Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Yang memiliki sekelian
alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga
dan neraka. Yang maha menepati janji.
Alhamdulillah.
Terima kasih
Allah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka yang baru.
Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian
semakin hampir. Sedar @ tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.
Adakah aku bersedia
menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan
kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki
segalanya.
Ya
Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.
Dalam tempoh
perjalanan bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku
pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan
keadaan sekeliling, & aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu
sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.
Aku bahagia
dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup
adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik
umat dalam kalangan manusia. In Shaa Allah.
Dan kalian,
terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam
nyata, kawan di alam maya, musuh, & mereka yang belum aku kenali ketika
ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian
untuk menemaniku dalam perjalanan hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi
matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.
Tegurlah aku
jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan
hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia
kerana kasih.
Sekian, Terima
Kasih.