Friday, April 29, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG.

Dimulakan dengan lafaz Bismillah Hirahmanir Rahim..Mudah2ah dirahmati Allah SWT.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam 1 Malaysia untuk semua follower n reader blog Encik Suami.

Last entry saya pada 16 april lalu. So..hari nie 29 april 2011. Maknenye..sudah hampir 12 hari saya tak update blog nie. Bukan tanak update..byk kesah yg berlaku sepanjang tempoh saya tak update blog. Hajat dihati mmg nak sgt update..tapi disebabkan kekangan waktu, ditambah dengan keje yg byk..makanye..saya utamakan dahulu tanggungjawab saya pada majikan.

Hari nie (29 April 2011) adalah hari yg sgt istimewa utk saya. Oklah..saya citer ek. 29 April 2006, saya telah dinikahkan dgn gadis pilihan hati saya. Alhamdulillah..dengan skali lafaz..saya sah menjadi seorang suami. Pejam celik..hari nie genap usia perkahwinan kami 5 tahun. Sehubungan dgn itu juga..kirenye..sudah 5 tahun juga saya bergelar menantu kepada orang banjar. Penah dgr tak perkataan banjar tue?? Perkataan yg glamour dlm banjar adalah Kulaan Niring Napa Takurihing. So far Alhamdulillah.. bile sedara mara belah isteri speaking banjar..saya dh boleh paham dah. Sbbnye..saya selalu tnye kat wife maksud sesuatu ayat tue. Berbanding dgn ipar duai saya yg lain..saya lebih cepat paham bahasa banjar nie. Oklah..saya sertakan satu video lagu banjar utk uols dgr ye. Tapi jgn gelakkan sudah la ye. Jom kita dengar & hayati hame2 ek.



Occay..dah dengar lagu tue dah? Kelakar kan?

Sepanjang 5 Tahun berumahtangga..saya dikurniakan 2 orang cahayamata. Yang sulung perempuan bernama Nurin Irdina Izazi yg kini berusia 4 tahun. Yang kedua lelaki bernama Muhammad Aniq Iskandar 1Thn 8Bln. Merekalah penyeri rumahtangga kami. Syukur Alhamdulillah, sepasang dah anak2 saya.

Untuk isteri yg abang cinta & sayang.

(>.<) Terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang. Segala pengorbanan yang sayang lakukan sume demi abang & anak2 kita. Terima kasih juga yg tak terhingga kerana melahirkan anak2 kita. Marilah kita hame2 mendidik anak2 kita agar menjadi anak yg soleh. Insya-Allah.

(>.<) Abang akan berusaha untuk jadi suami yang baik, jujur, setia utk sayang & ayah yang penyayang utk anak2 kita. Abang akan membahagiakan sayang & anak2 hingga ke hujung nyawa abang. Insya-Allah.

(>.<) Abang tak mampu nak balas jasa & pengorbanan sayang pada abang. Hanya Allah SWT yang akan memberikan ganjaran yg istimewa atas pengorbanan sayang pada abang & anak2. 

(>.<) Sayanglah isteri yg terbaaaek utk abang & ibu yang terbaaaek utk Nurin & Iskandar. Ai love yu so much. Muuuuah.

Gambar nie eksklusip utk uols. Segan nak letak gambar nie sbnrnye. Huhuhu..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



 Baju pengantin nie kami pasangan pertama yg gune. Tau tak sbb apa? Sbbnye..saya yg nak design mcm nie. Baju yg wife pakai tue pun mmg saya mintak design mcm tue. Lagi2 bab kain yg bersilang tue. Naseb baek butik tak charge lebih. Lps kami pakai baju tue..kire jadi koleksi butik tue la.

Occay..citer dah abeh la. Nanti kite citer lagi ek. Assalamualaikum. Papai.

Saturday, April 16, 2011

ENTRY KHAS UTK MY LEVLY PRINCESS

Assalamualaikum Warahmatullah.
Salam penuh kasih sayang dari saya buat sume follower n reader blog Encik Suami.

