Tuesday, June 24, 2014

MAJLIS PERPISAHAN AKU

Setelah sebulan lebih aku bertukar ke jabatan baru, baru lah jabatan lama berkesempatan menganjurkan majlis perpisahan utk aku.sebenarnya, aku x berharap pun diadakan majlis seperti ini, tapi mungkin ini sebagai penghargaan terhadap aku atas khidmat sebelum nie.

majlis diadakan selepas waktu bekerja sekitar pukul 6 petang.sangat simple.aku suka.xde la nak protokol bagai kan?nasib baik xde sesi ucapan dari yang diraikan.bukan apa,aku x reti la nak protokol nie.nak soh aku berucap?mmg x la.kalau merepek..yes,aku boleh.

restoran nie mmg popular.dia punya masakan, MasyaAllah..superb sedap.dengan suasana restoran dlm taman.mmg kedamaian.so..biarlah gambar menceritakan ye.






asam pedas, daging salai masak lemak, sayur kailan ikan masin, sayur pucuk paku, air minuman order ikut suka.




ais krim tapai vanilla as desert.


terima cenderahati dari x-bos.tersenyum lebar x-bos aku tue.

terima kasih banyak2 pada semua warga jabatan yang menganjurkan dan sudi hadir pd majlis nie.sesungguhnya..yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.semoga kita berjumpa lagi.Assalamualaikum.

# mesti korang terliur kan tgk lauk n desert tue.kalau korang nak cuba try test makan kat sini, ada aku sertakan gmbr yg ada nama, alamat n no phone restoran nie.sebelum aku terlupa..katanya..pemilik restoran nie adalah ibu kepada pelakon zarina anjolie.kalau korang x cam sape zarina anjolie..tanya pakcik gogel k.

1 comment:

Unknown said...

mmg terliur tgk lauk pauk tu . nasib baik blm posa ... blh gak intai2 utk ramadhan nanti .

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com