Friday, December 6, 2013

HARI POTENSI TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2013



Tarikh : 7/8/9 & 10 November 2013
Lokasi : Uitm, Merbok, Sg. Petani, Kedah Darul Aman.



Keputusan Rasmi :

Silat : Johan-Selangor , Naib Johan -Johor , Ketiga -Serawak
Gerakrama : Johan-Selangor, Naib Johan-Sabah, Ketiga-Negeri Sembilan
Futsal : Johan-Selangor, Naib Johan-Johor, Ketiga : Tak Ingat
Bola Jaring : Johan-Negeri Sembilan, Naib Johan-Wilayah Persekutuan, Ketiga-Selangor

Johan Keseluruhan : S E L A N G O R (3 Tahun berturut)

TAHNIAH utk anak ayah sebab jadi JOHAN acara SILAT.


Acara Silat 








Acara Gerakrama








untuk pengetahuan korang, kedua-dua acara nie adalah dari tabika yang sama. tabika nie mmg tiap2 tahun mewakili selangor ke peringkat kebangsaan sbb di peringkat daerah & negeri, majoriti acara yang dipertandingkan, tabika nie sapu bersih JOHAN setiap acara.

akhirnya..TAHNIAH pada anak murid, guru-guru, serta ibu bapa yang hadir bagi memberi semangat kepada pasukan selangor.

Monday, December 2, 2013

HARI POTENSI TABIKA KEMAS PERINGKAT NEGERI 2013

Assalamualaikum

Maaf ye sbb lama x update blog.kesibukan tahap melampau.nie pun curi masa nak update.29 Sept 2013 hari tue anak aku terlibat dalam acara pertandingan hari potensi tabika kemas peringkat negeri selangor. Sekolah anak aku hantar wakil utk 2 acara iaitu silat dan gerakrama. anak aku masuk acara silat. Alhamdulillah. Johan 2 2 acara tersebut adalah wakil dari sekolah anak aku.



Secara otomatiknya, Johan bagi setiap acara di peringkat negeri akan mewakili negeri selangor ke hari potensi tabika kemas peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Uitm, Merbok, Sg. Petani, Kedah pada 7/8/9 & 10 November 2013.

Tahun lepas, masa umur anak aku 5 tahun, dia masuk acara kompang berformasi. Alhamdulillah Johan peringkat daerah & peringkat negeri. Tapi..entah cemana, nama anak aku x tersenarai utk mewakili negeri selangor ke peringkat kebangsaan di Uitm, Dungun, Terengganu. xpe la. nak buat cemana. dah lepas pun kan? Tapi..terubat la jugak sbb tahun nie nama dia tersenarai mewakili negeri selangor. Alhamdulillah.

So..aku pun kene la survey penginapan masa kat kedah nanti. means..budget pun kene cari utk program nie. xpe la..demi anak kan. sebagai ayah..aku kene lah bagi sokongan utk anak. lagi2..mewakili negeri selangor.

Lepas je menang peringkat negeri, jadual latihan padat. ada perubahan pada pergerakan. maklumlah..utk peringkat kebangsaan kan. kadang2..kesian gak aku tgk anak aku. penat dia. apakan daya..dia dh terpilih. aku bagi keizinan la.at least..dia ada aktiviti.

Oklah..nanti aku sambung citer lagi ye.




Tuesday, October 8, 2013

HADIAH UNTUK KETUA JABATAN

Assalamualaikum.

Sekadar nak ucapkan syukur alhamdulillah atas anugerah yang aku terima semasa Majlis Inovasi & Kecermalangan yang diadakan baru2 nie.

1) Anugerah Khas Pengarah.
    
    Dianugerah oleh pengarah kepada kakitangan yang mendapat markah prestasi tahunan melebihi 90%.


2) Anugerah Pengurusan Stor Terbaik.
    Gambar stor jabatan aku boleh rujuk entry nie Klik Sini


Sebagai seorang staf..siriyes aku rasa puas dengan hasil kerja aku. Anugerah ini khas aku tujukan pada bos aku. Untuk pengetahuan korang..bos aku seorang lelaki. Usia muda 2 tahun dari aku. Masa naik pentas terima piala nie, terpancar kegembiraan pada muka bos aku. Turun dari pentas..dia ckp camni..TAHNIAH..saya bangga punya staf yang komited mcm awak.Aku terus rasa macam x pijak bumi dh.Terapung2 diawangan.Aku bagi kenyataan balas..TERIMA KASIH sbb percaya pd kebolehan saya dlm melaksanakan tugas.


