Friday, July 18, 2014

SANAH HELWAH @ SELAMAT HARI LAHIR EN. SUAMI

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Yang memiliki sekelian alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka. Yang maha menepati janji.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 34. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar @ tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.

Adakah aku bersedia menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.

Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.

Dalam tempoh 34 tahun bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, & aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.

Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia. In Shaa Allah.

Dan kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, & mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam perjalanan hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.

Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.

Sekian, Terima Kasih. 

Assalamualaikum.





Wednesday, July 9, 2014

DUGAAN TATKALA IFTAR PADA 9 RAMADHAN 1435H

Tengah sedap2 iftar kat ruang tamu malam tadi, tetibe..GEDEGANG. wife terus cakap, bang..kereta. baru aku ingat aku park kereta kat luar pagar. terus aku berhenti makan. basuh tangan pun kat paip depan umah. jiran depan dah keluar. aku xtau nak kata apa dah. senyum je la. apa nak dikata. lagipun tengah iftar, baru separuh jalan makan. so..fikiran, hati dan perasaan aku masih tertumpu pada hidangan iftar tue.

jiran depan nak gi keje, dia reverse kereta & x perasan kereta aku kat situ. garu kepala budak tue. dia cakap kat aku, abg hntr la repair kat bengkel, nti abg claim kat saya.

diskus ngn wife, akhirnya buat keputusan xyah repair sebab xla teruk sangat. as long as kereta aku still boleh bergerak. xpe la bro..kita kan dok setaman, berjiran plak tue. semol de pises la.




gi terwaih mcm biase. balik terawih, kerete x leh start. batery kong. best sangat masa nie. rasa oren. nasib baik ada jemaah yang sudi tolong tolakkan kereta aku nie. dh hidup, igt nak singgah kedai jap. fikir balik, kalau singgah kedai, matikan enjin. sah2 xidup lagi nti. so..balik umah je terus.

pagi esoknya, dh bersiap bagai nak g keje. last2..kereta xleh start. dia buat hal lagi. kali nie rasa tembikai laici plk. hadoi la. nasib baik ada jiran yg blm gi kerja, so..mintak tolong dia jumperkan kete aku. nasib baik hidup. lepas hntr anak2 g sekolah, trs hntr kete kat bengkel.

perasan x? kejadian yang tersenarai diatas..sume pasal kereta kan? kebetulankah atau suratankah?

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com