Thursday, June 5, 2014

JABATAN BARU

Kabarey?waras?aku kat sini sehat alhamdulillah.besar harapan aku yang korang pun sehat gak la hendaknya.ada yang perasan tak ker aku je yang perasan diri sendiri yang mana aku agak lama menyepi dari arena penulisan nie.untuk pengetahuan korang,aku telah pun bertukar jabatan.pertukaran aku nie bukan bermakna aku ditukarkan,akan tetapi aku yang mohon ditukarkan setelah hampir 2 tahun lebih aku berusaha utk berhijrah.

untuk makluman korang,sebelum nie aku dah berkhidmat start 2005 hingga mei 2014 dlm jabatan yang sama.kire-kire hampir 9 tahun.so..aku mohon keluar dari jabatan lama atas alasan utk menimba ilmu baru disamping amik pengalaman dan nak rasa kerja di jabatan lain.jabatan baru aku sekarang nie x jauh pun,dalam 1 bangunan jugak yang paling best,sebelah pintu jabatan lama je.aku mintak tukar sini sbb senang,xyah nak kene travel jauh utk g keje.

aku mula lapor diri 2 mei 2014 di jabatan baru.kemudian aku mintak tangguh sehingga 18 mei 2014 bagi melunaskan kerja-kerja akhir di jabatan lama.so..start 19 mei 2014 aku dh rasmi jadi staf baru kat sini.masa kat jabatan lama,semua staff adalah jejaka.xde wanita.mesti korang x caya kan?tp..mmg itu hakikatnya.oh ya, pengganti aku di jabatan lama adalah seorang puan.mesti diorg suka sbb aku keluar,yang masuk seorang wanita.aku plak ditempatkan di unit pentadbiran.di unit aku nie ada 3 org, aku n 2 org lagi staf yg mana kedua-dua staf tue perempuan.mula-mula aku dok tepi tingkap.best la sbb tersorok skit.seminggu lps tue,diarahkan tukar tempat duduk.skrg nie aku dok tengah.kiri kana diapit oleh staf perempuan.malu tite tau.tapi xpe la.janji aku ada tempat duduk.

bab tugas baru,mmg aku nak buat keje baru.nanti aku update senarai tugas baru aku ye.sbb masa kat jabatan lama,aku buat tugas stor,aset alih,aset tak alih jabatan,inventori jabatan dan fully kewangan.beban keje..MasyaAllah,mmg stress.tapi aku boleh handle.kat jabatan baru nie mmg tugas aku xde kene mengena dgn tugas yg aku buat sebelum nie.mmg aku 0% downpayment la.mujur wanita kiri kanan nie x kedekut ilmu ajar aku yang baru nie.

so far..buat masa nie semua ok.tpt keje ok.suasana ok.kwn2 baru pun ok.yang paling best,wanita kiri kanan aku nie kaki lawak.so..xde la aku bosan.diorg bukan jenis control ayu.bukan plastik.so..senang la aku nak berinteraksi dengan diorg.korang doakan aku dapat perform sebaik mungkin ye.

9-10 jun nie aku cuti.nak bwk sepasang kanak-kanak ribena tue g mandi kolam.sure x igt dunia diorg mandi nanti.yang penting ayahnya lagi la x igt dunia.lepas tue,11 jun plak aku dpt pelepasan dari ketua jabatan utk cuti tanpa rekod sbb aku dpt undangan ke majlis anugerah jabatan lama aku utk tahun 2013.jeng..jeng..jeng.aku dijemput sbb aku bakal naik pentas 11 jun tue.next entry aku bgtau korang ek aku dpt anugerah apa.yang penting,11 jun tue belah siang majlis anugerah stop pkl 5.30 ptg pkl 8 mlm sambung balik utk majlis makan malam dan persembahan dari daerah-daerah dlm selangor.

oklah ye,cukup setakat nie dulu aku nak merepek.nak sambung buat keje.nanti kita sambung sembang lagi.

Assalamualaikum.

1 comment:

Izwa Kamaruddin said...

semoga dipermudahkan semua nyer

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com