Thursday, September 19, 2013

ANUGERAH KHAS PENGARAH & PERTANDINGAN STOR TERBAIK JABATAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Jawab salam tue dulu ek. kalau dah jawab, Alhamdulillah. Esok,20/09/2013 akan berlangsung majlis anugerah perkhdimatan cemerlang bagi jabatan aku. Macam entry sblm nie..klu nak tau Klik Sini aku ada mention pasal pertandingan stor terbaik bagi jabatan. Disebabkan aku person incharge yg handle stor, secara otomatiknya aku akan bertanding. 09/09/2013 hari tue, panel lawatan seramai 3 orang dah pun datang melawat n tgk segala dokumen berkenaan stor mean ikut pekeliling yg dikeluarkan oleh perbendaharaan malaysia. Alhamdulillah..tiada kuiri n tiada komen yang dikeluarkan.

Bos bagi kepercayaan pada aku utk manage stor jabatan. Dah mmg keje hakiki aku pun. Bos just cakap mcm nie, awak buat la apa yg awak rase bagus utk stor jbtn kita, janji saya nak stor kita dinobatkan sbg juara. Perghh..risau gak aku. Yelah..sbb bos menaruh harapan yg sgt tinggi utk menang. Tapi, sbg anak buah..aku sahut cabaran bos aku. 

Sebelum nie stor aku sgt buruk. Mmg hakikat..sblm aku ada 3 org yg incharge stor jbtn. ada yg dah pencen n ada yg dah bertukar. Maksudnya..stor nie tiada perubahan dlm tempoh melebihi 10 tahun. Bila aku take over stor, aku buat penambahbaikan utk keselesaan aku bekerja. Baiklah..hari tue aku dah janji pd korang nak tunjuk keadaan stor aku kan? kali nie aku tunaikan janji aku.

* Ruang Kerani Cabuk --> Aku la tue. Bilik bos aku pun x macam nie tau.



* Ruang Simpanan Stok Bekalan Pejabat




Nie je yang mampu aku buat utk pertandingan nie. Harap2..stor aku nie menang la. At least..kalau stor aku menang, aku dapat gembirakan hati bos aku n aku dapat kepuasan bekerja. By the way, esok aku akan naik pentas utk terima anugerah khas pengarah disebabkan markah penilaian pretasi tahunan aku melebihi 90%. Kalau stor aku dinobatkan sebagai johan, mean..2x la aku naik pentas. Tetibe nebes plak.

Oklah ye. aku nak sambung buat keje. Korang doakan stor aku menang ye.



Wednesday, September 4, 2013

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum.

penjawat awam mesti tau apa itu LNPT. yes..laporan penilaian prestasi tahunan.baru2 nie aku ada dapat surat n kad jemputan.siriyes aku tak sangka. sebelum nie aku penah dapat anugerah perkhidmatan cemerlang. tapi..utk prestasi tahun lepas, aku dapat nie plak.



nama aku n jabatan tpt aku mencari rezeki harus dirahsiakan.pada majlis tue jugak akan diumumkan pertandingan stor terbaik bagi jabatan. pertandingan nie baru pertama kali diadakan. panel penilai akan datang kat opis aku 9/9/2013 means isnin depan. so..buat masa nie aku sedang bekerja keras utk kriteria yang dimaksudkan.

bos dh bgtau aku awal2 yg dia nak stor opis aku nie menang. so..aku sahut cabaran dia n aku nak buktikan yg aku mampu utk bagi kegembiraan pada dia. In Shaa Allah..korang doakan agar aku menang ye dlm pertandingan tue nanti. stor yang aku jaga mmg dah berubah 100% setelah hampir 10 tahun stor mcm tue rupa. bila aku masuk ke jabatan nie..aku ubah ikut kehendak & keselesaan aku.bos plak mmg jenis percaya pada kebolehan aku. so..sgt memudahkan keje aku.

10-12 sept kene g kursus la plak kat morib.erm..tertangguh lagi la keje aku nmpknye. lps balik kursus..baru aku boleh update.next entry nti..aku upload gmbr sekitar majlis inovasi & kecemerlangan serta gambar stor yang aku jaga utk tatapan kalian ok.

oklah..aku curi2 masa nak update nie.keje masih byk belum settle.jumpa lain kali ek.

