Wednesday, February 23, 2011

Kantoi

Assalamualaikum.

Khaifa haluka? Ana bikhair, alhamdulillah.(wah2..macam nak bukak kelas al lugahtul arabiah plak,xde maknenye ok.sepatah dua buleh la..masuk patah yg ketiga..dgn aku sendiri patah riuk) ko sehat ker? opkos la aku harap ko sehat. Amacam ngn keje ko..sume occay ker? ker buat2 occay? Terpulanglah..jawapan ko kan?

Semlm..my big bos attend meeting APC. Yg bukan keje gomen..mesti tak tau apakah itu APC? Ok..aku bgtau nie. APC bimakna Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Occay..pencalonan dari daerah akan dihantar ke ibu pejabat. Kat opis nie..ada makcik yg same gred ngn aku yg handle utk markah keseluruhan prestasi tahun 2010. So..disebabkan aku baek giler ngn makcik nie (dah macam anak beranak dah). Masa dia buat list tue..dia panggil aku..

Makcik : Wei..meh sini kejap.
Aku : Kejap je tau. Saya busy nie.(Realiti Occay).
Makcik : Ish budak nie..ye kejap je. Ngade2 betul. Aku tau lah ko byk keje.
Aku : Apa dia..sibuk je kaco org buat keje.
Makcik : Ko tgk nie..nmpk tak? (sambil tunjuk kat monitor komp dia yg bagak giler tue).
Aku : Alhamdulillah. 

Ha..ko dah start tertanye2 kan..apesal aku ucap alhamdulillah. Citernye gini. Dalam keseluruhan kakitangan daerah, nama ku tersenarai. Tapi kedudukan aku berada ditangga kedua dengan markah 93.4%. Yang atas aku, otai. 2 tahun lagi nak pencen dah. Yang x beshnye..makcik tue cakap kat aku..Otai nie hari2 dok jumpa bos mintak nama dia tercalon dalam APC 2010. (Dah mula macam nada gosip nie). Haiyo..itu mcm kah? tak sangka plak aku sampai ada org sanggup mintak utk APC nie..bukan ker kita dinilai. Kalau aku, malu oi dok jumpa bos mintak APC. Lantak lah, itu dia..tapi cara aku bukan cemitue.

Tapikan..aku sedikit ralat sbb kakitangan yg dibawah seliaan aku tak tersenarai pun. Kesian dia. Dia baek..tak penah nak melawan..ikut je arahan aku. So..semlm bos dah meeting ngn pihak pengurusan atasan termasuk pengarah. So..aku sendiri xtau keputusan semlm sama ada mmg aku akan naik pentas utk terima APC bagi tahun 2010 tue @ x. Kalau dapat..Alhamdulillah. Ko nak tau ker apa yg bakal penerima APC dapat? Mcm tahun 2009, penerima APC dpt Sijil Penghargaan + RM 1000. Tapi yg aku tau..setiap tahun cemitue lah ganjarannye. 

PS: Keje lah dengan ikhlas. Bukan mengharap ganjaran semata2. Percayalah..bile kita buat keje ngn ikhlas..besar pahala dan ganjarannye.

Monday, February 21, 2011

Mood: Ting Tong

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

ko sehat ker? hope sehat la ye? aku kat sini alhamdulillah. Sabtu lepas..aku balik umah mak sbb nak buat macam2 keje. Mmg dah pakat dgn adik beradik yg lain. Antara keje yg aku buat membersihkan keliling umah terutama bhgn belakang umah mak, abg ipar aku dok panjat atas pokok sbb nak cantas dahan2 yg reput kat pokok pulasan & rambutan kat tepi umah mak.

Bila dahan dah potong, kenelah tarik dahan tue utk bwk ke belakang umah mak. bukan sikit occay..byk. Anak2 buah yg kecik pun dok tolong tarik sama. Tapi bagi tarik yg kecik2 je lah. Klu bagi yg besar..opkos dahan tue yg tarik depa nanti. Dahan2 tue kumpul setempat utk bakar. Api besar giler wei. Dah la panas. Tghr bute. Anak buah plak melompat2 tgk api besar, yang aku risau takut dia terjatuh kat api tue jer.