Entry nie khas saya buat untuk my levly princess. Pada 16/4/2007 jam 6.30 pagi di Dewan Bersalin, Hospital  Serdang telah lahir seorang bayi perempuan dgn berat 3.35kg yg tomei lotey n putih melepak . YES..pada masa & ketika itulah..diri saya yg serba kekurangan nie dgn rasmi bergelar seorang AYAH. Bayi perempuan tersebut saya berikan nama NURIN IRDINA IZAZI yang bermaksud Cahaya Kehormatan Kami & Kemuliaan. Nielah dia besday girl yg saya maksudkan.



Masa berganti masa, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun..maka hari nie 16/4/2011 Nurin genap 4 tahun. Dengan ini..saya nak wish beberapa perkara utk Nurin. Walaupun dia tak mengerti..mungkin satu masa nanti..dia akan bukak blog nie n dapat baca entri2 yg ayah dia hasilkan. Sape tau kan? So..saya & isteri tlh beli sebiji kek utk Nurin sempena besday dia. Kek nie Nurin yang pilih sendiri tau. Ok..nie lah dia rupa kek pilihan anak dara saya....
*
*
*
*
*
*
*
*

* Kek nie saya beli utkNurin potong kat umah pengasuh dia. Utk makan hame2 ngn kawan2 dia *

* Kek nie pulak, saya beli utk Nurin potong kat umah pakcik wife. Kire atok kesayangan Nurin tue. *

* Kek nie plak..adik ipar saya sponsor. Kire maksu ngn paksu Nurin. Ada nama wife saya kali sbb wife saya punye besday 12 April..Nurin plak 16 April. So..1 kek utk 2 org. *

Untuk anak ayah yg ayah sayangi :

(>.<) Ayah ucapkan selamat hari lahir yang ke 4. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik.

(>.<) Semoga menjadi anak yg solehah bagi ayah & ibu. Menjadi anak yg bijak dan yang paling penting..takmoh nakal2 tau. Jgn gaduh2 ngn adik. Jaga adik elok2.

(>.<) Ayah akan cuba buat yg terbaik utk anak ayah nie. Segala keperluan, ayah akan cuba sediakan. Kemahuan juga ayah turutkan..tapi..ada batasnye ye. Tak sume kemahuan ayah boleh tunaikan. Ingat tue.

Last skali ayah nak anak ayah nie tau..yang ayah sayaaaang sgt2 kat Nurin. Muaaaahh 3x.

Wednesday, April 13, 2011

FENAT.TAPI DAPAT BERITA GEMBIRA.

Assalamualaikum.

Hai sume follower n reader blog Encik Suami. Pertama skali..saya nak mintak mangap sbb hari nie lmbt plak update blog. Selalunye..pagi saya dah buat entry baru, nie dah petang baru nak update. Kali nie entry nie agak panjang, so..saya harap anda sume sabar utk membacanye. Dengan ini, saya ingin memaksa anda utk baca sampai abeh ye supaya anda paham jalan ceritenye. (suka siki jerk nak paksa org baca sampai abeh, ko hengat ko nie sape) ngee..

Sebenarnye..pagi tadi awal2 saya dah gerak ke ibu pejabat utk hadir mesyuarat. Mesyuarat nie plak adalah WAJIB saya hadir bagi cukupkan korum. Mesyuarat yg saya hadiri adalah mesyuarat MBJ. Tentunye anda tertanya2..apakah MBJ nie. Saya akan perjelaskan. MBJ adalah singkatan Majlis Bersama Jabatan. Dalam mesyuarat nie, segala masalah berkaitan kerja & kakitangan akan dibincangkan. Mesyuarat nie dipengerusikan oleh Pengarah.

Saya telah dilantik sebagai ketua bagi kalangan rakan sejawat yg sama gred / jawatan dengan saya. Perhimpunan besar telah diadakan pada 26/5/2009 bagi menghimpunkan semua kakitangan seluruh negeri dan ditempatkan dlm kumpulan yg sama jawatan. Pada masa nielah saya dilantik oleh rakan sejawat mengikut kata sepakat. Mengapa saya dilantik menjadi ketua oleh mereka? Bagus sgtkah saya? Sedangkan..dlm kumpulan nie..terdapat otai yg lebih senior dari saya. Saya sendiri tak pasti saya dipilih berdasarkan apa? Mula2..saya menolak dgn alasan perlu beri keutamaan pada yg senior, tetapi senior x setuju. Katanye..biar "org muda" pula yg merasa. So..saya terima dgn hati yg terbuka & anggap nie sbg cabaran utk saya.