Assalamualaikum.

Monday, September 2, 2013

TEMPLATE BARU

Assalamualaikum.

nmpk x? blog aku dh tukar wajah.saje tukar2 angin.smartkan? kalau korang cadang nak tukar wajah blog korang.just klik sini Sheda Ucu. Sangat berbaloi.

anyway..tqvm ye sheda sbb design blog nie.

Tuesday, August 6, 2013

TAHNIAH ANAK AYAH (EDISI RAMADHAN)

Assalamualaikum..

salam pembuka bicara utk kalian semua.meriah aku tgk entry korang. macam2 citer ada. paling banyak..opkos la bab hari lebaran kan?

oklah..aku nak story ttg pengalaman pertama nurin (enam tahun) berpuasa. Ekseli..x de banyak masalah pun. Maybe cikgu kat sekolah dia dh terangkan apakah itu puasa. so..bile aku tanye pd 09/07/2013 tue 

aku : esok, kakak nak puasa tak?
nurin : nak.
aku : okey.kalau macam tue..esok pagi, dlm pukul 5 ayah kejutkan
bangun sahur ye.
nurin : iyelah.

sahur pertama, masa kejutkan..dia mcm malas. aku ckp la..kan mlm tadi kakak ckp nak puasa kan ? so..bangun cepat. nanti tak sempat nak makan. dia duduk je, tp..x bangun berjalan ke meja makan. pujuk punya pujuk..baru bergerak. aku macam biase la. sahur kire macam buat syarat n amik berkat je. tapikan, aku tgk nurin makan licin pinggan wooo. sebutir nasik pun x tinggal. okleh tue..at least dia ada tenaga utk sampai ke waktu berbuka.




nie gambar carta ramadhan nurin. yg merah tue kes x puasa. x puasa tue kalau korang perasan, hari sabtu & ahad kan? tue sume jadi masa aku balik kg mertua. datang la ngade2 dia tue. sepupunye x puasa. so..mana boleh tahan. sepupu + ngan adik sendiri makan depan dia. opkos tergugat iman. bile dikejutkan time sahur..boleh dia marah n kdg2 siap menangis lagi. sabar je la ngn budak nie. tapi xpe la. aku x paksa pun dia nak puasa. at least..dia tau apa itu puasa.

kalau bab buka puasa tue, kadang2 aku tanye dia nak makan apa. pergh..selera tekak anak den pizza, bekdonal, mamak, kedai awe tue mmg dlm carta. aku tgk keadaan la jugak. kdg2 aku tunaikan. sbb nak kejar masa utk terawih.

ada skali tue..x ingat la puasa yg ke berapa. kan..kalau dah nak sampai waktu berbuka, mmg akan ada iklan utk buka puasa tue kan. makanan ngn minuman dh tersedia atas meja. tunggu masa nak ngap je. nurin plak entah kenapa, dia nak plak air lain. so..dia bangun g dapur. amik cawan terus tuju peti ais. dia tuang air longan yg mmg ada dlm peti ais. so..dia bwk ke meja makan. tetibe..aku tgk tepi mulut dia basah. masa tue dalam 2 minit je lagi nak berbuka. aku tnye dia..kakak minum ker? siriyes muka dia gelabah abeh. diam seribu bahasa. maybe dia tak ingat kot atau terlalu haus. kesian anak ayah.

kadang2..time buka bikin aku geram je. makanan  dan byk atas meja. lepas minum terus g peti ais. korang tau x dia amik apa kat peti ais tue. SUGUS occay. sabau je lah. kene la aku tarbiyah dia. soh makan nasi dulu. lepas tue baru la makan benda lain. biaselah..budak kan. aku dulu pun entah2 lagi teruk kot. hahahaha.

sejujurnya..aku kagum dengan semangat anak aku nie nak berpuasa. kire nie sebagai latihan la. balik taska dlm pk 5.30 tue dh ckp..ayah, kakak haus la, kakak lapar la. kene la guna psikologi utk pujuk. sayang nak buka sbb dh dekat sgt pkl 7 kan. so..harap tahun depan anak aku boleh puasa penuh In Shaa Allah.

aku pun kan..dlu masa sebaya anak aku mana puasa penuh. umur 12 tahun pun aku x puasa penuh lagi tau. hahaha. mana tak nye..aku g sekolah kayuh basikal lebih kurang 15 kilometer. pagi oklah lagi. tapi..time balik sekolah tue. dh le panas. berpeloh2 tau. dah tentunya haus. so..sampai umah, bukak peti ais. teguk air kosong. haha..kenangan sungguh kalau ingat balik.






