Friday, July 1, 2011

KURSUS, APC & PERTANDINGAN KOIR.


Assalamualaikum kalam pemanis bicara saya hulur buat kalian. semoga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah. *senyum*. Alhamdulillah atas segala nikmat, serta tak lupa selawat dan salam ke atas junjungan pemberi syafaat di akhirat kelak, Muhammad SAW. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.

Khabarey uols. Hope uols sume sehat walafiat. Lama sudah tak update blog. Ya ampun...bukan
apa. Terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan. Oklah ye..dlm entri nie..saya akan citer lumsum la sume perkara2 yg berlaku sepanjang saya tak update blog. Harap2..uols boleh terima & baca sumenye. Bukan apa..disebabkan kekangan masa & beban tugas yang banyak..senang pada saya utk buat satu entri yg mengandungi beberapa perkara.

1) Kursus Pengurusan Aset Alih & Stor Kerajaan - 15-17 Jun 2011.

* Kursus nie dianjurkan oleh Ibu pejabat dan dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands. Kursus nie mmg WAJIB saya hadiri sbb mmg saya laksanakan tugas2 ini di jabatan. Makanye..sume yg laksanakan keje nie dihimpunkan & diberi kursus bagi memantapkan prosedur keje. Means..saya kenal sume peserta sbb klu meeting ibu pejabat, mmg kami hadir bersama ketua jabatan masing2. Yang bestnye..kami diberi kesempatan & peluang utk naik kepuncak kota keriangan Genting Highlands. Kira mcm sambil kursus, sambil bercuti la. Habeh sume permainan outdoor seperti spinner, spaceshot solero, Roller Coaster dan Flying Coaster saya cuba bersama kawan2. Ada yg sampai muntah2 la.









2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

* Baru2 nie, saya ada terima sepucuk surat bersampul putih & tertera URUSAN SERI PADUKA BAGINDA.


Syukur Alhamdulillah. Dengan Markah 93.4% bagi penilaian prestasi utk tahun 2010, saya dipilih sbg Penerima Anugerah Prestasi Cemerlang bagi tahun 2010. Sepanjang 6 Tahun berkhidmat..inilah kali pertama saya terima anugerah ini. Insya-Allah, saya akan sentiasa tingkatkan prestasi keje saya demi kerajaan malaysia. Oh ye..sblm terlupa..Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan berlangsung pada 6 Julai 2011.

3) Pertandingan Koir.

* Pada 6 Julai 2011, siang akan berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Disebelah malam pula..akan diadakan Majlis Jasamu Dikenang. Pada Majlis inilah nanti akan diselitkan pertandingan koir antara Ibu pejabat dan 9 Daerah yang lain. Bila dicampur semua bahagian, maka akan ada 11 kumpulan koir yg akan bertanding.

So..setiap petang akan ada sesi latihan koir. Termasuk esok 2 Julai 2011 (Sabtu). Terpaksa buat latihan hari sabtu sbb hari cuti je yg free n tak byk gangguan. Dah hari2 training koir..naik kembang tekak saya nie ha. Tapi nak buat cemana..demi jabatan, saya tetap memberikan komitmen & sokongan. Mana tau kan, rezeki kami..jabatan kami menang.

4) Kursus Pengurusan Pemandu, Penggunaan Buku Log Kenderaan & Pemantauan Pemandu.

* Kursus akan berlangsung pada 03 - 05 Julai 2011. Maknenye..hari ahad nie la. Sekali lagi..saya akan meninggalkan isteri & 2 budak tecik musyuk masyam tue. Kursus nie jgk akan diadakan di Genting Highlands. Padahal..hari tue baru je pegi kan? nie kene pegi sekali lagi.

Ekseli..dulu mmg saya yang buat keje nie, tapi..bila bos serah keje baru pada saya, Pengurusan pemandu diserahkan pada org lain. Bila dah serah keje.. dihantar berkursus, tanak pegi pulak. Ngade2 betul. Patutnye..masa nie lah dia nak tuntut ilmu kan?. Disebabkan Ibu Pejabat dah booking penginapan, kene cari pengganti jugak. Udahnye..bos arahkan saya pegi. Saya jawab pada bos..OK..SAYA YANG MENURUT PERINTAH. bos jawab..TERIMA KASIH.

Hari selasa 05 Julai 2011 tue, tamat je kursus terus balik ke pejabat utk latihan terakhir koir. Sbb pertandingan 06 Julai 2011. Nak buat cemanakan? Dengan keje yg tgh menggile banyak, kursus lagi, latihan kor lagi mana nak kejar. Tapi..kene slow2 la. Keje tetap kene buat, sbb tue kan tanggungjawab kita. Sebab tue la, skrg nie saya agak jarang update blog. Bila update..jadi mcm entri nie lah..panjang lebor. Hope uols tak bosan nak baca.

Oklah..saya rase cukup setakat nie dulu untuk entri kali nie. Semoga kita jumpa lagi. Saya nak pesan pada uols..esok lusa cuti, so..rancanglah perjalanan anda. Jaga diri ok. Sayang uols. Ok..citer dah abeh dah. Noktah.

Papai.
Assalamualaikum.

32 comments:

Along Usop said...

whoaaa.. meriah btol dengan aktiviti yer...

good luck ye bang!! :)










*lepas ni boleh la blanje makan.. hehehehe.. :P

Muhammadnuraizuddin said...

gud luck ya

Princess Nur said...

patutla lama angah tak update..bz benar ye...ngah, kursus pemandu tu akak nak program dia bleh?

fairus said...

