Tuesday, June 24, 2014

MAJLIS PERPISAHAN AKU

Setelah sebulan lebih aku bertukar ke jabatan baru, baru lah jabatan lama berkesempatan menganjurkan majlis perpisahan utk aku.sebenarnya, aku x berharap pun diadakan majlis seperti ini, tapi mungkin ini sebagai penghargaan terhadap aku atas khidmat sebelum nie.

majlis diadakan selepas waktu bekerja sekitar pukul 6 petang.sangat simple.aku suka.xde la nak protokol bagai kan?nasib baik xde sesi ucapan dari yang diraikan.bukan apa,aku x reti la nak protokol nie.nak soh aku berucap?mmg x la.kalau merepek..yes,aku boleh.

restoran nie mmg popular.dia punya masakan, MasyaAllah..superb sedap.dengan suasana restoran dlm taman.mmg kedamaian.so..biarlah gambar menceritakan ye.






asam pedas, daging salai masak lemak, sayur kailan ikan masin, sayur pucuk paku, air minuman order ikut suka.




ais krim tapai vanilla as desert.


terima cenderahati dari x-bos.tersenyum lebar x-bos aku tue.

terima kasih banyak2 pada semua warga jabatan yang menganjurkan dan sudi hadir pd majlis nie.sesungguhnya..yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.semoga kita berjumpa lagi.Assalamualaikum.

# mesti korang terliur kan tgk lauk n desert tue.kalau korang nak cuba try test makan kat sini, ada aku sertakan gmbr yg ada nama, alamat n no phone restoran nie.sebelum aku terlupa..katanya..pemilik restoran nie adalah ibu kepada pelakon zarina anjolie.kalau korang x cam sape zarina anjolie..tanya pakcik gogel k.

Wednesday, June 18, 2014

NAIK PENTAS TERIMA ANUGERAH

Kembali bersiaran kita.merujuk kepada entry sebelum nie.aku ada mention yg aku dijemput hadir ke majlis inovasi dan kecemerlangan jabatan lama aku utk tahun 2013.kenapa tahun 2013,tp..majlis buat pada tahun 2014?utk pengetahuan korang,majlis nie dibuat bagi menghargai kecemerlangan kakitangan bagi penilaian tahun 2013.so..kene tunggu tahun 2013 berakhir,baru boleh buat keputusan.

alhamdulillah..aku dapat anugerah khas pengarah utk kali ke-2 berturut sejak tahun 2012.utk pengetahun korang,anugerah khas pengarah nie diberi kepada kakitangan yang mendapat markah laporan penilaian prestasi tahunan melebihi 90%,tetapi tidak diberi anugerah perkhidmatan cemerlang.anugerah perkhidmatan cemerlang tue lebih glamer namanya dari anugerah khas pengarah.baik..disini aku cerahkan apa yang penerima anugerah dapat :


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

* cek bernilai RM1000.00
* sijil penghargaan.

ANUGERAH KHAS PENGARAH

* wang tunai RM200.00
* sijil penghargaan.




sebenarnya..aku terima wassap dr bos aku yg menyatakan,masa dia pegi meeting utk calon anugerah perkhidmatan cemerlang,dia naikkan nama aku sbg calon utama dr pejabat dia.tetapi..org HQ bantah sbb katanya aku penah dapat anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2010.so..aku kene tunggu 3 tahun selepas 2010..baru aku layak terima anugerah perkhidmatan cemerlang semula.aku ckp kat ketua jabatan aku,by the way..terima kasih sbb calonkan nama aku utk anugerah perkhidmatan cemerlang.x dapat pun xpe.dapat anugerah khas pengarah pun dh kira syukur sangat2.sejak aku berkhidmat dengan kerajaan dari tahun 2005,aku x penah pun dok target nak dapatkan anugerah perkhidmatan cemerlang,sbb pd aku..apa saja tugas yg diamankahkan,aku cuba laksanakan sebaik mungkin.

aku tau mmg ketua jabatan aku berhajat sgt2 nak bagi kat aku anugerah perkhidmatan cemerlang sbb tahun 2013 aku menang kategori pengurusan stor terbaik jabatan sekaligus menaikkan nama dia.aku dgn dia sama2 naik pentas terima piala kemenangan.nevermind la.x jadi kudis pun dalam diri aku.sbb pada aku perlu ker sbg kakitangan awam kita nak kejar sume anugerah tue?yang penting,tiap2 bulan..aku dapat gaji aku.betul tak?

majlis anugerah tue berlangsung pagi sampai petang.malam pulak ada persembahan daerah.disebabkan aku nie dh bertukar jabatan,so..aku sebagai tetamu la.tapi..sejam sebelum persembahan bermula.diorg maklumkan pd aku diorg ada baju lebih complete set.diorg ajak aku join.so..aku belasah je la.dan..setelah bertahun ada pertandingan persembahan,jabatan lama aku nie x penah menang langsung.dan syukur alhamdulillah..malam tue kami dapat naib johan.

