Friday, July 18, 2014

SANAH HELWAH @ SELAMAT HARI LAHIR EN. SUAMI

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Yang memiliki sekelian alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka. Yang maha menepati janji.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 34. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar @ tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.

Adakah aku bersedia menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.

Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.

Dalam tempoh 34 tahun bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, & aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.

Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia. In Shaa Allah.

Dan kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, & mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam perjalanan hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.

Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.

Sekian, Terima Kasih. 

Assalamualaikum.





1 comment:

IFA Athirah said...

tmbah lgi 1 ayat:
komenlah blog ku kalau itu yg diinginkan.smart takk?

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com