Wednesday, July 18, 2012

SELAMAT HARI LAHIR - ENCIK SUAMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. Yang memiliki sekelian alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka. Yang maha menepati janji.

Alhamdulillah.

Terima kasih Alllah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 32. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar atau tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.

Adakah aku bersedia menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.

Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.

Dalam tempoh 32 tahun bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, dan aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.

Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia.Insya-Allah.

Dan kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, dan mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.

Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.


****

" Tidak aku lihat pada cermin itu melainkan sekujur tubuh yang
dicemari dosa " - Encik Suami


Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga Allah merahmatiku di dunia & di akhirat. Semoga usiaku dipanjangkan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, diberi apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu. Ingatlah..Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Melainkan terselindung sejuta hikmah disebaliknya. Hanya bagi orang-orang yang berfikir.

Dikesempatan ini..sy juge ingin mengucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta berbahagia disamping insan tersayang buat sahabat baik sy (baik ker) si pemilik blog Ekjoz Buluh. Tak sangka plak besday kite hari yg sama kan? So..jom kite tukar2 hadiah ye.

29 comments:

Cik Awin said...

selamat bertambah umur...semoga hidup diberkati di dunia & akhirat...

amengs88 said...

selamat ulang tahun kelahiran.. hehehe hadiah??? tak tau nak bagi ape.. heheheh

Encik Suami said...

CIK AWIN:

Terima Kasih byk2.Semoga hidup anda juga diberkati di dunia & diakhirat. Insya-Allah.

Encik Suami said...

AMENG :

Terima kasih.Siriyes nak hadiah.Nak jugak..nak jugak.x kire.Byk yg boleh dibagi sbnrnye.just pilih je.hehe.

Deq's Qienz said...

wahh hapi sebeday en suami, smg betambah rezeki n dipanjangkan umur ya..hehee

hairy said...

selamat hari lahir..smga pnjg umr murah rezeki :-)

Encik Suami said...

DEQ'S QIENZ :

Terima kasih atas doa anda.Amin Ya Rabbal A'lamin.

Encik Suami said...

HAIRY :

Terima kasih juga atas doa anda.Amin Ya Rabbal A'lamin.

sea_lavender said...

Assalamualaikum sudi singgah blog saya~ hee Selamat hari lahir.. moga dpnjgkn usia dan dperluaskn rezeki.. moga usia yg bertambah dapat tingktkn amalan2 dalam peroleh redha Allah dunia akhirat.. Insya-Allah.. Salam Ramadhan yg bakal menjelang tiba :)

fizafantagirO said...

Selamat Hari Lahir En.Suami , semoga diberkati Allah SWT dunia akhirat . amin .

MUMMYIZZ @4 Hero Izz said...

Selamat hari lahir yer..semoga dilimpahkan rezeki dan dipanjangkan umur dengan kehendakNYa

Encik Suami said...

SEA LAVENDER :

Kebetulan terjumpa blog awak.tue yg singgah dan follow.Terima kasih atas ucapan besday dr awak utk sy.

Encik Suami said...

FIZA FANTAGIRO :

Terima kasih byk2 ye fiza.

Encik Suami said...

MUMMY IZZ :

Terima kasih byk2.Saya amat menghargainya.

Ekjozbuluh said...

kohkhohkh...Selamat hari lahir! to you and me!

pena rozie said...

Selamat Ulang Tahun... Semoga selalu berbahgia...

Deq's Qienz said...

heheee..2k tmsuk beg, sofware n kain lap.

Mr. Firdaus Windey said...

Happy belated Bday Bro.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Amin

izzad bahruddin said...

happy birthday!moga panjang umur n murah rezeki

aizamia3 said...

selamat hari lahir..
moga sentiasa di bawah lindunganNYA dan dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

faizal mohd said...

selamat hari lahir. semoga panjang umur dan dirahmati Allah selalu. :)

Edy Fee said...

wah slmt hari lahir..moga panjang umor dan diberkati hidup.hehe amin

Pejuang Cinta said...

selamat hari lahir :D

Encik Suami said...

FAIZAL :

TQVM.

Encik Suami said...

EDY FEE :

Terima Kasih.

Encik Suami said...

PEJUANG CINTA :

Terima Kasih atas ucapan anda.

Kazman / Sue said...

selamat hari jadi juga.... semoga kita dapat sama2x memperbaiki diri dalam kehidupan....

Encik Suami said...

ABG KAZMAN :

Terima kasih ye bang.sama2lah kita memperbaiki apa yg patut dlm kehidupan kite.

mselim3 said...

selamat panjang umur dan diperluaskan rezeki...moga bertambah umur ini akan bertambah takwa dan iman kepada Allah swt...moga ukhuwah yang terbina ini akan bertambah erat di masa2 mendatang,,,

mselim3

pls: salam perkenalan daripada sahabat untuk sahabat...

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com