Pastue..dok bersihkan laman blkg umah mak. Mencangkul, menajak la bagai. Riuk aku. Penat giler. Aku rase tekak aku nie macam bocor je, haus memanjang. Minum bergelas2 air sejuk..still haus jugak. Peluh jantan toksah cakap lah. Lencun siot dek dibasahi dengan peluh sendiri. Bau plak toksah cakap lah. (Geli la tue? macam tak penah bau peluh sendiri plak).

Ekseli..keje2 nie sume ada sebabnye. Maklumlah minggu nie adik bongsu aku kawen. So..kene lah buat macam2 persiapan kan? Dahan pokok tue dicantas sbb nak pasang khemah nanti. Kang takut bocor plak kanvas khemah nanti.

Lepas maghrib..baru aku balik umah aku. Tersangat lah penat. Nak pegang stereng pun tak larat. Sakit2 sendi tangan ngn pinggang aku nie. La nie pun, sakit kepala. Mana xnye..buat keje time tghr, tue lah pasal. Biaselah..nak buat kenduri kawen kat kg..mcm nie lah gayanye. Nie belum time majlis berlangsung dah penat giler vavi. Time kenduri tue nanti..Ermm..xtau lah nak kata.

Occay..Setakat nie dulu ye. To Be Continue. Assalamualaikum.

Friday, February 18, 2011

..:: Selepas Rehat ::..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur, aku dpt menunaikan solat jumaat bersama second bos & jemaah yang lain. Biaselah..klu pegi mejid ngn bos..mesti naik kete dia. Maklumlah..dia gune kete baru skrg. Kete persona. So..aku nie , ala2 jakun + batak la naik kete baru. Santek wei kete dia. Menarik & tertarik aku tgk kete dia. Tapi takde la aku sampai terhengen nak beli kete baru.

Ko tau x tajuk khutbah jumaat tadi? Ok..aku bgtau kat sini ek. Tajuknye Junjungan Mulia. Sempena Maulidur Rasul. Yang tak tau tajuk tue..mesti x pegi solat jumaat @ pun blm start khatib baca khutbah, setan dh bergayut kat kelopak mata, makanye..terlelap sudah.

Balik solat jumaat, Bos tanye..kita nak makan kat ne nie? aku ckp..terpulang kat bos la. Udanye aku sendiri yg bagi cadangan. Bos setuju ngn cadangan aku. Kami makan nasi briyani ngn air bandong soda. Cume yg beza..bos makan lauk daging..aku makan lauk hayam. Sambil makan..kami bergosip. Tak baik makan berborak kan? tapi dah bos yg tanye aku mcm2..sbg anak buah..aku kene hormat bos, tue yg aku menjawab tue. Bila dah start menjawab..maka berterusanlah agenda bergosip tue. Hengat org pompuan jerk ker yg tau bergosip. Org lelaki pun buleh la. Tapi mulut org lelaki, xlah selongkang sgt mcm mulut pompuan kot.hahaha..
(kaum hawa..sorry ye..tetibe idea mencurah2 nie). Lepas makan..bos byr skali aku punya makan minum. ko tgk..bos sayang kat aku k. Jeles la tue.

Bile masuk opis balik..tangki aku dh penuh. Kenyang giler vavi siot. Tapi aku tak nak lah curi tulang. Tetap menjalankan tugas. Naseb baek mata aku tak kelayuan ptg nie. Ok reader n follower sekelian, aku nak teruskan tugas aku nie. Lain kali kita bergosip lagi ek. Take Care. Assalamualaikum. Papai..

p/s : ko jgn hengat yg aku nie jenis kipas bos ek. Aku bukan jenis cemitue. Dah ditakdirkan tuhan, aku dilahirkan mmg untuk disayangi oleh bos klu aku kat tpt keje. Maybe aku ada X faktor yang menyebabkan bos suker n sayang kat aku. Syukur Alhamdulillah.

