Monday, February 14, 2011

..:: HAMBEK KO ::..

Assalamualaikum.

Dimulakan dengan lafaz Bismillah Hirahmanir Rahim.Syukur kehadrat Illahi, kerana dgn izin-Nya, aku masih diberikan kesihatan & ruang untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Syukur..syukur..syukur Alhamdulillah.

Ko dah jawab salam aku ker belum ha? Better ko jawab dulu salam aku tue. Bukan syusyah pun kan? Tarik napas jap eh..Erm..lama dah aku tak hapdet blog aku nie. Ekseli..aku pun tak tau mana nak mulakan dulu nie. Ok2..aku mulakan skrg ek.

Jawatan hakiki aku adalah sebagai person incharge untuk :

1) PEGAWAI ASET & INVENTORI.
Segala Aset & Inventori jabatan perlu direkodkan.Kene bukak Kad Daftar. Kire mcm Surat Beranak. Setiap kedudukan Aset & Inventori perlu direkod dan ditampal di setiap bilik or dimana Aset & Inventori berada. Siap kene buat No Siri Pendaftaran lagi.

2) STOR & BEKALAN PEJABAT.
Aku diamanahkan untuk uruskan stor dan bekalan pejabat seperti bekalan alat tulis pejabat,keperluan pekerja luar seperti parang, cangkul, mata pisau mesin rumput, racun, dan apa je yg diperlukan oleh  pekerja luar. 

3) PELUPUSAN, HAPUSKIRA ASET & INVENTORI.
Rosak, Buruk, x leh gune..kene senaraikan & uruskan pelupusan. Ko igt leh main buang @ bakar je ker? Harta kerajaan beb. Mana boleh lupus ikut kaedah " suka suki " jerk.

4) PELUPUSAN FAIL.
Klu ikotkan..senang jer..bakar sudah. Abeh cerita. Tapi tak buleh..kene senaraikan setiap isi kandungan fail yg nak dilupuskan. Pastue..kene masuk dalam senarai. Dah masuk dlm senarai..kene hantar ke Jabatan Arkib Negara. Nanti wakil dari Jabatan Arkib Negara akan datang semak satu persatu fail tue. Lepas tue baru bagi keputusan nak lupus cara cemana. Hengat senang ker?

5) KENDERAAN, PEMANDU, BUKU LOG KENDERAAN, KAD MINYAK & KAD TOUCH N GO.
Kat opis aku nie ada 2 kenderaan. 1 Pemandu tetap yg usia dia 41 Thn. Nasib baik dia jenis dgr n patuh arahan aku. So..xde lah sakit hati sangat bab pemandu nie. Kenderaan yg 1 lagi..aku main arah je pemandu sambilan yg  dilantik oleh bos utk pandu kenderaan tue.

6) PAKAIAN SERAGAM PEMBANTU AM PEJABAT & PEKERJA RENDAH AWAM.
Ada lebih kurang 23 Orang yg aku kene sediakan pakaian seragam utk diorg setiap tahun. Dari segi pembekal, jenis & kualiti kain serta design yang perlu aku patuhi mengikut arahan ibu pejabat.

7) PEGAWAI PENILAI PERTAMA UTK KAKITANGAN.
Setiap kakitangan awam, akan dilakukan penilaian prestasi tahunan setiap tahun. So..mana2 staff yg dibawah jagaan aku..aku yg akan nilai dan bagi markah prestasi diorg utk tahun berkenaan.

8) ARAHAN DARI SEMASA KE SEMASA.
Apa je yg bos arahkan kene lah buat kan? waima bos tue muda dari kita. bos tetap bos.