Thursday, July 18, 2013

SELAMAT HARI LAHIR - ENCIK SUAMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Yang memiliki sekelian alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka. Yang maha menepati janji.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 33. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar @ tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.

Adakah aku bersedia menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.

Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.

Dalam tempoh 33 tahun bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, & aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.

Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia. In Shaa Allah.

Dan kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, & mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam perjalanan hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.

Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.

Sekian, Terima Kasih. 

Assalamualaikum.

#Aik..wish kat diri sendiri ker bro?? - apaapajelah.


WALL MAKEOVER BY NA FROM NADIA FARAHIDA

Assalamualaikum.

Penat + stress buat keje..iols pun bukak la blog jap. nak santai2 la konon. tetibe..macam nak tersembul bijik mata iols nie bile nampak “sesuatu” dalam blog nadia. iols gosok balik bijik mata, lepas tue tampar2 manja pipi iols, just nak pastikan betul ker apa yg iols nampak. iols pasti yang iols dialam nyata. Senyum sorang2. occay..iols teruskan membaca entri nadia tersebut sampai perenggan terakhir.

Waduh..cemana nie. siriyes keje melambak2 nie. xpela..kuatkan hati. Nak join contest yg nadia anjurkan dulu. pastue baru iols pulun buat keje.koh..koh..koh. Opkos uols nak taukan contest apa yg nadia anjurkan. Contest tue adalah misi nadia utk mencari 3 BUAH RUMAH DI KAWASAN KUALA LUMPUR, SELANGOR ATAU LEMBAH KLANG UNTUK DIMAKEOVER. Tajuk contest pun dh meletops2 uols.



Oklah..pada saat dan ketika ini..iols  perlu ikut syarat-syarat yang melayakkan rumah iols utk dimakeover

1)   Like Facebook Fanpage Wall MakeOver By Na (Done) Nama Facebook : Ayah Iskandar     
2) Like Facebook Fanpage Nadia Farahida (Done) Nama Facebook : Ayah Iskandar
3) Pilih salah 1 gambar design dari facebook Fanpage Wall MakeOver By Na (Ala uols..nape kene pilih 1 je. klu dpt bg pilihan 2 ker 3 kan best? at least..kalau menang..baru decide nak yg mana kan..kan..kan? eh..iols terlupe plk. dah itu syarat yg ditetapkan. #pelis la jgn nak banyak songeh boleh tak encik suami!! Naik juling mata iols dok pilih design tau. iols ada pilih 4, n then iols snap guna phone n then trs mms kat isteri iols. bincang punye bincang..akhirnya iols pilih design yang nie..



* Santek kan..kan..kan. Baju kawen iols 7 thn lepas pun wane pepel jugak.

4) Sy nak Nadia Farahida memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall MakeOver By Na dengan design pilihan saya ini kerana #titikduabertindih




a)   Untuk pengetahuan uols..iols sebenarnya tgh tunggu kunci utk rumah baru iols. Perkhabaran bertiup kencang yang sampai ke telinga iols bahawa dalam masa terdekat nie pemaju akan serahkan kunci kepada pembeli. Yaaaahooo. Seperti org lain, sudah tentunya iols memey x sabar2 nak masuk umah baru. Bila dah masuk umah baru..macam2 la nak dibuatkan. Kos renovate skit2 pun dlm anggaran 10k.Hadoi.. Pendawaian elektrik, kipas, lampu , cabinet dapur, langsir dan lain2 lagi. Anak iols yg sulung perempuan 6thn. Yang second lelaki 4thn. Sepasang kanak2 ribena nie pun dh request hokey. Si kakak nak bilik wane pink, si adik sekejap nak wane biru sekejap nak wane hijau. Homai..kecik2 dh pandai request macam2. So..iols ngn wife dh fening bab budget. Berguguran rambut memikirkan budget yang agak besar untuk masuk umah baru.

b)    iols penah ckp kat wife nak buat kelainan skit masuk umah baru. Maklumlah..skrg nie iols dok kuarters. Uols paham2 je lah kalau dh namanya kuarterskan? Iols ckp kat wife nak letak macam wallpaper or sticker pd 1 bahagian..means ruang utama dlm rumah la. Wife ckp..mahal. Memey la kos agak tinggi. So..bile iols jumpa Contest yg Nadia buat nie, trs menggigihkan diri untuk join contest nie. Rugi la kalau iols x grab peluang nie.

