kedua utk hantar diorang kat rumah pengasuh.bag baby pun dh letak dekat pintu depan utk mudahkan pergerakan kalau nak ke hospital.sampai ke pagi,isteri masih ok.

19/05/2016 (Khamis)

abam buat keputusan x masuk pejabat sbb abam jangka mmg isteri akan bersalin hari nie.abam tetap hantar anak ke sekolah dan pesan ptg nanti ikut ibu midah balik rumah.tido rumah ibu midah.ibu midah nie jiran abam masa abam dok kuarters dulu & merupakan pemilik taska yang anak-anak transit waktu sekolah.suami ibu midah pun diorang panggil abah.

Petang dlm pukul 4 lebih isteri bagitau dah kerap sakit & dia bgtau dah boleh gerak ke hospital serdang.kenapa ke hospital serdang?? sebab kedua-dua anak abam sebelum nie mmg lahir di hospital serdang.abam gerak dari rumah dlm pukul 4.30 & sampai hospital serdang pukul 5 lebih.abam turunkan isteri depan dewan bersalin & abam parking kereta.waktu bekerja,parking hospital mmg penuh.mengalahkan parking shoping compleks.sudahnya..abam dapat parking hujung dunia.bukan berlari-lari anak dah namanya,berlari-lari ayah abam berkejar ke dewan bersalin.sampai kat dewan bersalin,isteri masih duduk diruang menunggu.x lama lepas tue,nama isteri dipanggil & kena isi borang utk beri izin pada suami masuk dalam labour room masa nak deliver baby nanti.staff kat kaunter bgtau,kalau isteri sakit sangat,boleh baring kat dalam.pukul 6 lebih isteri masuk dalam & abam x dibenarkan masuk sehingga nama abam dipanggil.abam dok kat ruang menunggu,boring plak..kuar jalan-jalan kat luar.masa dok kat luar borak la dengan sorang brother tue yang kebetulan dia stay dekat dgn rumah abam.abam ajak brother tue minum.disebabkan cafe dah tutup,abam pegi minum kat bawah jejantas tepi jalan utama hospital.lapar sebenarnya,tapi..risau ttg isteri..so,abam x makan,just minum je.

Pukul 11.20pm,baru nama abam dipanggil utk masuk dalam.lepas 5jam lebih,baru dapat jumpa isteri.staff kat kaunter bgtau abam soh amik pas pelawat dulu,masuk & pakai baju putih yang macam doktor pakai selalu tue.kat dlm ada kaunter & abam bgtau nama isteri,kemudian staff bagitau isteri dlm bilik labour room no.15.abam masuk mmg isteri sorang je kat situ dok baring atas katil.x lama lepas tue,jururawat masuk & bagitau,kalau isteri dah nak meneran,bagitau.bila isteri dah ready,dia soh abam panggil jururawat,abam panggil & masuk 2 orang jururawat.2 2 pakai baju biru muda.abam rasa,mmg 2 orang tue ditugaskan utk sambut kelahiran.2 2 jururawat nie mmg baik & sangat membantu isteri masa proses kelahiran.pukul 11.49pm lahirlah anak ketiga abam.Alhamdulillah,abam dikurniakan anak perempuan dengan berat 3.35kg.terima kasih pada kedua-dua jururawat tersebut.nama x sempat nak tanya.huhu.

Dah selamat,jururawat arahkan abam keluar dulu & tunggu kat bilik yang disediakan sementara diorang bersihkan baby & uruskan isteri.dah settle abam masuk semula,teros abam azankan anak.pukul 2.30am baru isteri naik wad.disebabka wad penuh,maka ruang menunggu dalam wad diletakkan katil.ada 3 katil kat situ masa tue.xpe la..janji semuanya dah selamat.dah settle abam gerak balik rumah.siap tertido masa drive.maunye x ngantuk.Alhamdulillah,tiba kat rumah dengan selamat.sampai je rumah,simpan uri dlm peti ais & membuta teros.


*Panjangkan entry abam kali nie.gigih abam menaip.huhu.

Monday, May 30, 2016

KONGSI KEGEMBIRAAN BERSAMA FOLLOWER

Setelah 11 hari 19/05/2016-29/05/2016 (termasuk cuti sabtu & ahad) x hadir ke pejabat,maka hari nie kembali bertugas seperti biasa.tapikan..macam blur je masuk opis.mood bekerja masih merangkak-rangkak nak datang dekat abam.

Kegembiraan ini abam kongsikan bersama.Isteri abam telah selamat melahirkan anak ketiga kami pada 19/05/2016@11.49pm (malam jumaat) di Hospital Serdang.Alhamdulillah,abam dikurniakan anak perempuan kali ini.Anak sulung perempuan,anak kedua lelaki dan yang ketiga perempuan.orang kata SELANG BUNGA.Abam pun xtau mana datang istilah selang bunga tue.

Bila isteri bersalin,otomatik abam dapat cuti seminggu dari tarikh isteri bersalin.kalau ikutkan,cuti berakhir khamis lepas,tp dh alang-alang jumaat sehari je keje,abam tambah lagi cuti sehari.tue yang mood keje hari nie merangkak-rangkak sbb lama bebenor cutinya kan?

Kakak dengan abang kemain suke lagi dpt adik.Dulu si abang abam panggil adik sbb dia anak bongsu.sekarang kene tukar panggil abg.kadang-kadang dia tersasul bahasakan diri dia adik.abam betulkan.bila abam yang tersasul panggil dia adik,dia betulkan..bukan adik la ayah,abang.huhu.

