Wednesday, February 10, 2010

Baby Girl sings Anuar Zain's - Sesucinya Cintamu

Alahai..Tomeinya..cute sangat2.Geram aku tgk budak nie..rase nak gigit2 n lempang laju2 je.

Tuesday, February 9, 2010

Kompang...Perghhh...

Aku macam tak percaya je 2 video yang aku paparkan nie.Kalau tak silap aku..2 2 pasukan nie dari sabah.Apa2 pun..memang best la.Seronok plak aku tgk bdk2 sekolah rendah yang dlm video ke 2 nie main kompang.Jom Layan...lepas layan..tak reti2 ker nak leave the comment.



Khas Buat Mereka Yang Nak Kawin...Pandai2lah Hang Pa

Ada kebenarannya..!!!

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin @pun ramai yg ade plan nak kahwin.Sume orang taulah persiapan untuk kahwin bukannya mudah banyak persiapan yg perlu di fikirkan.ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi ke dua2 blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin.Maknanye diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.

So ade orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin.Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah.Untuk mereka yg tak tahu,majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimana sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersama.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan masa depan & hala tujuan hidup bersama selepas nikah.

Ok berikut adalah sedikit sebanyak panduan & kos untuk persiapan majlis ini.Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi
At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang mesti kene gi register kat jabatan, and bila korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi.Sorang je book.Jgn 2 2 gi book plak.
Kos Kadi : RM80++

2. Kursus Rumahtangga
Kene pergi.Kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah.Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus.Whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus.Walaupun kita dah terror dlm bab rumahtangga tapi ada baiknya kalau kita refresh balik apa yg telah kita ketahui.
Kos Kursus : around RM80 for the whole session

3. Book Mak Andam
Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan.Nak orang pompuan. Pilih mak andam boleh makan tahun lamarnya.Of courselah,lelaki nak amik mak andam buat aper sey.At least six months mesti nak book.Later than that u might have a problem finding one.
Kos Mak Andam : RM1200

4. Photographer
Selalunya mak andam akan rekomenkan photographer sekali.Kalau tak korang kenalah cari sendiri.Sekarang orang melayu dah pandai.Dah pandai amek studio,Dah pandai amek outdoor.
Kos Photographer: RM800

5. Kompang / Hadrah
Kalau nak panggil at least 3 mths notice.
Kos :RM300

6. Dekorasi Blok & Pelamin
Sekarang sudah canggih.Macam macam design macam macam pattern.
Kos :RM1000

7. Tukang Masak & Khemah Kerusi Meja
Tukang masak mesti adea beb.Kalau takde camne orang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.
Kos : RM7000

8. Kereta
Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereta (*naik basikal bleh gaks.)Kalau nak sewa, kenalah sewa yg special punya...Merc ke?... Jag ke?. kira yg besar punya kereta lah.
Kos: RM300

9. DJ/Karaoke
Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnya orang akan engage DJ/ Karaoke services.Ada jugak yg amek band industan, brass band.At least 6 mths mesti nak kena book.
Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat
Kira door gift lah. Yg biasa telur rebus orang kasi.Tapi sekarang dah maju.Diorang lagi kreatif.Ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.
Kos : RM3000++

11. Miscellaneous
Perkara perkara kecik orang selalu overlook.Perkara-perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kita terbakar.Benda-benda seperti Bunga Pahar,Sireh Dara,Kek,Sabun, Rokok Rewang,Tuala rewang,Pisau rewang,Barang-barang hantaran,Cadar,Kelambu,Langsir, Carpet,Bill,Lauk pauk pre and post majlis,Plastik buat bungkusan,Kad Jemputan.
Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENA SEDIAKAN IALAH : RM17,110

Belom termasuk hantaran lagi beb.Korang pandai pandailah plus sendiri.Dari itu saper sape2 yg dah nak berkahwin...SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal.Yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnya.Zaman sekarang ni kan,hantaran makin naik harga.Maklumlah,kata orang ikut market price.Kalau harga mas naik,naik lagi harga bakal2 isteri.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah,sengkek lah,tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah,hai..macam-macam story lagi.Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompuan.Bapak selalu ikutkan aje.Nie semua kerja orang pompuan,Orang kata.. Kadang2 ada jugak pompuan sendiri yang letak harga,lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey,Sekarang paling minimum RM6000.Hantaran RM5000.RM4000 masih ada jugak,tapi dah boleh kira pakai jari tangan je.Yang ada hantaran kira okay lah,tapi ada serba satunya lagi.Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.
Hah... korang bacalah:-