..:: Jumaat Yang Indah ::..

Assalamualaikum.

Salam jumaat utk ko. Hari jumaat kan rehat pukul 12.15 pm - 2.45 pm, dah kira makruh dah nie. Hari nie aku pakai baju melayu sepasang. Kaen satin lagi. Wane kelabu. Ada org kata kelabu taik hanjing. Aku pon xtau kelabu taik hanjing tue cemana wanenye. Lantak lah.

Hari nie aku pulun keje kaw2 punye. Maklumlah..esok cuti..so keje yg sedia ada kene settlekan. Awal minggu depan tak busy sgt. Eh..lupe plak..senin depan aku kene g meeting kat ibu pejabt. Bos pun ada meeting kat sana. So..kene g 1 kenderaan lah. Dia meeting awal..abeh meeting, dia akan join aku meeting plak.

Dalam ketekunan membuat keje..sempat jugak aku apply exam KPSL utk bln 5 nanti. ko tau tak KPSL tue menatang mende. Ok..aku bagitau ek. KPSL tue Kenaikan Pangkat Secara Lantikan. Naseb baek borang online jer. Alhamdulillah.sepanjang isi borang tue takde gangguan langsung. Sampai siap aku isi borang tue n then print slip permohonan. Berkobar2 aku nak amik exam gamaknye. Hope aku punya kesempatan utk buat ulangkaji nanti. Nak harap time keje..agak payah la ada masa terluang. Kalau ada pun time rehat je. Kalau wife tak ajak kuar makan, time tue la aku nak online mana2 yang patut.

Tadi pagi dh deal ngn second bos nak follow dia g mejid utk solat jumaat. Dia ckp Occay. So..sementara aku menunggu dia ajak aku g mejid nie..aku hapdet blog sat. Byk yg aku nak hapdet sebenarnye..tapi mcm malas nak menaip plak. Sbb masa terhad la.Nantikan, kalau aku ada byk masa terluang..aku buat entri baru byk2 eh.

Oklah..jumpa lagik. 
Assalamualaikum.
**Papai**




Monday, February 14, 2011

..:: HAMBEK KO ::..

Assalamualaikum.

Dimulakan dengan lafaz Bismillah Hirahmanir Rahim.Syukur kehadrat Illahi, kerana dgn izin-Nya, aku masih diberikan kesihatan & ruang untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Syukur..syukur..syukur Alhamdulillah.

Ko dah jawab salam aku ker belum ha? Better ko jawab dulu salam aku tue. Bukan syusyah pun kan? Tarik napas jap eh..Erm..lama dah aku tak hapdet blog aku nie. Ekseli..aku pun tak tau mana nak mulakan dulu nie. Ok2..aku mulakan skrg ek.

Jawatan hakiki aku adalah sebagai person incharge untuk :

1) PEGAWAI ASET & INVENTORI.
Segala Aset & Inventori jabatan perlu direkodkan.Kene bukak Kad Daftar. Kire mcm Surat Beranak. Setiap kedudukan Aset & Inventori perlu direkod dan ditampal di setiap bilik or dimana Aset & Inventori berada. Siap kene buat No Siri Pendaftaran lagi.

2) STOR & BEKALAN PEJABAT.
Aku diamanahkan untuk uruskan stor dan bekalan pejabat seperti bekalan alat tulis pejabat,keperluan pekerja luar seperti parang, cangkul, mata pisau mesin rumput, racun, dan apa je yg diperlukan oleh  pekerja luar. 

3) PELUPUSAN, HAPUSKIRA ASET & INVENTORI.
Rosak, Buruk, x leh gune..kene senaraikan & uruskan pelupusan. Ko igt leh main buang @ bakar je ker? Harta kerajaan beb. Mana boleh lupus ikut kaedah " suka suki " jerk.