Dalam mesyuarat tadi, saya telah suarakan ketidakpuasan hati rakan sejawat saya untuk dibincangkan dgn pihak pengurusan atasan yg mana pengarah ada skali dlm mesyuarat nie. Alhamdulillah..ada perkara yg diterima & ada yg ditolak. Saya sedaya upaya baking rakan sejawat. Namum begitu, wujud keterbatasan sbb kami terikat dgn pekeliling yg berkuatkuasa.

Untuk pengetahuan anda, menikut watikah perlantikan yg saya terima, bulan june nanti adalah tarikh tamat perlantikan saya sebagai wakil pihak pekerja MBJ. Dalam perkara yg dibangkitkan tadi..ada beberapa perkara yg menarik perhatian saya.

* LAWATAN SAMBIL BELAJAR UTK WAKIL PEKERJA SEPERTI SAYA.
Pengarah bersetuju cadangan ini dan menyerahkan kepada ahli utk pilih tempat mana yg kami suka. Dah bincang2 tadi, maybe kami akan ke Bandung, Indonesia. Tiket penerbangan dan penginapan ditanggung. Kalau betul..mmg seronok la wei. Pengarah bgtau lagi..klu tak jadi ke bandung, tetap akan buat jugak maybe ke sabah. So..antara 2 tue la.

* PAKAIAN RASMI MBJ-WAKIL PEKERJA.
Pengarah setuju. So..kami akan dpt blazer yg sama mcm pengarah pakai. Perbelanjaan juga adalah ditanggung oleh ibu pejabat. Seronoknye..kami decide nak wane itam. Nanti..klu dapat..boleh saya gunakan blazer tue utk menghadiri interview kan? x perlu nak pinjam or beli dah. Save budget disitu.

* CENDERAHATI.
Tang nie pun pengarah setuju jugak. Masa majlis perletakan jawatan n perlantikan ahli yg baru, kami akan diberi "hadiah". Kami tak pasti kami akan dpat abg. Tidak mustahil kami akan dpt sesuatu yg berguna mcm ipad or telefon bimbit. Sbb pengarah kami sgt ensem, cool, baik hati, sempoi. (wah2..jack lebih nie, puji melambong2). Tapi..dh pengarah janji mmg nak bagi kan? so..kami sabar menanti.

So..saya rase sgt beruntung & bertuah kerana dilantik sbg ahli pihak pekerja MBJ.

1) Dapat meeting ngn pengarah. Tengok dia senyum, boleh bersalaman dgn dia & yang pasti..pengarah kenal saya. Bukan senang2 nak dpt jumpa pengarahkan. Maklumlah..dia pengarah. Tapi..saya senang2 je dpt jumpa pengarah.

2) Rasa dihargai sbb kami nak dibawa bercuti, dpt blazer & cenderahati masa penamatan sesi lantikan.

3) Perlantikan saya nie akan dicatatkan dalam buku perkhidmatan.

4) Nama saya akan dpt dilihat dlm sistem oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Apa2 pun..saya seronok jadi ahli MBJ nie. Dapat bincang masalah dari hati ke hati dgn pengarah. Pada anda sume..andai dilantik dlm sesebuah organisasi..tak perlu gentar. Ambil tugasan tue sbg cabaran & ikhlaskan hati anda. Insya-Allah.. Sumenye akan berjalan dgn lancar. Percayalah..

Terima kasih sbb baca entri yg panjang nie sampai abeh ye. Hope anda sume phm akan jalan ceritenye. Cerita dah abeh dah nie. Lain kali kita sembang lagi. Assalamualaikum.

Tuesday, April 12, 2011

UNTUKMU

Assalamualaikum Warahmatullah.
Selamat pagi utk sume follower n reader blog Encik Suami.

