Monday, July 18, 2016

BERTAMBAH USIA TAHUN INI,SYUKUR..ALHAMDULILLAH

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Yang memiliki sekelian alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka. Yang maha menepati janji.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka yang baru. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar @ tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.

Adakah aku bersedia menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.

Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.

Dalam tempoh perjalanan bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, & aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.

Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia. In Shaa Allah.

Dan kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, & mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam perjalanan hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.

Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.

Sekian, Terima Kasih. 




Friday, July 1, 2016

PERSIAPAN & DESTINASI BERHARI RAYA

Tudia,sejak 1 ramadhan sampai hari nie 26 ramadhan,baru nak update. haha.bukan apa,agak busy dengan beban tugas dan tanggungjawab lain. ok..disebabkan agak lama x update, abam nak rangkum sume perkara dalam 1 entri. meibi agak panjang la entri kali nie.harap x jemu baca.


KISAH RAMADHAN


Ramadhan kali nie ditempuhi dengan sebaik mungkin. nurin dgn iskandar pun puasa gak. walaupun wife dlm pantang melahirkan jannah, tp..wife tetap sediakan makan utk iftar & sahur. bab iftar, abam x kesah ,makan je apa yg ada. cuma tahun nie g bazar terbeli kueh sedap. so..bila teringin just g je kat gerai tue. slalunya,abam akan beli kueh tradisional la. sbb iskandar suka kueh tradisional. contohnya seri muka, tepung pelita, talam cendol, kueh lapis, talam roti @ talam suji. talam suji mmg sedap giler babas. kalau pegi gerai tue, talam suji xde sbb bukan jual kueh yg sama hari-hari, mmg balik hampa la. time iftar, kebiasaannya mcm tahun lepas, abam buka dgn kurma,air 2 gelas dgn kueh je 2@3 ketul. pastue solat maghrib. rehat jap n bersiap g terawih. makan tue je pun dah rasa mcm nak terkoyak perut. nasi just makan masa sahur je.

Untuk sahur, slalunya kunci jam kat enset pkl 4.30am, 4.40am, 4.50am & 5.00am. lps 5.00 am, kalau layan mata, kompom terbabas. nurin dgn iskandar mmg bangun sahur. senang nak dikejutkan. cuma nurin dh hujung-hujung ramadhan liat nak bangun. mcm pagi tadi minum milo je. x makan x minum air kosong. tapi,sahur hari-hari sebelum nie, makan sahur mcm makan lunch beb. bertambah-tambah. abam makan nasi just amik berkat sahur n alas perut je. janji abam n anak-anak minum air kosong banyak utk elak kehausan.

Agak terkilan la sbb ada dikalangan membe opis x puasa. bukan sorang dua ye. berkumpulan. abam x tuduh.mmg ada bukti n saksi. pelik gak abam, dah dewasa kot. anak-anak abam pun boleh berpuasa. kat opis x puasa. tapi,balik umah..mesti wife diorg igt diorg puasa kan..kan..kan? hari tue kat opis abam ada buat masak bubur lambuk (ayam & daging) & kari ayam secara gotong royong utk bagi kat kakitangan. abam terlibat la utk memasak. masak bwh khemah, dgn panas dah tentu haus beb. kering tekak. ada plak membe yg leh ceduk bubur lambuk katanye dia sbg ajk rasa. woi..agak-agak la. sorok la skit. x malu ker? leh lagi gelak-gelak. kalau dh badan bau rokok, nak sorok mana beb?? xpe la. tue urusan diorg dgn Allah SWT. moga-moga tahun depan diorg berubah sbb masing-masing dah ada isteri & anak-anak.


PERSIAPAN & DESTINASI BERHARI RAYA


Abam dgn wife xde buat apa persiapan pun. perabot baru, langsir baru, kete baru, carpet baru, cat baru, sinki baru, pinggan mangkuk baru sume xde ye. yang ada cuma anak baru je. persiapan utk anak-anak je la sbb suar jeans nurin dgn iskandar dah senteng,so..kene dapatkan yang baru. baju baru pun sorang 1 sbb baju lama masih elok. x perlu la nak beli byk pastu harga mahal-mahal. kene igt, bila musim perayaan nie, byk aliran wang keluar dari masuk. duit minyak, duit tol kene masuk baget gak. duit raya mmg tiap tahun abam ada sediakan utk mak, mak mertua, anak, anak buah & kanak-kanak.