Disebabkan kat opis aku nie tak de person yg handle bab kewangan (perjawatan tak wujud). So..baru2 nie aku dapat surat dari Big Bos. Dalam surat tue ada arahan untuk aku buat sume keje bab kewangan berkuatkuasa dari tarikh surat tue 07 Februari 2011. Hadoi...(sambil tepuk dahi). Aku mmg dah agak dah..mmg aku yg akan kene buat keje kewangan tue..sbb tahun 2009 aku penah kene jugak buat keje kewangan nie. So..segala bil dan tuntutan pekerja aku kene settle on sistem. Tanggungjawab nie sgt berat. Kejenye pulak byk n perlu penelitian yg tahap maksimum. Untuk tugas tambahan nie, aku tak dibayar elaun walau sesen pun. Baik aku nie kan? kire macam multipurpose person.Tapi..aku sahut sbg cabaran.So..nie tugas tambahan aku untuk tahun nie.

1) MENGURUSKAN PEMBAYARAN BIL UTILITI.
Bil Internet, Telefon, Air & Elektrik.

2) MENGURUSKAN TUNTUTAN ELAUN KAKITANGAN SETIAP BULAN.
Jumlah staff yg buat tuntutan setiap bulan 30 org.Termasuk elaun kerja lebih masa, elauan perjalanan, elaun motosikal, elaun basikal dan elaun harian.

3) MENGURUSKAN BAYARAN PROJEK KEPADA KONTRAKTOR.
Projek plak..bukan sikit wei..untuk sepanjang tahun. Jumlah tuntutan plak..paling sikit RM20k.

4) PENYEDIAAN LAPORAN PERBELANJAAN BULANAN.
End of month..mmg menggile. Sume report nak kene sediakan. Untuk semua program & aktiviti sepanjang bulan. Masa nie lah mcm2 masalah akan wujud. Nak tak nak, suke @ tak..kene redah jgk.Menggunakan kaedah REDHA, TEKAD, TABAH.

ko baca entri aku nie..agak2 ko paham tak? buat2 paham sudah. Tapi..ko tgk keje aku bykkan? kalau ko..ko sanggup tak nak terima tugas nie????

12 comments:

Mu Hadir said...

buat je keje tu dgn ikhlas (mcm good-good je aku ni...hahhaa)

Encik Suami said...

wallawei..
ko pun mesti phm sgt2 ngn situasi aku kan?macam yg aku citer kat ko la masa kita lepak lepuk dulu.
entah sampai bila la asik aku je yg dok pikul tanggungjawab keje org lain.
jabatan ko ada post kosong tak? klu ada aku nak pindah sana la. pastue, ko kene transfer ke jabatan aku.
amacam..sanggup? berani?

Unknown said...

akak pn berpengalaman kerja macam awak jugak..jaga unit perolehan/stor dan aset..so kena cover ketiga2 bahagian tu..keje mmg banyak..now dh transfer ke unit latihan pulak :)

BRO_MONDAY said...

bro sichan : ai singgah sini!!! koh koh koh wah~ bukan main panjam senarai Fail Meja yu ni...bagus gak ni banyak keje, yu punye keje lagi banyak dari ai...('',)

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1.New Entry "SeLaMaT DaTaNG BeNDa BaRu !!!"

Encik Suami said...

Bro Monday:Panjang giler kan Fail Meja ai.Sah2 keje mmg byk.Ooo..keje yu sikit ek.Meh sini tolong ai buat keje.Buat amal jariah skit.
Ai dh komen kat new entry yg yu maksudkan tue.

Encik Suami said...

Princess Nur:Dah ada pengalaman..mesti tau betapa byk keje kan?so..dh kene tranfer nie..kire akak terselamat dari keadaan la skrg nie ye.

KyêrulL said...

hadoiiiiiI! banyaknya kerja :D pening pening

Encik Suami said...

Kyerull:

Yang membaca entri nie pun kata pening. Byngkanlah pulak abg yg kene buat keje nie.
Buleh fengsan woo.

adwafarahin said...

ok adwa pengsan dulu..
byk lah kerja @_@

Encik Suami said...

Adwa:

Yang membaca pun boleh pengsan.. nie kan pulak,tuan punye badan yg kene buat keje nie. Bayangkan..buleh fengsan 3x dlm 1 hari.

ejulz said...

mmg pengsan la kalo camni. heHe

Encik Suami said...

EJULZ:

Pengsan 3x sehari klu time keje.
Hahaha..

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com