Monday, May 30, 2016

KONGSI KEGEMBIRAAN BERSAMA FOLLOWER

Setelah 11 hari 19/05/2016-29/05/2016 (termasuk cuti sabtu & ahad) x hadir ke pejabat,maka hari nie kembali bertugas seperti biasa.tapikan..macam blur je masuk opis.mood bekerja masih merangkak-rangkak nak datang dekat abam.

Kegembiraan ini abam kongsikan bersama.Isteri abam telah selamat melahirkan anak ketiga kami pada 19/05/2016@11.49pm (malam jumaat) di Hospital Serdang.Alhamdulillah,abam dikurniakan anak perempuan kali ini.Anak sulung perempuan,anak kedua lelaki dan yang ketiga perempuan.orang kata SELANG BUNGA.Abam pun xtau mana datang istilah selang bunga tue.

Bila isteri bersalin,otomatik abam dapat cuti seminggu dari tarikh isteri bersalin.kalau ikutkan,cuti berakhir khamis lepas,tp dh alang-alang jumaat sehari je keje,abam tambah lagi cuti sehari.tue yang mood keje hari nie merangkak-rangkak sbb lama bebenor cutinya kan?

Kakak dengan abang kemain suke lagi dpt adik.Dulu si abang abam panggil adik sbb dia anak bongsu.sekarang kene tukar panggil abg.kadang-kadang dia tersasul bahasakan diri dia adik.abam betulkan.bila abam yang tersasul panggil dia adik,dia betulkan..bukan adik la ayah,abang.huhu.

Kat opis nie pun macam xleh tumpu perhatian je,sbb dok teringat kat si cantik manis kat rumah tue.Masa abam cuti,mmg abam dok sebelah dia je la.dok cium sana sini,geram.selalunya..bila baby bukak mata je,abam akan cakap Assalamualaikum cantik manis ayah.cantik manis dah mangun.cayang sikit meh.apa lagi..gomol la pipi cantik manis tue kiri kanan.mmg bau wangi.sedap wei bau baby nie.siyes x tipu.

Ok.abam permisi dulu.x sabar abam nak balik rumah petang nie.sampai rumah,sure gomol baby dulu.hew..hew..hew.


5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Apa pun tahniah dari kakak. Cantik susunan kelahiran
Lepas ni proses utk jadi lelaki pulak hihi...

Selamat kembali bekerja dah jgn merangkak-rangkak:)

Encik Suami said...

KAKZAKIE :

Alhamdulillah dengan susunan kelahiran.ramai yang cakap best sbb kelahiran berselang jantina antara 1 sama lain.kuasa & rezeki dari Allah SWT.

Fiza Rahman said...

Tahniah. saya pon baru dapat baby end february haritu. Hari2 tak sabar nak balik cepat ☺

nuyui a.k.a miss YUI said...

alhamdulillah,
tahniah abam ya..

Nor Azimah Ali said...

Lama tk ke sini, wah..tahniah dh dpt baby ye, bestnya baby girl,Alhamdulillah..
Salam ramadhan😃

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com