Assalamualaikum Warahmatullah.
Dengan Lafaz Bismillah Hirahmanir Rahim..saya dengan ini menjoinkan diri untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh IMANSHAH. Kalau uols nak join, pelis klik ---> HOK SENGOTI aka IMANSHAH. Ok..nie banner contest tersebut.
Disebabkan, suatu ketika dulu saya penah bergelar seorang pendidik, maka saya tergerak hati utk join contest nie.
Ini ucapan dari saya:
Kerjaya GURU sangat mulia disisi agama dan sangat "Istimewa". Kalau ada syampu 2 in 1 & Nescafe 3 in 1, GURU bukan lagi 2 in 1 @ 3 in 1, tetapi 10 in 1. Mengapa saya kata begitu. Saya perjelaskan. Bila murid berak kencing dlm kelas, GURU jadi tukang cuci.( Uols sanggup ker? ). Bila murid sakit atau luka, GURU jadi jururawat sapu ubat. ( Uols sanggup ker? ). Bila murid bergaduh, GURU jadi polis, jadi hakim dan pendamai. ( Uols sanggup ker? ). Bila mak bapak datang mengadu tidak puas hati, GURU jadi peguamcara & peguambela. ( Uols sanggup ker? ). Begitulah hebatnya kerjaya seoarang GURU. Ada segelintir yang berpendapat kerjaya sbg GURU very easy. Cukup bulan dapat gaji, bila murid cuti maka GURU pun cuti. Tambahan pula..waktu kerja pun tak lama, masuk pagi, tengahari dan boleh balik umah tido. HELLO..salah tanggapan tue ok. Takde kerja yang mudah dalam dunia ini kerana sume memerlukan pengorbanan terutama dari segi masa & tenaga. GURU juga begitu.
Bayangkan pula GURU yang mengajar kelas pendidikan khas. Murid2 yg sindrom down, cacat dan sebagainya. Adakah mendidik murid yang "istimewa" ini very easy?? saya bertanye pada uols nie..cuba jawab?. ( Uols sanggup ker? ). Bukan calang2 kesabaran ye..memerlukan tahap kesabaran yang paling tinggi. " Tembok Kesabaran " yang dibina dari simen, pasir & kapor harus dari kualiti yg terbaik.
Kepadamu GURU..TAHNIAH saya kalungkan pada anda. Pengorbanan anda sgt2 bernilai. Pikullah tugas ini sebagai satu amanah yg sangat besar. Insya-Allah..Allah SWT akan memberikan ganjaran yg setimpal diatas usaha anda. Pada saya..pengalaman saya yg lalu sebagai seorang pendidik sgt2 berharga & seronok. Beruntunglah pada anda kerana terpilih untuk menjadi pendidik. Semoga anak bangsa yang anda didik akan berjaya didunia, diakhirat & menjadi insan yg berguna pada agama, bangsa & negara.
SELAMAT HARI GURU. GURU.....Syukran Jazilan, Cheychey, Nandrey, Arigato Gozaimas ( Terima kasih) byk2. I LOVE YOU so much. Muuuuah.