Entry nie ditujukan khas utk ISTERI saya yang tercinta. Hari nie 12 April adalah tarikh lahir isteri saya. So..bila dah sampai tarikh nie..maknenye..Besday la kan? Erm, makanye..dengan itu, saya tergerak hati nak buat entry khas utk isteri saya.

Untuk isteri abg yang abg cintai.

(>.<) Abg nak wish Selamat Hari Lahir yang ke.....(sendiri mau igtlah ye). Semoga sayang dipanjangkan usia,   dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik & sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Insya-Allah.

(>.<) Abg bukan lah suami yang terbaik. Namun..setiap hari, abg gandakan usahakan utk jadi suami yg terbaik bagi sayang. Percayalah sayang. Kalau tak percaya..abg paksa sayang percaya jugak. Pelisss,percaya tau.!

(>.<) Gurau2 yg terlebih tue..jgn la sampai makan hati ye. Tapi..untung la jugak makan hati kan? lagi lagi klu masak kicap. Perghh...sedap tue. Insya-Allah, lain kali abg buat lagik.Ingat tue.

(>.<) Kita nak selebret kat ne nie? Ha...Abg ada idea.Tapi..tanak lah bgtau kat sini. SURPRISE (sebut dgn nada yg betul ye uols, mcm gaya Eric Leong dlm Rancangan Deko2 Bersama Eric). Kang, klu abg bgtau kat sini..ada org plan nak skodeng kita plak kan? (Hello...ko hengat, ko nie pasangan artis ker nok, peliss lah. Jgn nak gedik kat sini ye)

Oklah sayang..last skali abg nak cakap yg nie..tapi abg malu la. Erm..jap2..abg kumpul semangat dulu ye. Ok..abg rase abg dh ready nak bagtau nie..dengar tau..sayang sayang, sayang saaaaaayang sayang, sayang sayang sayang? eh..awat saya plak yg tanye dia? Meraban betulla. Dah tentu confirm sayang kan? Lagi mau tanye.

I LOVE YOU SO MUCH.Muuuuah.(nmpk tak muncung abg yg kiut nie?)Ahaks.

Ok..citer abeh dah. Papai. Assalamualaikum.

Monday, April 11, 2011

BILA SENIN MENJELMA

Assalamualaikum Warahmatullah.

Khaifa Haluka. Ana Bikhair, Alhamdulillah.Erm...paham ker idak nie.Ok..saya terangkan ye.Tue bahasa arab.
Kahifa Halukan bimakna--> Apa Khabar. Dalam Jawe plak..Kabarey.
Ana Bikhair bimakna --> Saya baik / sehat. Dalam jawe plak..Waras.
Skrg nie..dah faham ye anak2 murid sekelian. Senang je tue kan?

Hari senin kan..standed la..nak buat keje tue kene setting mood dulu. Kadang2..setting punye setting..mood still tak kunjung tibe jugak. Tapi..meja saya nie dh byk sgt dokumen. Fail pun dah menggunung tinggi. Entah ngapain..mmg busy sgt hari nie. 

Alhamdulillah..saya baru lepas uruskan 5 payment projek kpd kontraktor. Sume tue berjumlah RM97,200. Tapi..hanya lulus payment peringkat jabatan je la. Selepas nie..tindakan perbendaharaan negeri utk luluskan paymnet tue n jika takde masalah..CEK @ EFT akan dikeluarkan. Untuk payment kontraktor..saya gunekan kaedah pembayatan EFT sbb mudah & mmg digalakkan utk gune kaedah tue.

Dah selesai bab payment..masa utk buat keje lain plak. Tapi..masa saya rimas tgk fail yg menggunung tinggi nie. Mana xnye..dlm minggu nie,ada 2 meeting yg saya kene pegi. WAJIB hadir. Bile kene g meeting..fail mmg kene ada bersama2 pegawai yg akan hadir. So..sbb tue meje saya penuh. Dah le meja saya kecik, rasenye, lps nie nak request kat bos nak meja besar mcm meja makan tue jerk. Senang...sambil buat keje..leh makan minum skali kan? Agak2..bos perkenan ker permintaan saya nie?

