Monday, May 18, 2009

Amalan SONGSANG

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalahan harian kita. Kadang-kadang, kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.
Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup org lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbaik:-

1. Amalan Kenduri Arwah.
Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana baginda telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keleuarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau0kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kenduri Kahwin.
Kalau hadir ke kenduri kahwin walimatulurus (kenduri kahwin) kebanyakkan kita kerap salam berisi (hadiah wang yang diberikan semasa bersalam). Klau tiada wang dalam tangan, maka ramai yang segan untuk pergi.
Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula salam tidak berisi. Sepatutnya tatkala menziarahi keluarga si matilah, kit apatut memberi sedekah. Dalam kenduri kahwin, tak memberi pun x mengapa kerana tuan rumah menjemput untuk makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Pakaian Ketika Solat.
Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila menghadapa Allah baik di rumah mahupun masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Menjadi Tetamu.
Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, ada yang berasa segan untuk menikmati makanan hingga habis. Sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan di habis apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Solat Sunat.
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapai kalau di rumah, rase sangat malas. Sedangkan sebaik-baik solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan Ramadan.
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan. Tetapi kebanyakkan mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam paling tinggi adalah di bulan Ramadan. Sedangka sepatutnya perbelanjaan di bualan puasa adalah yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kenduri Mengerjakan Haji.
Kebanyakkan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekkah, namun apabila pulang dari mengerjakan haji, tiada pula kenduri yang dibuat. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana mahu bermusafir, maka baru dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Mengaji Al-Quran.
Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam perikasa. Maka, hantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi, kalau anak tidak boleh membaca Quran atau bersolat, tidak pula mereka bimbang bahkan tidak juga dihantar ke kelas tuisyen membaca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup bayar RM20.00 satu pelajaran untuk lapan kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran, RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggelatar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berasa bimbang jika anak tidak dapat membaca Al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Mencari Rezeki.
Kita sanggup mencari rezeki Allah dengan bekerja tak kira siang malam pagi dan petang. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi, ke rumah Allah (masjid) walaupun tidak hujan, tidak panas, tiada ribut tetap berasa berat untuk ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah di minta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Isteri Berhias.
Ketika keluar rumah sama ada bersama suami atau tidak, ramai isteri yang berhias cantik, namun ketika duduk di rumah, hak kecantikan diri tidak diambil kira. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh diatas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.







Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com