Wednesday, April 13, 2011

FENAT.TAPI DAPAT BERITA GEMBIRA.

Assalamualaikum.

Hai sume follower n reader blog Encik Suami. Pertama skali..saya nak mintak mangap sbb hari nie lmbt plak update blog. Selalunye..pagi saya dah buat entry baru, nie dah petang baru nak update. Kali nie entry nie agak panjang, so..saya harap anda sume sabar utk membacanye. Dengan ini, saya ingin memaksa anda utk baca sampai abeh ye supaya anda paham jalan ceritenye. (suka siki jerk nak paksa org baca sampai abeh, ko hengat ko nie sape) ngee..

Sebenarnye..pagi tadi awal2 saya dah gerak ke ibu pejabat utk hadir mesyuarat. Mesyuarat nie plak adalah WAJIB saya hadir bagi cukupkan korum. Mesyuarat yg saya hadiri adalah mesyuarat MBJ. Tentunye anda tertanya2..apakah MBJ nie. Saya akan perjelaskan. MBJ adalah singkatan Majlis Bersama Jabatan. Dalam mesyuarat nie, segala masalah berkaitan kerja & kakitangan akan dibincangkan. Mesyuarat nie dipengerusikan oleh Pengarah.

Saya telah dilantik sebagai ketua bagi kalangan rakan sejawat yg sama gred / jawatan dengan saya. Perhimpunan besar telah diadakan pada 26/5/2009 bagi menghimpunkan semua kakitangan seluruh negeri dan ditempatkan dlm kumpulan yg sama jawatan. Pada masa nielah saya dilantik oleh rakan sejawat mengikut kata sepakat. Mengapa saya dilantik menjadi ketua oleh mereka? Bagus sgtkah saya? Sedangkan..dlm kumpulan nie..terdapat otai yg lebih senior dari saya. Saya sendiri tak pasti saya dipilih berdasarkan apa? Mula2..saya menolak dgn alasan perlu beri keutamaan pada yg senior, tetapi senior x setuju. Katanye..biar "org muda" pula yg merasa. So..saya terima dgn hati yg terbuka & anggap nie sbg cabaran utk saya.

Dalam mesyuarat tadi, saya telah suarakan ketidakpuasan hati rakan sejawat saya untuk dibincangkan dgn pihak pengurusan atasan yg mana pengarah ada skali dlm mesyuarat nie. Alhamdulillah..ada perkara yg diterima & ada yg ditolak. Saya sedaya upaya baking rakan sejawat. Namum begitu, wujud keterbatasan sbb kami terikat dgn pekeliling yg berkuatkuasa.

Untuk pengetahuan anda, menikut watikah perlantikan yg saya terima, bulan june nanti adalah tarikh tamat perlantikan saya sebagai wakil pihak pekerja MBJ. Dalam perkara yg dibangkitkan tadi..ada beberapa perkara yg menarik perhatian saya.

* LAWATAN SAMBIL BELAJAR UTK WAKIL PEKERJA SEPERTI SAYA.
Pengarah bersetuju cadangan ini dan menyerahkan kepada ahli utk pilih tempat mana yg kami suka. Dah bincang2 tadi, maybe kami akan ke Bandung, Indonesia. Tiket penerbangan dan penginapan ditanggung. Kalau betul..mmg seronok la wei. Pengarah bgtau lagi..klu tak jadi ke bandung, tetap akan buat jugak maybe ke sabah. So..antara 2 tue la.

* PAKAIAN RASMI MBJ-WAKIL PEKERJA.
Pengarah setuju. So..kami akan dpt blazer yg sama mcm pengarah pakai. Perbelanjaan juga adalah ditanggung oleh ibu pejabat. Seronoknye..kami decide nak wane itam. Nanti..klu dapat..boleh saya gunakan blazer tue utk menghadiri interview kan? x perlu nak pinjam or beli dah. Save budget disitu.

* CENDERAHATI.
Tang nie pun pengarah setuju jugak. Masa majlis perletakan jawatan n perlantikan ahli yg baru, kami akan diberi "hadiah". Kami tak pasti kami akan dpat abg. Tidak mustahil kami akan dpt sesuatu yg berguna mcm ipad or telefon bimbit. Sbb pengarah kami sgt ensem, cool, baik hati, sempoi. (wah2..jack lebih nie, puji melambong2). Tapi..dh pengarah janji mmg nak bagi kan? so..kami sabar menanti.

So..saya rase sgt beruntung & bertuah kerana dilantik sbg ahli pihak pekerja MBJ.

1) Dapat meeting ngn pengarah. Tengok dia senyum, boleh bersalaman dgn dia & yang pasti..pengarah kenal saya. Bukan senang2 nak dpt jumpa pengarahkan. Maklumlah..dia pengarah. Tapi..saya senang2 je dpt jumpa pengarah.