TEMA : Merah & Hitam
Persembahan : Qasidah Ya Hanana








kopiah merah nie lah ketua jabatan aku.muda belia n sangat sporting dgn aku.maklumlah..aku nie staf kesayangan dia.


Yang duduk tengah nie second bos aku.pun muda belia.ketua jabatan n second bos lebih muda dari aku.demi tugas..aku still hormat pd pangkat dan arahan diorg.sbb tue 2 2 sayang kat aku.

oklah korang,aku nak sambung buat keje nie.nanti kita sembang lagi ye.

Thursday, June 5, 2014

JABATAN BARU

Kabarey?waras?aku kat sini sehat alhamdulillah.besar harapan aku yang korang pun sehat gak la hendaknya.ada yang perasan tak ker aku je yang perasan diri sendiri yang mana aku agak lama menyepi dari arena penulisan nie.untuk pengetahuan korang,aku telah pun bertukar jabatan.pertukaran aku nie bukan bermakna aku ditukarkan,akan tetapi aku yang mohon ditukarkan setelah hampir 2 tahun lebih aku berusaha utk berhijrah.

untuk makluman korang,sebelum nie aku dah berkhidmat start 2005 hingga mei 2014 dlm jabatan yang sama.kire-kire hampir 9 tahun.so..aku mohon keluar dari jabatan lama atas alasan utk menimba ilmu baru disamping amik pengalaman dan nak rasa kerja di jabatan lain.jabatan baru aku sekarang nie x jauh pun,dalam 1 bangunan jugak yang paling best,sebelah pintu jabatan lama je.aku mintak tukar sini sbb senang,xyah nak kene travel jauh utk g keje.

aku mula lapor diri 2 mei 2014 di jabatan baru.kemudian aku mintak tangguh sehingga 18 mei 2014 bagi melunaskan kerja-kerja akhir di jabatan lama.so..start 19 mei 2014 aku dh rasmi jadi staf baru kat sini.masa kat jabatan lama,semua staff adalah jejaka.xde wanita.mesti korang x caya kan?tp..mmg itu hakikatnya.oh ya, pengganti aku di jabatan lama adalah seorang puan.mesti diorg suka sbb aku keluar,yang masuk seorang wanita.aku plak ditempatkan di unit pentadbiran.di unit aku nie ada 3 org, aku n 2 org lagi staf yg mana kedua-dua staf tue perempuan.mula-mula aku dok tepi tingkap.best la sbb tersorok skit.seminggu lps tue,diarahkan tukar tempat duduk.skrg nie aku dok tengah.kiri kana diapit oleh staf perempuan.malu tite tau.tapi xpe la.janji aku ada tempat duduk.

bab tugas baru,mmg aku nak buat keje baru.nanti aku update senarai tugas baru aku ye.sbb masa kat jabatan lama,aku buat tugas stor,aset alih,aset tak alih jabatan,inventori jabatan dan fully kewangan.beban keje..MasyaAllah,mmg stress.tapi aku boleh handle.kat jabatan baru nie mmg tugas aku xde kene mengena dgn tugas yg aku buat sebelum nie.mmg aku 0% downpayment la.mujur wanita kiri kanan nie x kedekut ilmu ajar aku yang baru nie.

so far..buat masa nie semua ok.tpt keje ok.suasana ok.kwn2 baru pun ok.yang paling best,wanita kiri kanan aku nie kaki lawak.so..xde la aku bosan.diorg bukan jenis control ayu.bukan plastik.so..senang la aku nak berinteraksi dengan diorg.korang doakan aku dapat perform sebaik mungkin ye.

9-10 jun nie aku cuti.nak bwk sepasang kanak-kanak ribena tue g mandi kolam.sure x igt dunia diorg mandi nanti.yang penting ayahnya lagi la x igt dunia.lepas tue,11 jun plak aku dpt pelepasan dari ketua jabatan utk cuti tanpa rekod sbb aku dpt undangan ke majlis anugerah jabatan lama aku utk tahun 2013.jeng..jeng..jeng.aku dijemput sbb aku bakal naik pentas 11 jun tue.next entry aku bgtau korang ek aku dpt anugerah apa.yang penting,11 jun tue belah siang majlis anugerah stop pkl 5.30 ptg pkl 8 mlm sambung balik utk majlis makan malam dan persembahan dari daerah-daerah dlm selangor.

oklah ye,cukup setakat nie dulu aku nak merepek.nak sambung buat keje.nanti kita sambung sembang lagi.

Assalamualaikum.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com