Monday, February 16, 2015

MASALAH

Setiap manusia ada masalah. Bila adanya manusia, maka disitu akan adanya masalah. Fair kan? Manusia dan masalah ibarat isi dengan kuku, takkan dapat dipisahkan. Selagi bergelar manusia, selagi itulah masalah akan terus ada. One by one.

Akan tetapi, setiap masalah itu pula sudah disediakan cara penyelesaian. Hanya terpulang pada individu samada untuk berusaha menyelesaikan masalah tersebut ataupun terus membiarkan masalah itu kekal sebagai satu masalah buat dirinya.

Sebenarnya, masalah bukanlah satu masalah. Seriously! Dari satu sudut, kau anggap ia satu bebanan. Ofkos ia satu beban, as long as apabila kau terus menerus take it as problem. Masalah jadi  masalah bila ia dipandang sebagai masalah. Am I right?

Hurm..boleh tak kita ubah sikit cara pemikiran? Fikir dengan cara dan lagak seseorang yang mempunyai akal. Oh ye, semua orang ada akal. baiklah, sedikit tambahan. Cuba fikir dengan cara dan lagak seseorang yang mempunyai akal dan akal tersebut sedang dipimpin IMAN. Yeah? kau beriman bukan? Jadi apa gunanya IMAN (If ada) jika kau tak pernah nak kaitkan ia dengan kehidupan seharian kau? 

Bagaimana untuk berfikir dengan cara dan lagak seorang yang mempunyai akal dan akal tersebut sedang dipimpin IMAN?

Sangat senang! Pertama sekali, kau kena tetapkan mindset bahawa ia BUKAN MASALAH. Ia adalah satu cara tarbiyah dari Allah untuk menjadikan kau seorang yang matang untuk terus berdiri sebagai seorang khalifah di muka bumi ni. Kedua, bila tarbiyah ini menimpa kau, jangan segan untuk mengadu mintak tunjuk ajar. Ibarat seorang pelajar yang diberi homework. Takkanlah bila tak tahu nak buat, kau terus diam? Do nothing? Adalah lebih baik jika kau berjumpa dengan guru untuk bertanya tentang homework tu kan? Jadi, guru kau sekarang ialah Dia yang maha mencipta tarbiyah, Dia yang menentukan tarbiyah tersebut adalah untuk kau, dan Dialah Allah SWT, sebaik-baik perancang.

Sebagai pengakhiran, ketahuilah bahawa setiap perkara itu diciptakan berpasangan. Jika adam pasangannya Hawa, Jika siang pasangannya malam, maka masalah pasangannya penyelesaian. Dan tarbiyah? Tarbiyah pula pasangannya adalah kejayaan. 

Adil kan Allah?


No comments:

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com