Kat opis nie pun macam xleh tumpu perhatian je,sbb dok teringat kat si cantik manis kat rumah tue.Masa abam cuti,mmg abam dok sebelah dia je la.dok cium sana sini,geram.selalunya..bila baby bukak mata je,abam akan cakap Assalamualaikum cantik manis ayah.cantik manis dah mangun.cayang sikit meh.apa lagi..gomol la pipi cantik manis tue kiri kanan.mmg bau wangi.sedap wei bau baby nie.siyes x tipu.

Ok.abam permisi dulu.x sabar abam nak balik rumah petang nie.sampai rumah,sure gomol baby dulu.hew..hew..hew.


Wednesday, May 18, 2016

KAKAK..MAAFKAN AYAH

Lepas amik sepasang kanak-kanak ribena balik dari sekolah,dari dalam kete abam dh pesan kat diorg.sampai rumah,bukak baju,asingkan baju sekolah dlm bakul khas,lepas tue mandi.sorang mandi kat bilik air depan,sorang mandi kat bilik air belakang.sementara diorg mandi,abam angkat kain yang dh kering masuk dlm bakul.

siap je diorg mandi.abam sediakan makan malam yang abam tapau sebelum amik diorg kat sekolah.minggu nie minggu exam.so..lepas makan.abam pesan kat si maskulin abam si iskandar soh rehat kat depan.x lama lps tue,si maskulin tue terlelap.perut pun dh kenyang.kakak masuk bilik kemas beg sekolah dia dgn adik dah siap baru boleh dok ruang tamu.tibi jgn on.

sementara diorg rehat.baju basahan tgh basuh dlm mesin.lps siap,abam jemur n masukkan plak baju sekolah kakak dgn adik dlm mesin.si kakak dh terlelap.abam terpkasa kejutkan si kakak sebab baju sekolah dh siap basuh.dia mcm xnak bangun.abam paksa gak.abam suruh dia iron sume pakaian seragam sekolah dia dgn adik dia.baik sekolah kebangsaan dan sekolah agama.ada gak la dlm sebakul.

kesian gak la sbb paksa dia iron baju sendiri.bukan apa,abam xnak manjakan sangat dia.dia kakak okey,so..kene pandai buat keje rumah.dia soh abam temankan dia iron baju.abam ok je.sambil dia iron,abam perhatikan je.pastue abam komen,bukan mcm tue kakak,kene buat macam nie.bila fikir balik,dh abam soh dia buat,abam komen plak.xpe..mula2 mmg la x kemas dia iron.at least dia dpt belajar 'sesuatu'.

Abam xtau la betol ker cara abam ajar si kakak nie.abam bukan apa,xnak dia malas.sebagai kakak sulong,dia kene belajar buat keje rumah.at least dpt bantu ibu dgn ayah.bila kakak tido,abam tgk dia dari pandangan lain,bergenang air mata wei.rasa kesian kat dia.

# kakak umo 9 tahun.



HAI FOLLOWER

Hai gais.selamat pagi.Alhamdulillah,abam dah selamat sampai opis.tangki aka perut abam pun dah dipenuhi oleh roti canai garing banjir kuah sardin + nescafe tarik.perghh..kenyang siot.korang dah mamam ker blm nie?keje,keje jugak ye.tangki jangan lupa isi.kang tangki masuk angin plak.hew..hew.

Abam nak tnye la.sokmonyekan,bila korang sampai opis,apa yang korang buat dulu?kalau abam :-

* On PC
* Bukak pewangi gel jenama GLADE fresh lemon yg ada kat meja abam,abam sorok pewangi nie kat    blkg kalendar.petang nak balik,abam tutup.esok dtg opis bukak balik.lambat la abeh kan?bila buka je pewangi nie,perghhh..haruman dia bes woo.
* Bukak youtube sambil dengar doa dhuha.terapi jiwa dulu awal pagi.anak2 abam pun suka dengar        doa dhuha nie.kirenye diorg hafal sbb kat sekolah mmg baca doa nie.

settle yang bertanda * tue abam start buat keje.ok gais,entri pendek pagi nie.at least adalah gak entri baru kan?dari xde langsung.

Tuesday, May 17, 2016

SEKIAN LAMA MENYEPI

Assalamualaikum.kabarey follower?(ada lagi follower lagi ker ko nie?) setelah setahun lebih x update blog.kesian blog abam nie kan..kan..kan?tuan punya blog buat-buat lupa ada blog peribadi.aduhai.. xtau nak citer dari mana.hantam sajalah ye.korang baca jerk la apa yang abam taip.

Korang sume sehat ker?abam harap korang sume sehat walafiat disamping rutin harian korang.abam mcm nie la.sebagai seorang suami dan ayah,mmg banyak la tugas rutin abam kan.mulai hari nie,abam akan cuba update blog abam sekerap mungkin walaupun keterbatasan waktu.


Disebabkan la nie time rehat dan abam pun xde buat apa.so..abam gagahkan diri utk update blog.jari menaip,sumbat tinge dengan earphone,bukak youtube,layan hindustan.bes baq hang.hew..hew..hew.skali skala layan hindustan manyak syiok woo.

Sebenarnya kan..kan..kan,abam nie tengah menghitung hari utk 2 perkara.2 2 perkara baik.korang doakan agar segalanya terlaksana dengan baik dan lancar serta dipermudahkan oleh Allah SWT. In Shaa Allah.Oklah,abam permisi dulu ya.Nanti kita sembang lagi.Assalamualaikum dan papai.


Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com