Thursday, April 7, 2011

CERITERA KURSUS

Assalamualaikum Warahmatullah.

Salam sayang muah3x utk sume follower & reader blog Encik Suami. Hawau yu? hope sehat sejahtera sumenye.Syukur Alhamdulillah..saya telah tamat menjalani kursus SPIES dengan jayanye di Hay Resort, Sabak Bernam bermula 05-06 April 2011. 

First day kursus..kami diarahkan duduk dlm bulatan mengikut tahun kelahiran. So..tahun mula 1953 dan menaik ke seterusnya. Mana2 yg lahir tahun yg sama..kene susun plak ikut siapa yg lahir dulu. Bila dah settle..jumlah peserta 96 org. Dari yg paling tua..kira 1-7. Maka bermulalah pembahagian kumpulan. Maksudnye..dlm setiap kumpulan ada yg paling tua dan yg paling muda. Tujuannye..nak nmpk mcm keluarga lah. Ada ayah, ibu dan anak dlm setiap kumpulan.

Majoriti adalah otai2. Pangkat ayah dah. So..kene lah hormat kan?. Tapi ketua setiap kumpulan, depa pilih yg muda2. Tapi..saya bukanlah dilantik sebagai ketua kumpulan. Macam2 aktivitilah yg diadakan. Seronok sgt. Tapikan..saya sgt berkenan dgn seoarang pakcik. Nama pakcik tue JAMIAN. Dari jabatan veterinar Kuala Selangor. Why saya ckp saya bekenan dgn pakcik JAMIAN nie? Pakcik nie kan..sporting sgt. Gigi dia dh takde. Kelakar orgnye. Dialah penyeri yg buat kami sume gelak ketawa. 

Second day..kene bangun 4.30 pagi. Sbd ada Qiamullail. Saya tak lepaskan peluang utk join Qiamullail nie. Bukan selalu pun dpt join Qiamullail nie. Dapat buat solat Tahajjud, Taubat dan Hajat. Pak imam pun didatangkan khas utk kami dari klang selangor. Sangat rugi pada mereka yg tak join Qiamullail tue. Lepas solat subuh..kami bersiap utk senaman pagi. Kami dijadikan 1 kumpulan besar, dibekalkan tali rapia, batang paip PVC, dan bendera malaysia. Kami perlu naikkan bendera setinggi 30 kaki dgn menggunakan bahan yg disediakan. Kami decide..hanya penghulu lelaki saja dibenarkan beri arahan, sbb klu ramai yg bagi arahan..sukar nak difahami. Berkat kerjasama dari sume peserta, kami berjaya lakukan tugas tersebut.

Slot terakhir sblm balik mmg best. Kami dihidangkan dgn video proses kelahiran seorang bayi. Dimana, melambangkan pengorbanan seorang ibu. Penceramah tnye pada peserta perempuan bilangan anak mereka..paling ramai 6 org. Kemudian..penceramah arahkan peserta wanita yg ada anak..berdiri dan kami diarah berikan tepukan paling gemuruh utk mereka. Penceramah siapkan lekatkan simbol smile kat name tag ibu2 tersebut.

Kemudian..penceramah tnye..sape yg sudah tiada ibu? ada 7 org. Sume peserta lelaki. Mereka kene berdiri kat depan termasuk pakcik JAMIAN. Kemudian..penceramah soh depa bagi nasihat pada yg masih ada ibu. Saat ini..mata masing2 dh berair. Bile tiba pada seorang peserta kursus, lelaki..dia berbadan besar. Nama kat name tag dia BONG. Upanye..nama penuh dia BONGSU BIN AHMAD. Masa penceramah bagi mic kat dia..mula2 dia ok. Pastue..dia berhenti. Dia tak leh tahan. Dia ckp..dia sedih bila musim perayaan. Tak dapat nak salam tangan mak, x dapat rase masakan sedap mak. Dia ada adik beradik lain..tapi..bila musim perayaan, sume balik umah mertua. Masa tue..penceramah peluk BONG lama sbb nak tenangkan dia. Penceramah tue pun nanges sama. Kami pun sama. 

Last skali..kami tgk video lagu tamil sbb mmg ada peserta tamil. Opkos la tak paham kan? Tapi kami layan jugak. Abeh video tue..penceramah panggil wakil peserta india utk terangkan maksud lagu dlm video tue. Peserta tue EN. RAMA. Dia bagitau..pemuda dlm video tue syg sgt kat mak dia. Bila mak dia mati secara tibe2..dia sedih sgt. Pemuda tue mmg kaya dan byk duit. Dlm lagu tue jugak...dia ckp..DUIT WALAU BYK CEMANE SKALIPUN...TAK BOLEH BELI SEORANG MAK UTK GANTIKAN MAK DIA. So..pengorbanan seorang ibu mmg kita tak mampu nak balas dengan wang ringgit.

Dalam kursus nie kami diajar cara utk tingkatkan keyakinan diri, cara menghormati org, fizikal dan mental termasuk rohani. Saya bersyukur sgt2 kerana dipilih untuk menghadiri kursus nie. Tak sia2 saya tinggalkan isteri dan anak2 kerana ilmu yg saya perolehi didalam kursus ini sgt berguna.







2 comments:

CT NoArIzAh ArIs said...

Praktikkan ilmu tu dalam kehidupan kamu ya... plg penting jgn lupa org tua kita samaada mereka hidup lagi ataupun telah tiada.

Encik Suami said...

Betul apa yg saudari katakan.Mmg kene praktikkan dlm kehidupan seharian.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com