4) PELUPUSAN FAIL.
Klu ikotkan..senang jer..bakar sudah. Abeh cerita. Tapi tak buleh..kene senaraikan setiap isi kandungan fail yg nak dilupuskan. Pastue..kene masuk dalam senarai. Dah masuk dlm senarai..kene hantar ke Jabatan Arkib Negara. Nanti wakil dari Jabatan Arkib Negara akan datang semak satu persatu fail tue. Lepas tue baru bagi keputusan nak lupus cara cemana. Hengat senang ker?

5) KENDERAAN, PEMANDU, BUKU LOG KENDERAAN, KAD MINYAK & KAD TOUCH N GO.
Kat opis aku nie ada 2 kenderaan. 1 Pemandu tetap yg usia dia 41 Thn. Nasib baik dia jenis dgr n patuh arahan aku. So..xde lah sakit hati sangat bab pemandu nie. Kenderaan yg 1 lagi..aku main arah je pemandu sambilan yg  dilantik oleh bos utk pandu kenderaan tue.

6) PAKAIAN SERAGAM PEMBANTU AM PEJABAT & PEKERJA RENDAH AWAM.
Ada lebih kurang 23 Orang yg aku kene sediakan pakaian seragam utk diorg setiap tahun. Dari segi pembekal, jenis & kualiti kain serta design yang perlu aku patuhi mengikut arahan ibu pejabat.

7) PEGAWAI PENILAI PERTAMA UTK KAKITANGAN.
Setiap kakitangan awam, akan dilakukan penilaian prestasi tahunan setiap tahun. So..mana2 staff yg dibawah jagaan aku..aku yg akan nilai dan bagi markah prestasi diorg utk tahun berkenaan.

8) ARAHAN DARI SEMASA KE SEMASA.
Apa je yg bos arahkan kene lah buat kan? waima bos tue muda dari kita. bos tetap bos.

Disebabkan kat opis aku nie tak de person yg handle bab kewangan (perjawatan tak wujud). So..baru2 nie aku dapat surat dari Big Bos. Dalam surat tue ada arahan untuk aku buat sume keje bab kewangan berkuatkuasa dari tarikh surat tue 07 Februari 2011. Hadoi...(sambil tepuk dahi). Aku mmg dah agak dah..mmg aku yg akan kene buat keje kewangan tue..sbb tahun 2009 aku penah kene jugak buat keje kewangan nie. So..segala bil dan tuntutan pekerja aku kene settle on sistem. Tanggungjawab nie sgt berat. Kejenye pulak byk n perlu penelitian yg tahap maksimum. Untuk tugas tambahan nie, aku tak dibayar elaun walau sesen pun. Baik aku nie kan? kire macam multipurpose person.Tapi..aku sahut sbg cabaran.So..nie tugas tambahan aku untuk tahun nie.

1) MENGURUSKAN PEMBAYARAN BIL UTILITI.
Bil Internet, Telefon, Air & Elektrik.

2) MENGURUSKAN TUNTUTAN ELAUN KAKITANGAN SETIAP BULAN.
Jumlah staff yg buat tuntutan setiap bulan 30 org.Termasuk elaun kerja lebih masa, elauan perjalanan, elaun motosikal, elaun basikal dan elaun harian.

3) MENGURUSKAN BAYARAN PROJEK KEPADA KONTRAKTOR.
Projek plak..bukan sikit wei..untuk sepanjang tahun. Jumlah tuntutan plak..paling sikit RM20k.

4) PENYEDIAAN LAPORAN PERBELANJAAN BULANAN.
End of month..mmg menggile. Sume report nak kene sediakan. Untuk semua program & aktiviti sepanjang bulan. Masa nie lah mcm2 masalah akan wujud. Nak tak nak, suke @ tak..kene redah jgk.Menggunakan kaedah REDHA, TEKAD, TABAH.

ko baca entri aku nie..agak2 ko paham tak? buat2 paham sudah. Tapi..ko tgk keje aku bykkan? kalau ko..ko sanggup tak nak terima tugas nie????

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com