Thursday, June 2, 2016

NAMA PENUH SI CANTIK MANIS AYAH

Nama memainkan peranan yang sangat penting.setuju??nama yang diberi mestilah mempunyai maksud yang baik-baik.bab pemilihan nama,mmg dititikberatkan oleh suami isteri bila nak menyambut kelahiran anak.abam pun x terkecuali.untuk anak abam yg ketiga nie,abam ada buat senarai.untuk senarai anak lelaki,ada 23 nama & untuk anak perempuan,ada 17 nama.manyak kan senarai nama pilihan abam dan isteri?

Anak sulung abam si kakak,asalnya abam nak letak nama CANTIK PURNAMA SARI.klasik kan nama nie.bukan apa,kalau letak nama tue,sampai ke tua orang panggil dia CANTIK.bila fikir balik xde maksud pada nama tue.terus reject.abam nak letak NUR kat pangkal nama.NURUL,NUR,NURIN mendatangkan maksud yang sama iaitu cahaya.akhirnya abam namakan anak sulung abam dengan nama NURIN IRDINA IZAZI yang membawa maksud :

NURIN = Cahaya
IRDINA = Kehormatan Kami
IZAZI = kemuliaan

Anak kedua abam si maskulin tue, abam nak letak nama depan ada MUHAMMAD.kelahiran si maskulin nie paksa secara induce sbb liking.keputusan akhir,abam beri nama MUHAMMAD ANIQ ISKANDAR yang bermaksud :

MUHAMMAD : Yang Terpuji
ANIQ : Yang Kacak Lagi Menawan Hati
ISKANDAR : Nama Seorang Raja

Anak ketiga abam si adik yang lahir 19/05/2016 baru nie plak.abam dan isteri xnak letak nama panjang mcm si kakak dgn si abangnya.sbb pada abam,kesian diorg nak kene tulis nama panjang-panjang kat buku sekolah dgn kertas soalan.abam cadang nak guna nama si kakak samaada NURIN @ IRDINA @ IZAZI.setelah berbincang dengan isteri,kami sepakat di kampung hai pening lalat untuk beri nama NURIN JANNAH yang membawa maksud :

NURIN : Cahaya
JANNAH : Syurga

Macam entri sebelum nie,abam panggil baby <CANTIK MANIS anak ayah NURIN JANNAH>.hehe.Buat masa nie abam just bagitau nama anak dulu.abam belum bersedia nak share gambar si CANTIK MANIS nie utk uols.jangan risau,In Shaa Allah..akan tiba saat ittew nanti.sabar ye.


Wednesday, June 1, 2016

DETIK KELAHIRAN @ HOSPITAL SERDANG

18/05/2016 (Rabu)

waktu malam isteri dah keluar tanda untuk bersalin.so,abam prepare baju & keperluan anak pertama dgn kedua utk hantar diorang kat rumah pengasuh.bag baby pun dh letak dekat pintu depan utk mudahkan pergerakan kalau nak ke hospital.sampai ke pagi,isteri masih ok.

19/05/2016 (Khamis)

abam buat keputusan x masuk pejabat sbb abam jangka mmg isteri akan bersalin hari nie.abam tetap hantar anak ke sekolah dan pesan ptg nanti ikut ibu midah balik rumah.tido rumah ibu midah.ibu midah nie jiran abam masa abam dok kuarters dulu & merupakan pemilik taska yang anak-anak transit waktu sekolah.suami ibu midah pun diorang panggil abah.

Petang dlm pukul 4 lebih isteri bagitau dah kerap sakit & dia bgtau dah boleh gerak ke hospital serdang.kenapa ke hospital serdang?? sebab kedua-dua anak abam sebelum nie mmg lahir di hospital serdang.abam gerak dari rumah dlm pukul 4.30 & sampai hospital serdang pukul 5 lebih.abam turunkan isteri depan dewan bersalin & abam parking kereta.waktu bekerja,parking hospital mmg penuh.mengalahkan parking shoping compleks.sudahnya..abam dapat parking hujung dunia.bukan berlari-lari anak dah namanya,berlari-lari ayah abam berkejar ke dewan bersalin.sampai kat dewan bersalin,isteri masih duduk diruang menunggu.x lama lepas tue,nama isteri dipanggil & kena isi borang utk beri izin pada suami masuk dalam labour room masa nak deliver baby nanti.staff kat kaunter bgtau,kalau isteri sakit sangat,boleh baring kat dalam.pukul 6 lebih isteri masuk dalam & abam x dibenarkan masuk sehingga nama abam dipanggil.abam dok kat ruang menunggu,boring plak..kuar jalan-jalan kat luar.masa dok kat luar borak la dengan sorang brother tue yang kebetulan dia stay dekat dgn rumah abam.abam ajak brother tue minum.disebabkan cafe dah tutup,abam pegi minum kat bawah jejantas tepi jalan utama hospital.lapar sebenarnya,tapi..risau ttg isteri..so,abam x makan,just minum je.

Pukul 11.20pm,baru nama abam dipanggil utk masuk dalam.lepas 5jam lebih,baru dapat jumpa isteri.staff kat kaunter bgtau abam soh amik pas pelawat dulu,masuk & pakai baju putih yang macam doktor pakai selalu tue.kat dlm ada kaunter & abam bgtau nama isteri,kemudian staff bagitau isteri dlm bilik labour room no.15.abam masuk mmg isteri sorang je kat situ dok baring atas katil.x lama lepas tue,jururawat masuk & bagitau,kalau isteri dah nak meneran,bagitau.bila isteri dah ready,dia soh abam panggil jururawat,abam panggil & masuk 2 orang jururawat.2 2 pakai baju biru muda.abam rasa,mmg 2 orang tue ditugaskan utk sambut kelahiran.2 2 jururawat nie mmg baik & sangat membantu isteri masa proses kelahiran.pukul 11.49pm lahirlah anak ketiga abam.Alhamdulillah,abam dikurniakan anak perempuan dengan berat 3.35kg.terima kasih pada kedua-dua jururawat tersebut.nama x sempat nak tanya.huhu.

Dah selamat,jururawat arahkan abam keluar dulu & tunggu kat bilik yang disediakan sementara diorang bersihkan baby & uruskan isteri.dah settle abam masuk semula,teros abam azankan anak.pukul 2.30am baru isteri naik wad.disebabka wad penuh,maka ruang menunggu dalam wad diletakkan katil.ada 3 katil kat situ masa tue.xpe la..janji semuanya dah selamat.dah settle abam gerak balik rumah.siap tertido masa drive.maunye x ngantuk.Alhamdulillah,tiba kat rumah dengan selamat.sampai je rumah,simpan uri dlm peti ais & membuta teros.


*Panjangkan entry abam kali nie.gigih abam menaip.huhu.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com