Ekseli..ada beberapa report yg perlu saya sediakan. Kene slow2 la. Takmoh kelam kabut. Janji keje tue siap kan? Perut pun dah lapar sebenarnye nie. Tapi belum time rehat plak. Dah janji ngn wife tghr nie nak makan hame2. Kami mmg selalu makan hame2 time keje sbb kami keje satu bangunan tetapi lain jabatan. Untungkan keje setempat? Apa2 hal..senang nak jumpa. Sgt beruntung ngn situasi begini. Tentu uols jelaous kan3x?

Oklah ye. permisi dulu. Nanti kita sembang lain. Assalamualaikum.


Thursday, April 7, 2011

HOOOREY2X..SAYA MENANG

Assalamualaikum Warahmatullah.

Setelah 2 hari berkursus, hari nie saya kembali ke opis bagi melunaskan tanggungjawab saya sebagai kakitangn awam. Dari malam tadi..saya dh bersedia utk hadapi hari nie sbb confirm atas meja penuh dgn pelbagai dokumen, surat & yang pastinye dokumen pembayaran kontraktor & tuntutan elaun lebih masa pekerja.

Masuk je opis, tgk atas meja..mmg confirm. Penuh giler dgn dokumen. First yg saya lakukan, asingkan dokumen ikut keutamaan dulu & letak setempat. Perkara pertama saya buat adalah log in blogger dulu. Ada 3 komen yg perlu disahkan. Lepas tue..saya g entri sblm nie n reply sume komen yg tak sempat saya baca sehari sblm g kursus.

Tetibe..saya teringat ada satu contest yg saya join telahpun ditutup tarikh penyertaannye. Pemilik blog bgtau yg dia akan umumkan pemenang dlm minggu nie jugak. So..bile saya terjah blog beliau..keputusan dah kuar semalam (06 April 2011). Nmpk tajuk entri beliau Pemenang Contest Tercipta Untukku..tros saya klik.

Syukur Alhamdulillah, Gambar penyertaan saya bersama anak2 dipilih memenangi tempat kedua. Pemenang tempat pertama, mmg saya setuju dia dipilih sebagai pemenang. KLIK SINI untuk melihat gambar yg saya pertaruhkan & juga keputusan penuh senarai pemenang.

CERITERA KURSUS

Assalamualaikum Warahmatullah.

Salam sayang muah3x utk sume follower & reader blog Encik Suami. Hawau yu? hope sehat sejahtera sumenye.Syukur Alhamdulillah..saya telah tamat menjalani kursus SPIES dengan jayanye di Hay Resort, Sabak Bernam bermula 05-06 April 2011. 

First day kursus..kami diarahkan duduk dlm bulatan mengikut tahun kelahiran. So..tahun mula 1953 dan menaik ke seterusnya. Mana2 yg lahir tahun yg sama..kene susun plak ikut siapa yg lahir dulu. Bila dah settle..jumlah peserta 96 org. Dari yg paling tua..kira 1-7. Maka bermulalah pembahagian kumpulan. Maksudnye..dlm setiap kumpulan ada yg paling tua dan yg paling muda. Tujuannye..nak nmpk mcm keluarga lah. Ada ayah, ibu dan anak dlm setiap kumpulan.

Majoriti adalah otai2. Pangkat ayah dah. So..kene lah hormat kan?. Tapi ketua setiap kumpulan, depa pilih yg muda2. Tapi..saya bukanlah dilantik sebagai ketua kumpulan. Macam2 aktivitilah yg diadakan. Seronok sgt. Tapikan..saya sgt berkenan dgn seoarang pakcik. Nama pakcik tue JAMIAN. Dari jabatan veterinar Kuala Selangor. Why saya ckp saya bekenan dgn pakcik JAMIAN nie? Pakcik nie kan..sporting sgt. Gigi dia dh takde. Kelakar orgnye. Dialah penyeri yg buat kami sume gelak ketawa. 