c)    Disebabkan anggaran budget yang melebihi10k..sbb tue iols join contest nie sbb dpt makeover rumah FREE dari penaja. Rezeki jgn ditolak..musuh jgn dicari.x gitew uols.

d)      Tarikh tutup penyertaan contest nie yg buat iols semakin teruja taw, sebabnya 18 julai adalah my besday. kalau x caya. ada kat dlm blog iols. cer tengok..cer tengok. Sekiranya iols terpilih antara 3 penyertaan yang dicari oleh nadia, maka..inilah hadiah besday yg istimewa, terindah, termabeles utk diri iols. iols yg dapat hadiah..satu family tumpang gembira sbb ruang utama dlm umah akan dimakeover. Tak dapat iols bayangkan bertapa gembiranya isteri & sepasang kanak-kanak Ribena tue.

e)   Sekiranya impian iols nie jadi kenyataan. Dah tentu rumah iols akan dimakeover kan? Satu lagi..bila masuk rumah baru, menjadi tradisi pemilik rumah akan buat kenduri (house warming) So..iols akan jemput adik beradik, sedara mara & kawan2. Bila diorg datang..pasti mata tetamu akan tertumpu pada sudut yang dimakeover oleh Wall MakeOver By Na & pasti tetamu puji kata santek n ohsemmm sgt ( hope bijik mata diorang tak jatuh ke lantai). Bila diorang dh kata gitew..mesti diorg tanya siapa kontraktor / pembekal yg makeover umah iols nie? Dengan pantas..iols aku sebut nama Wall MakeOver By Na & bagi bisnes card or no telefon untuk dihubungi. Dari situ, akan wujud peluang utk penaja mendapat pelanggan. Win Win Situation namanya. X gitew Nadia Farahida? Sila anggukkan kepala anda 1x.

f)    In Shaa Allah..masa iols buat kenduri masuk rumah baru nanti, iols akan jemput owner Wall MakeOver By Na, Nadia Farahida n encik havang skali. Boleh la kenal2 ngn family iols.


Oklah..rasanye dh panjang menaip nie. apa2 pun..sekiranya iols diberi peluang..iols nak sangat..sangat..sangat terpilih dikelompak 3 yang Nadia Farahida cari. Semoga penyertaan kali ini membawa tuah & mgkn ini dinamakan 'rezeki besar' sbg hadiah my besday. In Shaa Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin..

Friday, July 5, 2013

KEMBALI SEMULA

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

#Sebelum teruskan membaca..sila jawab salam tue dlu bley tak? dh jawab kan? Bagus.

Kumpul kekuatan nak update blog jap.perghh..bersarang beb / sis blog aku nie. last aku update 06 March 2013. Ya Rabbi..hampir 4 bulan wei aku tak update. Dlm masa / tempoh/ situasi/ keadaan (sama je maksud perkataan tue,ngade2 betul) 4 bulan nie..opkos macam2 perkara  yang berlaku. Aku sendiri pun xtau nak citer cemana sume perkara yang berlaku tue. Nak start tang mana n nak ending pun tang mana aku sendiri tak sure.

Eh korang..aku tgk blog korang sentiasa update. banyak masa korang ek? siriyes aku jeles dgn keFREEan taim korang tue. Time keje mmg aku ngaku kalah la nak update blog. Keje dh macam apa dh. aku nie boleh dikategorikan org penting dlm jabatan. Siriyes..aku tak tipu. Taim keje saat,minit & jam yang ada mmg sgt kritikal bagi aku. Siap 1 keje, ada lagi yg menunggu. berderet2 wei. Sadenli..aku rasa macam nak menjerit je. Stress okey. Untuk blog..sampai aku guna pendekatan, bila free..aku akan taip dlm word semampu yang boleh n then save. lps tue..bila aku dpt keFREEan taim..baru aku copy paste dlm blog. Sampai mcm tue skali. teruk betul aku nie.

Balik umah..xde makne aku nak update blog bagai. Kat rumah spend masa utk family. Mesti korang akan kata, alah..time anak2 tido..kan free. masa tue la boleh update blog. Sorry wei..kat umah mmg xde wifi,broadband bagai. So..celah mana plak aku nak update kan?

