Thursday, February 6, 2014

MISTERI KEHILANGAN KUNCI RUMAH.

Malam kelmarin, aku dh terbongkang depan tibi bersama sepasang kanak-kanak ribena tue. tetibe, wife kejutkan aku tanya mana kunci rumah? aku rasa dh letak kat tempat biasa dlm bakul. tapi, wife kata xde. puas dh dia cari.

aku pun bangun tolong cari kat setiap tempat. still x jumpa jugak. dok termenung jap sambil fikir. kepala otak aku blur. yelah..baru bangun tido. so..aku igt balik..sebelum aku tertido, nurin ada bangun mengigau. siap amik kain baju yang dh kering dalam bakul nak letak dlm mesin basuh. lepas tue..dia ada pegi kat bakul tempat baisa aku letak kunci rumah.

takkan aku nak kejutkan dia mana kunci rumah? aku tgk kat tempat tido sekitar dia, bawah bantal, bawah tilam kot2 la dia terbawak dalam tido. still x jumpa gak. sudahnya..aku cakap kat wife, pakai la dlu kunci spare yang ada. so..settle masalah.

pagi bangun tido, aku still cari jugak. yelah..sebab musykil sangat-sangat. xkan x jumpa kunci. sudahnya..aku abaikan je. pegi keje macam biasa. petang balik keje, barulah misteri kehilangan kunci terungkai. agak-agak korang la kan..kat mana aku jumpa kunci rumah aku tue? kalau aku bagi tau..mesti korang x caya + tergelak.

jawapannya..aku jumpa kunci rumah aku dalam PETI AIS. tue pun disebabkan aku haus nak minum air. sejuk giler kunci tue seharian dok dalam peti ais. bila aku tanya kat anak-anak..memasing x ngaku. pagi tadi..jadi lagi kes hilang kunci rumah. tempat lain aku x tuju dah. terus g peti ais. kunci asal n kunci spare rumah , dua-dua ada kat dlm tue. aku tanya kat anak-anak..sapa punya keje..sudahnya..si adik mengaku dia yang letak dalam peti ais.

sabau je lah.nasib baik mengaku. sesungguhnya, aku bersyukur punya anak yang kreatif macam Iskandar.

Wednesday, February 5, 2014

TER " BELI" BAJU RAYA

Waktu lunch tadi, aku gi beli kain untuk buat baju kurung nurin. bukan apa..anak dara aku nie cepat membesar, so..baju kurung yang sedia ada still muat tapi, bila dah pakai, kain ngn bahagian tangan dah senteng. kalau ada kenduri kendara, xkan aku nak pakaikan nurin baju kurung yang senteng tue. means..aku kena belikan kain baru utk buatkan dia baju kurung yang baru. 

Tailor yang buat baju kurung anak aku sape lagi kalau bukan mak mertua aku. so..senang, beli kain, bagi contoh baju yang sedia ada n just bagitau nak panjangkan berapa inci kat bahagian mana. sangat mudah kan?

Masa on the way mmg dh plan nak beli utk baju utk nurin je. tetiba..teringat baju melayu utk iskandar pakai gi sekolah hari jumaat pun x beli lagi. memang iskandar ada baju melayu, tapi..untuk hari jumaat, dia kena pakai baju melayu warna biru. disebabkan xde..belikan jugak kain warna biru utk iskandar.

Pegang kain sana, pegang kain sini, banyak pilihan. murah pun murah. rambang mata aku dibuatnya. sudahnya..aku cakap kat wife..apa kata terus je beli baju melayu untuk aku ngn iskandar, wife ngn nurin untuk aidilfitri nanti. untuk nurin 2 pasang, iskandar 2 pasang, aku sepasang n wife sepasang. Total RM 243.00.

Eksaitednya lah ai aku nie kan awal benar beli baju raya. Bukan cam tue, dah alang2 pegi, terus je beli. aidilfitri pun bulan julai kan, sekarang dah bulan februari. so..kira ok la tue. aku pun beli kat nilai square. malas aku nak pi nilai 3. sebab sebelum sampai nilai 3, jumpa nilai square dlu. nak jimatkan masa..aku just pegi yang dekat je.

eh..korang dh beli baju raya ker? - sangat kebudakan soalan ko encik suami oi!


Tuesday, February 4, 2014

RAMAIKAN FOLLOWER, RAIKAN UKHUWAH



Hari nie merajinkan diri join segmen yang dianjurkan oleh pemilik blog ABAK

Jom kita pakat ramai-ramai join segmen nie.percuma je.bukan kena bayar pun.syarat-syaratnya pun mudah sangat. nak join..TEKAN SINI



Monday, February 3, 2014

BILA TAKDA MOOD

Aik? Update lagi? Huhu..terlebih rajin bang, biasalah, nak hidup




Eh..apa yang korang buat kalau takda mood? setahu aku, bila takda mood nie semua kerja tak jadi. Jika jadi sekalipun, kerja tue tak sempurna. Contoh macam kau kene masak tapi disebabkan kau takda mood, masakan yang selalunya sedap jadi tak sedap. Contoh lain, macam..ahh..! susah pulak nak bagi contoh nie, fikir sendiri boleh? kuang..kuang..kuang

Aku? biasa kalau takde mood, memang aku akan diam seribu bahasa. (pergh..byk pengetahuan bahasa ko ye encik suami). muka pulak..opkos macam mencuka. Nak masam menggaram tak boleh sebab garam tue masin. nanti rosak pulak pengetahuan bahasa melayu budak spm dek blog yang aku tulis tak ikut silibus dewan bahasa dan pustaka nie. Kang, tetiba cikgu kat sekolah tanya :

Cikgu : Siapa boleh bagi contoh benda masam?

Murid : Garam cikgu.

Cikgu : Siapa yang ajar awak?

Murid : Abang ensem yang dalam blog Encik Suami

Cikgu : Dalam hati ( aku pun nak buat blog jugak la ) nak jugakkk.


Haa..kalau jadi macam nie, sape nak jawab?


Ok..lupakan pasal cikgu & murid itu. Lantak lah nak salah pun, diorg yang amik spm, bukannya aku. hahaha. ok..x cukup kejam, kena caps lock baru kejam HAHAHA

Bila takda mood, aku klik Mozila Firefox >> Youtube >> Play Klip Hindustan

Siriyes wehh!! memang aku buat mcm tue. Bila dengar hindustan, terus mmod datang berkepuk-kepuk. Aku tau jarang manusia buat macam nie. Nak nak pulak tengok klip hinsdustan. Perghh! 1 dalam sejuta kot. Dah la lelaki, minat hindustan pulak. Zaman sekarang nie org minat k-pop. aku x minat. x boleh masuk dlm usb data kepala hotak aku.

Jadi..aku kira, korang dah boleh nilai betapa uniknya diriku ini.kan..kan..kan?

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com