Hari nie 01/07/2016 last day keje. abam akan bercuti sampai 12/07/2016. tp,tgk keadaan la. kalau rajin, 10hb masuk keje n kira batal la cuti sampai 12hb tue. kalau dh seronok sangat beraya, abam teruskan sampai 12hb. hew..hew..hew.

Tahun lepas dah beraya umah mak abam di sepang. tahun nie giliran beraya kat rumah mertua abam di sg. besar, selangor. abam suka suasana kat umah mak mertua sbb dikelilingi sawah padi. pastue raya pertama ada ‘baraan’ (banjar) kirenya macam takbir dari rumah ker rumah di malam raya. tapi ‘baraan’ nie siang hari raya pertama. ada ker follower abam yang akan berhari raya di sg. besar tahun nie??


UCAPAN


Abam ucapkan selamat hai raya aidilfitri.maaf zahir & batin atas kekhilafan diri ini kepada follower abam. kepada yang memandu balik kampung, dapatkan rehat yang secukupnya, rancang perjalanan anda, tumpukan perhatian & jangan main enset waktu memandu. dah sampai kampung, jgn dok kelebek enset je, tolong mak ayah @ adik beradik lain utk sediakan juadah utk dijamah. semoga selamat pergi & selamat kembali di hari raya nanti. semoga lebaran mulia ini disambut penuh kesyukuran.(macam banyak perkataan ‘semoga’ je dalam entri nie kan?gasak la.)


Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar

ENCIK SUAMI

Thursday, June 2, 2016

NAMA PENUH SI CANTIK MANIS AYAH

Nama memainkan peranan yang sangat penting.setuju??nama yang diberi mestilah mempunyai maksud yang baik-baik.bab pemilihan nama,mmg dititikberatkan oleh suami isteri bila nak menyambut kelahiran anak.abam pun x terkecuali.untuk anak abam yg ketiga nie,abam ada buat senarai.untuk senarai anak lelaki,ada 23 nama & untuk anak perempuan,ada 17 nama.manyak kan senarai nama pilihan abam dan isteri?

Anak sulung abam si kakak,asalnya abam nak letak nama CANTIK PURNAMA SARI.klasik kan nama nie.bukan apa,kalau letak nama tue,sampai ke tua orang panggil dia CANTIK.bila fikir balik xde maksud pada nama tue.terus reject.abam nak letak NUR kat pangkal nama.NURUL,NUR,NURIN mendatangkan maksud yang sama iaitu cahaya.akhirnya abam namakan anak sulung abam dengan nama NURIN IRDINA IZAZI yang membawa maksud :

NURIN = Cahaya
IRDINA = Kehormatan Kami
IZAZI = kemuliaan

Anak kedua abam si maskulin tue, abam nak letak nama depan ada MUHAMMAD.kelahiran si maskulin nie paksa secara induce sbb liking.keputusan akhir,abam beri nama MUHAMMAD ANIQ ISKANDAR yang bermaksud :

MUHAMMAD : Yang Terpuji
ANIQ : Yang Kacak Lagi Menawan Hati
ISKANDAR : Nama Seorang Raja

Anak ketiga abam si adik yang lahir 19/05/2016 baru nie plak.abam dan isteri xnak letak nama panjang mcm si kakak dgn si abangnya.sbb pada abam,kesian diorg nak kene tulis nama panjang-panjang kat buku sekolah dgn kertas soalan.abam cadang nak guna nama si kakak samaada NURIN @ IRDINA @ IZAZI.setelah berbincang dengan isteri,kami sepakat di kampung hai pening lalat untuk beri nama NURIN JANNAH yang membawa maksud :

NURIN : Cahaya
JANNAH : Syurga

Macam entri sebelum nie,abam panggil baby <CANTIK MANIS anak ayah NURIN JANNAH>.hehe.Buat masa nie abam just bagitau nama anak dulu.abam belum bersedia nak share gambar si CANTIK MANIS nie utk uols.jangan risau,In Shaa Allah..akan tiba saat ittew nanti.sabar ye.


Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com