Wednesday, July 18, 2012

SELAMAT HARI LAHIR - ENCIK SUAMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. Yang memiliki sekelian alam. Yang hari pengadilan berada di tanganNya. Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka. Yang maha menepati janji.

Alhamdulillah.

Terima kasih Alllah kerana mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 32. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Disebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar atau tidak, ia akan terus menuju ke diri ini. Allahu Rabbi.

Adakah aku bersedia menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat dimana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik balik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.

Ya Allah..sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.

Dalam tempoh 32 tahun bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya..aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, dan aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukannya sekadar anutan.

Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia.Insya-Allah.

Dan kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, dan mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.

Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru. Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. Andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.


****

" Tidak aku lihat pada cermin itu melainkan sekujur tubuh yang
dicemari dosa " - Encik Suami


Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga Allah merahmatiku di dunia & di akhirat. Semoga usiaku dipanjangkan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, diberi apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu. Ingatlah..Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Melainkan terselindung sejuta hikmah disebaliknya. Hanya bagi orang-orang yang berfikir.

Dikesempatan ini..sy juge ingin mengucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta berbahagia disamping insan tersayang buat sahabat baik sy (baik ker) si pemilik blog Ekjoz Buluh. Tak sangka plak besday kite hari yg sama kan? So..jom kite tukar2 hadiah ye.

Copyright © 2013 Reserved to Encik Suami's Blog's
Design by Azhafizah.Com