Second day..kene bangun 4.30 pagi. Sbd ada Qiamullail. Saya tak lepaskan peluang utk join Qiamullail nie. Bukan selalu pun dpt join Qiamullail nie. Dapat buat solat Tahajjud, Taubat dan Hajat. Pak imam pun didatangkan khas utk kami dari klang selangor. Sangat rugi pada mereka yg tak join Qiamullail tue. Lepas solat subuh..kami bersiap utk senaman pagi. Kami dijadikan 1 kumpulan besar, dibekalkan tali rapia, batang paip PVC, dan bendera malaysia. Kami perlu naikkan bendera setinggi 30 kaki dgn menggunakan bahan yg disediakan. Kami decide..hanya penghulu lelaki saja dibenarkan beri arahan, sbb klu ramai yg bagi arahan..sukar nak difahami. Berkat kerjasama dari sume peserta, kami berjaya lakukan tugas tersebut.

Slot terakhir sblm balik mmg best. Kami dihidangkan dgn video proses kelahiran seorang bayi. Dimana, melambangkan pengorbanan seorang ibu. Penceramah tnye pada peserta perempuan bilangan anak mereka..paling ramai 6 org. Kemudian..penceramah arahkan peserta wanita yg ada anak..berdiri dan kami diarah berikan tepukan paling gemuruh utk mereka. Penceramah siapkan lekatkan simbol smile kat name tag ibu2 tersebut.

Kemudian..penceramah tnye..sape yg sudah tiada ibu? ada 7 org. Sume peserta lelaki. Mereka kene berdiri kat depan termasuk pakcik JAMIAN. Kemudian..penceramah soh depa bagi nasihat pada yg masih ada ibu. Saat ini..mata masing2 dh berair. Bile tiba pada seorang peserta kursus, lelaki..dia berbadan besar. Nama kat name tag dia BONG. Upanye..nama penuh dia BONGSU BIN AHMAD. Masa penceramah bagi mic kat dia..mula2 dia ok. Pastue..dia berhenti. Dia tak leh tahan. Dia ckp..dia sedih bila musim perayaan. Tak dapat nak salam tangan mak, x dapat rase masakan sedap mak. Dia ada adik beradik lain..tapi..bila musim perayaan, sume balik umah mertua. Masa tue..penceramah peluk BONG lama sbb nak tenangkan dia. Penceramah tue pun nanges sama. Kami pun sama. 

Last skali..kami tgk video lagu tamil sbb mmg ada peserta tamil. Opkos la tak paham kan? Tapi kami layan jugak. Abeh video tue..penceramah panggil wakil peserta india utk terangkan maksud lagu dlm video tue. Peserta tue EN. RAMA. Dia bagitau..pemuda dlm video tue syg sgt kat mak dia. Bila mak dia mati secara tibe2..dia sedih sgt. Pemuda tue mmg kaya dan byk duit. Dlm lagu tue jugak...dia ckp..DUIT WALAU BYK CEMANE SKALIPUN...TAK BOLEH BELI SEORANG MAK UTK GANTIKAN MAK DIA. So..pengorbanan seorang ibu mmg kita tak mampu nak balas dengan wang ringgit.

Dalam kursus nie kami diajar cara utk tingkatkan keyakinan diri, cara menghormati org, fizikal dan mental termasuk rohani. Saya bersyukur sgt2 kerana dipilih untuk menghadiri kursus nie. Tak sia2 saya tinggalkan isteri dan anak2 kerana ilmu yg saya perolehi didalam kursus ini sgt berguna.







Monday, April 4, 2011

MOOD:TAK BYK CAKAP

Assalamualaikum Warahmatullah.
Selamat pagi & salam penuh mesra + kasih sayang khas buat follower & reader blog Encik Suami.

Setelah berkursus di Hotel Grand Blue Wave bermula 30 March - 01 April 2011.I'm back today menggegarkan dunia blogger.Cheewahhh..Kursus tempoh hari mmg bes. Sbb mmg ttg keje yg iols sedang buat skrg nie. Peserta2 pun sporting, Penginapan pun mewah. Maklumlah..dok hotel kan? Sejuk giler. Nyaman jerk. Bab makanan toksah cakap lah..byk pilihan. Tapi pada iols kan..nmpk je makanan tue cantik & sedap, tapi..bila dah rase..biase je nyah. Tak sedap mana pun. Cume bab penceramah tue kureng skit la. Sbb setiap slot, penceramah yg sama jerk. Kan ker bes setiap slot penceramah yg berbeza. Ye dak? Kadang2..time ceramah sesi malam tue..sampaikan iols tertido uols. Sbb kepala iols nie nie dah penuh dgn input. 