Sebab
1. Anak pompuan sorang
2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompuan paling jambu dalam family
4. Anak pompuan kerja high post
5. Anak pompuan biasa pakai barang branded
6. Anak pompuan yang tastenya..berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin,jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompuan yang rasa dirinya..lengkap segala-gala
9. Bapak pompuan towkay kayu balak,mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompuan tue pun jenis ek... semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-
1. "Eh! Nak Jual anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke,satu hal jugak.Ni asyik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompuan yang lelaki ingin sangat nak dengar :- 1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi,kita ambik je.Member tak cerewet."
2. "Takpelah.Kalau tak boleh adakan sekarang..kahwin dulu.Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang.Korang cuma adakan hantaran je.Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini,jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi,kasilah.Nak ambik free pun takpe.Anak pompuan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali.Tapi hantaran tetap sama.Kira 2 for the price of 1 ler.Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya,jawapannya :-
1. "Okay setuju.Kita up lagi RM10,000.Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah!Camni tak nak lah.Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars?Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler.Korang pilih nak AMEX ke,Diners ke boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni,kita ada siapkan kereta Lambhorgini.Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke,mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah sgt?"

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni.Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu,bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga,berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal,semua boleh aje.Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit.Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan..bank rakyat..bank Islam..atau guna kredit card. Lepas kawin,kepala lagi sewel,dok pikir nak bayar hutang,Loan rumah,Loan kereta, Loan komputer, Loan bini,.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.Dah terbalik..jadi semakin susah.Entahlah...dunia.. dunia."

p/s: saya pun tak tau nak ckp apa..tapi pada saya perkara2 camni pun ada betul ada salahnya..saja post gurau2 hehe.Jgn marah ye org2 yg dh plan nak kawen?Pesanan saya, mendirikan masjid tue besar pahalanya.Chewwaaah!!

Friday, February 5, 2010

Monday, February 1, 2010

Hang Out With My Friends At TASIK IDAMAN

Minggu lepas..kawan aku si Madir..plan ngan aku nak ajak jumpa.So..aku suggest la ajak kawan yg lagi sorang si nizam.Utk pengetahuan, aku, Madir, & Nizam adalah kawan baik masa kami kat kolej dulu (kawan baik ker????).W/pun Madir ngn Nizam same course..aku course lain..tapi ntah cemana ntah aku leh close ngn mamat berdua nie.arghh...x penting la tue kan..So..sepanjang minggu lepas..aku dan Madir tanpa mengenal erti jemu dok sms n call si Nizam nie.tapi hampeh..tak bereply sms kami n call pun tak jawab.apa lagi..aku ngn Madir nie pun dok "bakar" Nizam kat facebook dia.Sbnrnye minggu lepas aku balik umah mak aku.so..Madir ajak la jumpa kat TASIK IDAMAN yg berhampiran ngn umah mak aku.So..ptg sabtu, aku sms Madir tnye cemana program on ker off?so..Madir jwb projek on.Nizam plak tgh dok sms dia masa aku sms si Madir nie, sbb Nizam dok tnye jalan nak ke TASIK IDAMAN.Malam minggu yg lepas (30 jan 2010) after isya' aku gerak dari umah mak ke TASIK IDAMAN.

Sbnrnye..TASIK IDAMAN nie owner dia org kg aku.aku penah masuk restoran TASIK IDAMAN nie sekali sekitar tahun 2005 sbb ade kwn aku yg dok sekampung ngan aku buat majlis perkahwinan dia kat situ.tapi..masa tue siang la.so..kali nie kira kali ke 2 aku jejakkan kaki tak TASIK IDAMAN nie..pastue time malam plak tue.

lepas aku park kete..aku turn..wow..suasana mmg cantik.lampu warna warni lip lap lip lap kat selurun restoran tue.tak lama lps tue si Madir pun sms aku kata dia dh sampai.aku ckp la kat dia yg aku pun dh sampai.so..kami jumpa n cari tempat yg strategik utk lepak sementara tunggu Nizam sampai.Org dh mula ramai..biasela kan..malam minggu.x lama lps tue,Nizam pun sampai..ya ampun..makin tembam ko ye Nizam..(jgn marah ar,tp..mmg hakikatnya pun).

so..bila masing2 dh sampai..time utk order makanan.so..aku n Nizam dok order chicken chop n si Madir dok order tom yam daging.sambil makan tue..adalah halwa telinga utk aku ngn kwn2 aku nie.ade yg berkaroke.Yang bestnye..Dj TASIK IDAMAN tue mmg best.Kelakar..sampai pengunjung2 yg lain pun dok ketawa.Mmg happening la suasana malam tue.rasa mcm nak pegi lagi je.

lps makan..kami borak la puas2..maklumlah dh lama tak jumpa.eh..aku ngn Madir selalu jugak jumpa, sbb kg Madir dkt ngn umah mak mertua aku.so...klu aku balik umah mak mertua n Madir pun balik sama..so..aku akan plan jumpa Madir kat kg dia la.
mcm2 la yg kami borak..citer pasal kerjaya masing2, citer pasal member2 yang lain masa kat kolej dulu.Borak punya borak..dh pukul 12mlm.so..kami pun bersurai.

p/s:Madir n Nizam..Insya-Allah..klu ada kesempatan nanti..kita dok lepak lagi ye.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com