Saturday, May 7, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Assalamualaikum Warahmatullah.

Dengan Lafaz Bismillah Hirahmanir Rahim..saya dengan ini menjoinkan diri untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh IMANSHAH. Kalau uols nak join, pelis klik --->  HOK SENGOTI aka IMANSHAH. Ok..nie banner contest tersebut.


Disebabkan, suatu ketika dulu saya penah bergelar seorang pendidik, maka saya tergerak hati utk join contest nie.

Ini ucapan dari saya:

Kerjaya GURU sangat mulia disisi agama dan sangat "Istimewa". Kalau ada syampu 2 in 1 & Nescafe 3 in 1, GURU bukan lagi 2 in 1 @ 3 in 1, tetapi 10 in 1. Mengapa saya kata begitu. Saya perjelaskan. Bila murid berak kencing dlm kelas, GURU jadi tukang cuci.( Uols sanggup ker? ). Bila murid sakit atau luka, GURU jadi jururawat sapu ubat. ( Uols sanggup ker? ). Bila murid bergaduh, GURU jadi polis, jadi hakim dan pendamai. ( Uols sanggup ker? ). Bila mak bapak datang mengadu tidak puas hati, GURU jadi peguamcara & peguambela. ( Uols sanggup ker? ). Begitulah hebatnya kerjaya seoarang GURU. Ada segelintir yang berpendapat kerjaya sbg GURU very easy. Cukup bulan dapat gaji, bila murid cuti maka GURU pun cuti. Tambahan pula..waktu kerja pun tak lama, masuk pagi, tengahari dan boleh balik umah tido. HELLO..salah tanggapan tue ok. Takde kerja yang mudah dalam dunia ini kerana sume memerlukan pengorbanan terutama dari segi masa & tenaga. GURU juga begitu.

Bayangkan pula GURU yang mengajar kelas pendidikan khas. Murid2 yg sindrom down, cacat dan sebagainya. Adakah mendidik murid yang "istimewa" ini very easy?? saya bertanye pada uols nie..cuba jawab?. ( Uols sanggup ker? ). Bukan calang2 kesabaran ye..memerlukan tahap kesabaran yang paling tinggi. " Tembok Kesabaran " yang dibina dari simen, pasir & kapor harus dari kualiti yg terbaik.

Kepadamu GURU..TAHNIAH saya kalungkan pada anda. Pengorbanan anda sgt2 bernilai. Pikullah tugas ini sebagai satu amanah yg sangat besar. Insya-Allah..Allah SWT akan memberikan ganjaran yg setimpal diatas usaha anda. Pada saya..pengalaman saya yg lalu sebagai seorang pendidik sgt2 berharga & seronok. Beruntunglah pada anda kerana terpilih untuk menjadi pendidik. Semoga anak bangsa yang anda didik akan berjaya didunia, diakhirat & menjadi insan yg berguna pada agama, bangsa & negara.

SELAMAT HARI GURU. GURU.....Syukran Jazilan, Cheychey, Nandrey, Arigato Gozaimas ( Terima kasih) byk2. I LOVE YOU so much. Muuuuah.

34 comments:

zmah said...

Wah! Rajin sungguh warna-warni....akak tak serajin awaklah...heheee

Encik Suami said...

ZMAH:

Kak..warna warni tue sbb nak bezakan pendapat. Masa free..sbb tue terlebih rajin dari biase. Hehehe.

Naddia said...

ooo..sy la student yg lupe daratan.. haha

tak igt cikgu pon..hahaha

iKhRam said...

gud luck..
tp entry ni cam meriahkan.. warna warni sgt nk baca.. best!!

Encik Suami said...

NADDIA:

Naseb baik lupa daratan..kalau lupa lautan..lagi parah tue.

Takpe awak tak igt cikgu..tapi, cikgu mesti igt awak kan?

Encik Suami said...

IKHRAM:

Thanks. Meriah ker? Biase2 jerk la.
Jenuh nak pk ucapan nie. Naseb baek sempat nak join. Hehehe.

aleen aiden said...

eh,alin rase da komen en3 nih.awat xdak plak nah?