Kesian kat korang yang jadi follower blog aku nie. Dah la jarang bebenor aku nak buat entry baru. Aku nie pun bukan la blogger femes. Buat blog nie pun sekadar suka-suka je. Apa org kata..utk mengisi masa lapang. Kononnye la. padahal..masa aku kebanyakkannya mmg x lapang pun.

Malam nie, tinggal aku ngn sepasang kanak-kanak Ribena je la nmpknya. sebab..pn isteri n the geng ada sukan antara jabatan. Acara bola tampar. Kalau pn isteri kalah awal..sabtu petang,dia balik la. Kalau dpt ke semi final or final..ahad malam baru balik. Untuk pn isteri..Good Luck la ye. Untuk anak-anak ayah..peliss,jaga tingkah laku. jgn buat hal n nakal-nakal okey. Kalau x nak kene babab, sila dengar kata n arahan yang keluar dari mulut ayah korang nie tau!

Oklah korang, aku rasa macam dah merepek je nie. Kang korang boring plak. In Shaa Allah..kalau aku ada keFREEan taim..aku update lagi ya. Pada yang memandu tue..sila tumpukan perhatian anda. Jangan mengelamun taim drive. Jaga kesihatan korang baik-baik juga keselamatan diri korang. Panjang umur, kita bersua lagi.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Papai...

Wednesday, March 6, 2013

"Give Away (GA) Birthday Akiff ke-2 Tahun"

Assalamualaikum.

Stress buat keje.Rest sat.Bukak blogger n then terjumpa 1 GA anjuran Klik Sini --> Catatan Diari Seorang Abah Jap ek..nak tepek banner sbg syarat utk join GA nie.


Apa yg membuatkan sy tertarik nak join GA nie adalah sbb design baju yg cantik itu lah.Mmg smart giler ditambah dengan kombinasi warna yg menarik.

Ucapan ikhlas dari hati angkel untuk Akiff :

Akiff umpama sebutir permata yang bersinar & bercahaya yang menghiasi rumahtangga abah & mama. Harapan seisi keluarga.Panjatan doa & airmata yang pasrah kepada yang Maha Esa.Kepada Akiff tertumpah kasih sayang & pengorbanan sbg tanda syukur atas kurniaan dari Allah SWT.Selamat Hari Lahir untuk Akiff.Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta membesar dalam rahmat dan kasih Illahi.Insya-Allah.Be a good boy n dont be naughty2 tau.angkel gigit tinge tue kang.hehehe.



Tuesday, January 22, 2013

SALAM UKHUWAH FILLAH

Assalamualaikum Warahmatullah

Buat tatapan follower yang disayangi. Semoga kalian semua berada dalam keadaan yang baik2 saja. Eh..korang still hengat kat aku ker? Al maklumlah..agak lama aku menyepikan diri. Bukan aku xnak update, byk sgt sebenarnye yang aku nak update, tapi disebabkan kekangan masa dek beban tugas, so aku pilih settlekan tugas terlebih dulu sebelum aku nak ke dunia blogging nie.

Aku sendiri x sure follower aku masih kekal atau dah beralih ke blog lain. Terpulang la..aku x penah paksa pun. Pada yang still follow blog aku n sambil dok tunggu entri baru dari aku, aku ucapkan TERIMA KASIH byk2 kat korang.

YES..aku perasan ada komen baru yg masuk & ada jugak follower yang baru. Sabar k..nti aku akan balas komen n follow balik blog korang. Sekarang nie pun..dashboard blogger nie dh berwajah baru kan? Dah la aku lama x update, skali bukak..habek ko. Pening sekejap. Tapi..xpe, Insya-Allah aku try explore slow2 k.

Rentetan dari entri nie, maka bermulalah kembali aktiviti blogwalking n komen mengomen. Bukan saje banyak blog baru malah blog yang dah wujud bertahun-tahun pun banyak jugak. Cuma aku je yang belum jumpa blog2 tersebut. Kalau aku terjumpa..sah aku akan tinggalkan jejak disana.

Korang jangan segan-segan ek nak komen kat blog aku nie. Kalau korang segan, ai pun turut segan jugak. Kalau nak promote blog yang x seberapa nie kat kawan-kawan korang pun boleh gak. Oklah ye..cukup setakat ini untuk hari nie. Lain kali kita sembang lagi. Assalamualaikum.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com