WAH.. SIBUK KO SEKARANG.. TAHNIAH LA SEBAB DAPAT APC..

Phat said...

tahniah kerana dapat APC, mungkin skop keje kita sama sebab terlibat dengan perolehan dan pengurusan stor..actually baru minggu lepas juga berkursus di HQ kraftangan jln conlay kursus pasal perolehan ;-)

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

tahniah kerana dapat APC yer..

BRO_MONDAY said...

angah : assalamualaikum juga ai ucapkan...TAHNIAH dapat gak APC, itu rezeki namanya..('',)

p/s : betul² sibuk ni....semoga maju jaya sentiasa dalam kehidupan seharian...

Dim Benihana said...

tahniah utk apc tu...

aleen aiden said...

wah,dapat award,tahniah!Hee

harrazdani said...

sibuknya en suami ni....;)

CT NoArIzAh ArIs said...

Tahniah... majulah kamu utk kerajaan Malaysia..hehe!!

mrs cekodok said...

wah, selamat maju jaya~

btw, saya suka sgt nama irdina, it's a beautiful name~ dah lama plan nak bg anak pempuan nama tu..hehe..

ejulz said...

tahniah bro..

Encik Suami said...

ALONG:

Meriah? Kelam kabut ada la. Mana satu nak buat..sume kene bagi komitment kat aktiviti tue.

Thanks sbb wish Good Luck. Pasal belanja tue..Insya-Allah..andai kita diberi kesempatan utk bertemu.

Encik Suami said...

MUHAMMAD NUR AIZUDIN:

Thanks sbb wish Good Luck.

Encik Suami said...

PRINCESS NUR:

Betul tue kak. Klu tak busy..mmg angah akan rajin update n bw.

Ok kak..nanti pasal konvensyen pemandu tue, angah akan cuba dptkan no tipon n slide utk akak. Ilmu yg kita dapat..adalah lebih berkat sekiranye kita kongsi bersama kan?

Encik Suami said...

FAIRUS:

Aku mmg selalu busy. Bila ada aktiviti mcm gini, lagilah bertambah busy.

Anyway..Thanks sbb wish Congrate kat aku. Aku pun tak penah harap anugerah mcm nie. Tapi..kita di nilai. So..terserah pada penilai dia nak beri anugerah tue pada sapa.

Encik Suami said...

PHAT:

Thanks sbb ucap TAHNIAH pada saya. Sgt tak sangka yg bos pilih saya utk terima anugerah tue.

Oh..ye ker skop keje kita sama. Ekseli..keje yg kita buat nie mmg mencabar dan sgt berat sbb melibatkan audit. Tapi..nak buat cemana..demi tanggungjawab..kita kene laksanakan sebaik mungkin.

Suria bte Karim said...

Yuhuuuu... jo kita baru jer amik APC di Istana Budaya aritue... erm rezki iman... setelah 5 tahun berkhidmat... haha...
btw, tahniah yo...

Encik Suami said...

NUYUI:

Thanks sbb wish. Mmg tak sangka pun akan dapat anugerah tue. Sbb bos yg nilai kita.

Encik Suami said...

BRO MONDAY:

Haah. Betul2x..mmg rezeki namanye.
Kita sama2 dapat APC kan?

Tak mengharap pun sebenarnya. Tapi..bila dah dianugerahkan, maknenye..prestasi kita pada tahun2 akan mendatang lebih baik & sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Ye dak?

Mmg semakin busy, tue yg jarang2 dapat update blog skrg nie.

Encik Suami said...

DIM BENIHANA:

Terima kasih bro.

Faeez said...

tahniah....

Encik Suami said...

ALEEN AIDEN:

Terima kasih atas ucapan TAHNIAH yang diberikan. Anugerah tue sbg pembakar semangat utk bekerja dgn lebih rajin lagi.

Encik Suami said...

HARRAZDANI:

Nak buat cemana..dah begitu rutin kerjanye kat opis nie. Nak tak nak..suke atau tak..dah jadi tanggungjawab. Kene buat jugak.

Tue sume cabaran. Tapi..klu dah busy sgt..boleh pening kepala dibuatnye.

Encik Suami said...

CT NOARIZAH:

Terima kasih. Berkhidmat utk negara katanya. Integriti perlu selalu ditingkatkan.

Encik Suami said...

MRS CEKODOK:

Terima Kasih.

Klu suke nama IRDINA..letak je pada nama anak nanti. Eh jap..kawen dah ker? Anak sulung lelaki ye? xpe..klu second nanti dpt anak pompuan..letak nama IRDINA ye.

Encik Suami said...

EJULZ:

Terima Kasih ye ejulz atas ucapan TAHNIAH dari anda.

Encik Suami said...

SURIA:

Haah..aku pun kali pertama terima APC setelah 6 tahun berkhidmat. Rezeki anak isteri.

TAHNIAH jugak utk ko sbb dapat APC jugak.

Encik Suami said...

FAEEZ:

Terima kasih atas ucapan TAHNIAH dari anda.

aizamia3 said...

tahniah.. tahniah.. alhamdulillah, akhirnya dipilih antara yang terbaik.. ;)

Encik Suami said...

AIZAMIA:

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih atas ucapan TAHNIAH yang anda berikan. Saya sendiri tak sangka terpilih. Rezeki isteri dan anak2.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com