Encik Suami said...

ALEEN:

Maybe anda komen kat entry yg sebelum nie kot.

NM02 said...

gud luck ES...

Encik Suami said...

NM02:

Thanks kak. Saje jerk memeriahkan contest nie.

Meera said...

Malaikat, semut termasuk ikan mendoakan kesejahteraan guru yang megajar org lain kebaikan.. (Hadith)

Encik Suami said...

MEERA:

Begitulah hebatnye kerjaya seorang guru.

fizazbd said...

hari lahir saya jatoh pada Hari Guru..tapi saya bukan lah seorg guru...huhu...happy teacher's day n happy birthday

queen_ann81 said...

Harap2 masih adelah guru2 yg mcm ni kat muka bumi ni kan =( Semoga Allah merahmati guru2 yg ikhlas berbakti,Amin.

Henry Zackery said...

bukan senang nak layan ragam murid woo.. :)

Ujian Mata Untuk Lelaki Dan Perempuan

NM02 said...

wow!!! tukar kaler umh nampak. hehehe

ES kasi dulu FB kat saya. saya akan add. reply kat komen ai tau

BRO_MONDAY said...

bro sichan : meriah...('',) ai selalu kena marah ngan cekgu, bukan pasal nakal, tapi selalu x siap keje rumah...adehhh~ mujo lah tu masa kecik je, bila dah masok tingkatan, alhamdulillah belajar rajin...markah pun selalu tinggi...

AH7 said...

Selamat hari Guru...Guru yang menyinari anak bangasa....

Encik Suami said...

FIZAZBD:

Seronoknye tarikh lahir sama ngn hari guru. Senang nak igt.

Encik Suami said...

NM02:

Ok2..dah komen kat blog akak dah.

Encik Suami said...

BRO MONDAY:

Zaman sekolah, mmg saya bukan dlm kategori pelajar yg cerdik pandai. Biase2 jerk. Cume aktif dlm berpersatuan n pegang jawatan tinggi di asrama termasuk jadi pengawas sekolah.
Keptusan exam pun biase2 je. Janji LULUS.

Encik Suami said...

AH7:

Abg dulu ada g ujian kelayakan utk jadi GURU. 2x pegi..tapi rezeki tak berpihak pada abg.

Kerjaya seorang GURU..mmg BEST.

kay_are said...

dah lambat nak join.. ape pun gud luck!! ^_^

Encik Suami said...

KAY ARE:

Takpe..lain kali boleh join lagi.
Thanks sbb wish luck ye.

Dr Love said...

SELAMAT HARI GURU WALAUPUN SUDAH JD BEKAS GURU

Bagaimana Cara Memperbaiki Solat Di Awal Waktu

La Majid said...

cikgu ibarat lilin..kan cikgu kn??kn??

ejulz said...

Guru umpama lilin.. heHe

man yusoef said...

guru adalah antara semulia-mulia pekerjaan...huhu

mia.lia said...

slamat hri guru :)
nyway, knp xupdate blog neh ? hehe

tie tu sy cilok gmbr dia dkt oddee.com xtau dekat mana ada jual

Encik Suami said...

DR.LOVE:

Samalah kite. Saya pun dulu penah jadi GURU sekejap. Pengalaman yg sangat berharga kan?

Encik Suami said...

LA MAJID:

Tue lah perumpamaan yang sering kita gunakan kan?

Encik Suami said...

EJULZ:

Yup..betul tue. Tapi bukan lilin yg kurus tue tau. Lilin yg besar tue..baru terang cahaya apinya.

Encik Suami said...

MAN YUSOEF:

Yes..sokong sgt2. Mmg abg cita2 nak jadi guru..tapi takde rezeki. Pegi ujian kelayakan 2x..tapi..xdpt interview pun.

Encik Suami said...

MIA.LIA:

Ada sebab saya tak update blog. Coba try test mia baca entry yg sebelum nie tittle: SELAMAT TINGGAL.

Tapikan..siriyes..tie tue mmg santek.
suke tgk.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com