Secaond day..sblm abeh sesi petang..depa dah dok pakat nak terjun dalam kolam renang. Depa ajak iols join skali. Wah2..peluang nie. So..iols join la skali. Uols tau..punyelah iols seronok dapat mandi manda kat kolam renang. Terbaek wok. Siap ada yg soh iols ajar dia berenang. Iols siap ckp kat membe iols tue..ko salah pegi kursus nie, patutnye ko apply kursus renang..baru betol. Pastue dia ckp..relaks la..sambil berenang, kite minum air. Ko nak sgt ek minum air kolam nie..meh aku benam ko sampai dasar kolam nie, baru puas minum air.hehehe.

Last day tue..sempat lagi la dok tukar2 no tipon kan? ye lah..lepas nie leh jadi kawan. sekurang2nye, klu ada masalah berkaitan keje..boleh diskus hame2 kan?. Ada yg iols mintak nama pesbuk kat kawan2..tapi..depa takde akuan pesbuk. Biar betik?? Eii..kolotnye takde akaun pesbuk. Very the longkang mulut iols nie cakap org kolot. Ekseli..adakah seseorang tue kolot disebabkan takde akaun pebsuk? Tepuk dada..tanye selera nak makan apa.Tapi jgn tepuk kuat2 plak ye..kang tersedak plak.

Sekembalinye iols ke pejabat..timbunan dokumen payment dah bersusun kat atas meja ibarat pangsapuri katanye. Mana satu nak mula nie?? sbb sblm pegi kursus..iols dah pun cetak dokumen payment yg telah dikuiri oleh perbendaharaan negeri. So..iols buat keputusan..iols settlekan pasal dokumen payment yg kuiri tue dulu. Pastue..kene buat budget utk gaji tahun nie plak.Pening2 iols dibuatnye. Sebab teu lah iols tak byk ckp hari nie sbb tumpu perhatian nak buat keje.

Tetibe kan uols..iols dpt faks dari ibu pejabat. Tajuk surat tue PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN (SPIES) UNTUK KUMPULAN PROFESIONAL / PENGURUSAN DAN SOKONGAN. Bertempat di Hay Resort, Sabak Bernam. Bila iols tgk tarikhnye...OMG. 05 - 06 April. Hadoi.....(Sambil tepuk dahi). Maknenye esok pagi. Padahal iols baru je tamat kursus jumaat lepas. Keje plak tgh byk nie ha. Dah le kursus nie mmg WAJIB. Ekseli tahun lepas, nama iols dah tersenarai utk hadir..tapi..disebabkan budak tecik musyuk masyam (Iskandar) demam masa tue..so..iols tarik diri. Tapi..kali nie iols tak leh nak mengelak. Nmpk gaya kene pegi jugak nie.

So..mean that, iols kene tinggalkan isteri & 2 budak tecik musyuk masyam tue skali lagi. Kesian kat depa uols. Nurin & Iskandar mesti pelik..ayahnye nie mcm biskut plak..kejap ada kejap takde. Hope..lopeh nie..iols takde lah kene pi kursus lagi dlm tempoh terdekat. Disebabkan ittew jugek..maybe iols xkan buat enrti baru dalam tempoh berkursus tue nanti. Lopeh balik kursus..Insya-Allah..iols akan buat entri baru utk tatapan uols ya.

Occay lah uols..dah panjang lebar iols mencarut nie. Kang uols busan plak. Iols pun ada byk lagi keje nak kene settle nie. Sepeninggalan iols nie..uols sume jgn noti2 tau, jaga diri & kesihatan ye. Insya-Allah..kite jumpa dilain waktu ye. Assalamualaikum. Papai.




Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com