2) Rasa dihargai sbb kami nak dibawa bercuti, dpt blazer & cenderahati masa penamatan sesi lantikan.

3) Perlantikan saya nie akan dicatatkan dalam buku perkhidmatan.

4) Nama saya akan dpt dilihat dlm sistem oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Apa2 pun..saya seronok jadi ahli MBJ nie. Dapat bincang masalah dari hati ke hati dgn pengarah. Pada anda sume..andai dilantik dlm sesebuah organisasi..tak perlu gentar. Ambil tugasan tue sbg cabaran & ikhlaskan hati anda. Insya-Allah.. Sumenye akan berjalan dgn lancar. Percayalah..

Terima kasih sbb baca entri yg panjang nie sampai abeh ye. Hope anda sume phm akan jalan ceritenye. Cerita dah abeh dah nie. Lain kali kita sembang lagi. Assalamualaikum.

30 comments:

mummy_ayu said...

busy meeting pulak dia..and banyak dpt good news..alhamdulilah & tahniah!!!

- zuriey - said...

tahniah..bukan sennag nak jd leader

asybedazzle said...

selamat bekerja!

Eza Ridzwan said...

gud to hear dat!....gud luck dear!

waN Mohd Salim said...

guud luck encik

BRO_MONDAY said...

bro sichan : terbaik lah ye bro...gud lak dalam perkhidmatan...bagus camni, leh dijadikan contoh dan tauladan buat semua oram...usaha tangga kejayaan...cuti kat bandung tuuu....ai pun x pernah jejak sana...('',)

Henry Zackery said...

gud luck bro :) kerja rajin2 ye :)

Encik Suami said...

Mummy Ayu:

Dah kite yg dilantik. WAJIB hadir cukupkan korum. Nak buat cemanakan?Tapi seronok sebenarnye.

Encik Suami said...

Zuriey:

Thanks. Mmg bukan senang jadi leader.
Tapi kene usaha yg terbaek utk mereka.

Encik Suami said...

Asybedazzle:

Thanks. Sambil bekerja la nie. hehe

Encik Suami said...

Eza Ridzwan:

Thank you so much.

Encik Suami said...

Wan Mohd Salim:

Thanks.Good Luck juga utk anda.

Encik Suami said...

Bro Monday:

Ai tak layak dijadikan contoh. Ai bukan yg terbaek. Biase2 je. Tapi ai cuba buat yg terbaek demi rakan sejawat. Hope janji pengarah jadi kenyataan. Mmg ai pun tak penah jejak sana.

Encik Suami said...

Henry Zackery:

Thanks. Abg keje rajin2 la nie dik oi. Hehehe..

man yusoef said...

jadual mmg sentiasa pack eh...mmg org penting ni...hahaha

Encik Suami said...

Man Yusoef:

Mmg pack. Nak buat cemana..selagi belum tutup mata, keje..keje..keje..Abg bukan lah org penting sgt.Kerani cabuk jerk.

YanaMIB said...

ada keje kosong x kt sini?? =)

Encik Suami said...

Yana:

Kalau ikut kekosongan jawatan mmg ada.Tapi bukan bidang kuasa kita la.Apa2 hal..iklan jwtn kosong akan kuar dlm paper.

fatien ! said...

waah, tahniah encik suami :)

Encik Suami said...

Fatien:

Thanks sbb sudi baca entry yg panjang nie ha.

cBk said...

hehe..tahniah en suami kitew...:)

Encik Suami said...

CBK:

Thanks ye. Mcm nie lah keje abg.

hawiz said...

yes..kerja..best2...

Encik Suami said...

Hawiz:

walaupun penah sbb nak hadap sume beban n kerenah..tapi seronok.

Oasis said...

Situasi kita sama...dilantik sebagi ketua sedangkan ramai yg senior. Nk tgk org muda bekerja kata depa. hehe

banyak jugak bajet ye...jeles plak klu betul2 dapat ipad. Hehe

Encik Suami said...

Oasis:

Nak buat cemane..dah org pilih kita.Kenelah pikul tanggungjawab tue sebaik mungkin. Hadiah ipad tue tak sure lah..tak kesah lah pengarah nak bagi cenderahati apa pun..kite terima jerk ngn hati yg girang.

Solihin Zubir said...

alhamdulillah.. tahniah...
kepenatan yg berbaloi.. :D

Encik Suami said...

Haah..bile dgr habuan yg pengarah bgtau..sejuk skit hati. Penat mmg penat lah. Nak g meeting sana sini. Keje yg melambak kat opis, tak tau mana nak dikejar.Takpelah..nie sume pengalaman kan? Tak rugi pun.Utk kemajuan diri kita jugak.

adwafarahin said...

lepas nie jadi org penting kene la work hard sket kan hehe

pape pon tahniah :)

Encik Suami said...

Adwa:

Thanks. Insya-Allah.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com