Tuesday, October 2, 2012

TAHNIAH UTK ANAK AYAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Lama giler x update entry baru kan..kan..kan? Last entry masa besday ES 18 Julai haritue. Idea melambak2, tp dek kekangan masa sbb busy ngn keje, xde la ES update.

Anak ES yg sulung (Nurin) 5 tahun. Skrg nie tabika kemas. Mereka ada hari potensi. Ada mcm2 acara la termasuk tarian tradisional, kompang berformasi, nasyid, teater, rekacipta, bercerita, pidato dll. Bermula di peringkat daerah bulan 6 hari tue, semua sekolah tabika dlm daerah akan hantar wakil utk setiap acara utk pemilihan wakil daerah bagi di pertandingkan di peringkat negeri. Alhamdulillah..anak ES Johan bagi acara kompang berformasi peringkat daerah.

Jom saksikan video persembahan anak ES n the geng.

 


Sekolah anak ES juga Johan bagi acara Tarian Tradisional.

 


29/09/2012 berlangsung pertandingan peringkat negeri selangor di Kompleks PKNS Shah Alam. Maksudnya..pada masa nie kesemua Johan setiap acara dlm daerah akan bertanding semula utk pemilihan wakil negeri selangor.

Syukur Alhamdulillah..anak ES n the geng dinobatkan Johan Peringkat Negeri Selangor bagi acara Kompang Berformasi. Maaf ye..ES ada rakam video utk persembahan anak, tp..gmbr x clear la pulak. Pergerakan berbeza dari video diatas sbb nie utk peringkat negeri & pukulan kuat serta laju utk menghasilkan bunyi yg sedap. Keputusan penuh utk acara kompang berformasi 1) Sepang 2) Petaling 3) Klang.



Dengan kemenangan tersebut, anak ES akan mewakili selangor ke peringkat kebangsaan yg akan diadakan pada 02-05 November 2012 di UITM Dungun, Terengganu. TAHNIAH utk anak ayah (NURIN IRDINA IZAZI).










Wednesday, July 18, 2012

SELAMAT HARI LAHIR - ENCIK SUAMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. Yang memiliki sekelian alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka. Yang maha menepati janji.

Alhamdulillah.

Terima kasih Alllah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 32. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar atau tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.

Adakah aku bersedia menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.

Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.

Dalam tempoh 32 tahun bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, dan aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.

Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia.Insya-Allah.

Dan kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, dan mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.

Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.


****

" Tidak aku lihat pada cermin itu melainkan sekujur tubuh yang
dicemari dosa " - Encik Suami


Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga Allah merahmatiku di dunia & di akhirat. Semoga usiaku dipanjangkan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, diberi apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu. Ingatlah..Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Melainkan terselindung sejuta hikmah disebaliknya. Hanya bagi orang-orang yang berfikir.

Dikesempatan ini..sy juge ingin mengucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta berbahagia disamping insan tersayang buat sahabat baik sy (baik ker) si pemilik blog Ekjoz Buluh. Tak sangka plak besday kite hari yg sama kan? So..jom kite tukar2 hadiah ye.

Thursday, June 7, 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGGER FOLLOWER BAWAH 500

Assalamualaikum Warahmatulah Hiwabarakatuh.

Tadi masa log in..klik blog Mrs. R. Nampak dia join 1 segmen. Sebenarnyekan..Mrs. R nie membe aku masa sekolah menengah dulu. Entah dia perasan kat aku atau tak,tue aku tak sure la.Tapi..aku mmg igt sgt kat dia.


Saya join segmen nie pun sbb jumlah follower saya skrg 273 je.Pada sape yang nak join segmen nie klik nie ye Miss Z Berceloteh. Syarat2 penyertaan ada disitu. Jom kita ramai2 join segmen nie.Dalam pada itu..kita boleh tambah kenalan kan..kan..kan?

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com