Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama
Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Yang memiliki sekelian alam. Yang
hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka.
Yang maha menepati janji.
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah kerana mengurniakan
nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 33. Bertambah umur hanyalah suatu
nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar @ tidak,
ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.
Adakah aku bersedia menghadapi
sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad
akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.
Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur
dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.
Dalam tempoh 33 tahun bertapak di dunia
yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari
manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, & aku
kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam
kehidupan, bukannya sekadar anutan.
Aku bahagia dengan kehidupan sekarang.
Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah
agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan
manusia. In Shaa Allah.
Dan kalian, terima kasih kerana hadir
dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya,
musuh, & mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku
dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam perjalanan
hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi
dalam hidupku.
Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah
aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana
sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.
Sekian, Terima Kasih.
Assalamualaikum.
#Aik..wish kat diri sendiri ker bro?? - apaapajelah.
#Aik..wish kat diri sendiri ker bro?? - apaapajelah.
8 comments:
Happy Birthday Bro... indah sungguh kata2 tuan hamba... tuan hamba memang seorang yg pndai berkata2...
Selamat hari lahir incik suami....sasterawan rupanya....
hepy bday.. smoga panjang umo n murah rezeki angah..
CARENO :
Terima kasih sbb wish.nak tnye la..ayat selepas wish tue..perli kah??
AMANDA SURIA :
Terima kasih. Uishh..sasterawan apa plaknye nie.
EJULZ :
Tengkiu sbb wish n masih sudi nak singgah blog yang jarang hapdet nie.Tuan tanah busy la.
jom2 join gath :D
saya dah update jom terjah!
salam kenal
Post a Comment